23 Januari 2004

Speed Trap



Sewaktu aku melungsuri Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), apabila jarum meter kelajuan aku mencapai 120km/j, aku teringat aku dah melepasi had kelajuan di lebuh raya ini, 110km/j. Sebut kelajuan pasti polis trafik terlintas di fikiran kita! Sebut polis trafik teringat perangkap had laju! Bercakap tentang had laju ini, aku sering berfikir bagaimana teknologi diaplikasikan di sini dan apa teori di sebaliknya. Lalu kucari di Internet untuk mengetahui teknologi ini. Setelah diteliti beberapa laman, aku persembahkan apa yang kudapat di bawah.

Prinsip Doppler

Banyak contoh fenomena Doppler dalam kehidupan seharian kita. Contohnya hon kereta api. Apabila kita berdiri setempat di stesen kereta api dan mendengar bunyi hon menandakan kereta api mendatang, kita dapat mendengar bunyi itu semakin kuat apabila semakin dekat dan sebaliknya semakin perlahan apabila kereta api itu meninggalkan kita. Fenomena ini dinamakan prinsip Doppler.

Seperti juga arus suara, arus elektromagnet yang dipancarkan dari radar trafik juga menurut prinsip Doppler ini. Kesan Doppler ialah perubahan frekuensi yang terhasil dari pergerakan relatif antara punca frekuensi (punca bunyi) dan pendengar. Semakin cepat punca bunyi menghampiri pendengar, semakin tinggi tahap perubahan frekuensi Doppler. Sebaliknya, semakin jauh jarak kedudukan antara punca bunyi dan pendengar, tahap perubahan Doppler mengurang.

Kelajuan sesuatu kenderaan boleh diukur dari pelbagai keadaan - sama ada dari kedudukan statik seperti di bawah jejambat, dari kereta peronda polis yang bergerak bertentangan arah dengan kereta tuju ataupun dari kereta peronda polis yang bergerak sama hala dengan kereta tuju. Biasanya di Malaysia, polis trafik 'menembak' dari kedudukan statik.

Radar Statik Doppler

Radar polis trafik memancarkan arus berterusan tak termodulasi (CW) dan mengukur pantulan arus tadi (echoe) dari benda tuju. Semakin laju benda tuju, semakin tinggi perubahan frekuensi (perubahan Doppler) dipantul oleh benda tuju tadi. Begitu juga sebaliknya, semakin perlahan, semakin kurang perubahan frekuensi.

Frekuensi pantulan, f (t) adalah fungsi frekuensi pancaran dari radar, f (o) dan perubahan Doppler radar, f (d):

f (t) = f (o) + f (d) untuk benda tuju yang mendekat

f (t) = f (o) - f (d) untuk benda tuju yang menjauh

Perubahan Doppler radar, f (d) adalah fungsi frekuensi pancaran dari radar, f (o), kelajuan cahaya, c dan kelajuan benda tuju, v (t). v (t) adalah positif (+) bila benda tuju mendekat dan negatif (-) untuk benda tuju menjauh.

f (d) = ± 2 v (t) f (o)/c

v (t) = ± c f (d)/2 f (o)

Jadi, berdasarkan persamaan di atas:

f (t) = {f (o) ± 2 v (t) f (o)}/c

Untuk mendapatkan kelajuan benda tuju seperti kereta:

± v (t) = {c f (t) - f (o)}/2f (o)


Sumber: copradar.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...