16 Februari 2004

Misteri Nusantara

Image hosting by Photobucket

Orang kita memang percaya perkara-perkara mistik. Ketika di zaman kanak-kanak, kita sering dimomokkan dengan pelbagai cerita hantu. Antaranya hantu raya, hantu galah, pontianak, penanggal dan toyol. Dari sudut agama Islam, kita memang wajib mempercayai adanya alam ghaib, iaitu alam yang terdiri daripada malaikat, jin dan syaitan.

Di Malaysia, TV3 telah menyiarkan satu rancangan khusus yang menyelidik dan membongkar perkara-perkara mistik di rantau Nusantara. Rancangan itu tak lain tak bukan ialah Misteri Nusantara. Ia mengcakupi semua cerita misteri dan mistik yang ada di Malaysia, Thai dan Indonesia. Namun ia hanya lebih kepada temuramah dan penyelidikan, tidak menyentuh kepada suasana 'live' ketika berlangsungnya kejadian.

Berbeza di Indonesia, banyak rancangan sebegitu disiarkan di kaca televisyen. Antaranya Gentayangan, Dunia Lain, Silet dan Paranoid. Tetapi rancangan kegemaranku ialah Dunia Lain dan Gentayangan kerana terdapat ruangan uji keberanian, disamping ia disiarkan masing-masing pada malam Jumaat, pukul 21.00 dan 21.30 WIB. Rancangan Silet kurasa agak "kureng" sebab disiarkan pada waktu tengah hari.

Image hosting by Photobucket

Rancangan Gentayangan diadakan secara langsung di TPI dari satu "studio" di tanah perkuburan. Orang yang "membela" juga selalu dijemput ke studio di samping "belaannya". Dari situ penonton boleh menemuramah "belaan" itu melalui tuannya. Terdapat juga slot uji keberanian dengan meninggalkan peserta di tempat-tempat yang angker (keras).

Yang paling best bagiku adalah rancangan Dunia Lain yang disiarkan di TransTV. Rancangan yang mencari tempat-tempat angker di seluruh Indonesia itu diakhiri dengan slot Uji Nyali - uji keberanian dengan ditinggalkan di tempat angker. Sebelum peserta ditinggalkan, tempat itu akan dipuja dahulu oleh dukun dan apabila "benda-benda" itu datang, dukun akan menerangkan rupa bentuk "benda-benda" yang diundang itu kepada pemirsa (penonton).

Sesudah itu, peserta ditinggalkan dan terdapat beberapa kamera merakam suasana semasa peserta ditinggalkan. Peserta akan dianggap berjaya jika mampu tinggal berkeseorangan di situ selama mana tempoh yang ditetapkan. Tak salahku 4 jam. Jika peserta tak tahan "kena kacau", peserta boleh melambai minta pertolongan dan dukun berserta kru rancangan akan datang kembali ke tempat itu.

Selesai tempoh ujian, peserta ditanya berkenaan pengalaman semasa di situ. Kebanyakan peserta akan menerangkan terlihat "benda-benda" yang seperti diterangkan oleh dukun tadi. Banyak yang berjaya, namun tak kurang juga yang tak tahan. Aku pernah menonton seorang Mat Salleh berjaya dalam Uji Nyali tetapi bila ditanya sama ada dikacau atau tidak, dia berkata tak ada apa-apa berlaku. ??? - mungkin dia dari spesis lain! Hantu takut kat dia...

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...