01 Oktober 2004

Semut

Semut merupakan binatang yang terkenal dengan sifat kerajinannya. Hidup di dalam koloni tersendiri, semut mempunyai hirarkinya sendiri yang terdiri daripada permaisuri, semut jantan (untuk tujuan mengawan dan mati selepas itu) dan juga para pekerja.

Seperkara menarik tentang semut ialah cara mereka berkomunikasi. Semut berkomunikasi melalui sejenis bahan kimia dipanggil pheromones. Sebagai contoh, apabila seekor semut pekerja menemui makanan semasa perjalanan pulang ke sarangnya, dia akan meninggalkan bekas pheromones tadi dan dalam masa yang singkat, semut-semut lain akan mengikuti jejak itu. Mereka akan meningkatkan tahap tinggalan pheromones itu apabila mereka pulang kembali ke sarang dan membawa lebih banyak semut ke punca makanan itu. Apabila makanan itu mulai habis, jejak pheromones itu dikurangkan dan akhirnya perlahan-lahan dihilangkan.

Seperti serangga-serangga lain, semut menghidu bau melalui sesungutnya. Sesungut semut mudah digerakkan dan dengan sepasang sesungut, informasi berkenaan arah perjalanan dan tahap pheromones mudah diperolehi. Melalui pheromones, semut juga dapat mengenal pasti kumpulan kerja masing-masing, sama ada semut pencari makanan ataupun semut pembina sarang. Paling menarik, permaisuri semut mengeluarkan sejenis pheromones tersendiri dan tanpanya, para pekerja akan mula membesarkan permasuri baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...