23 Januari 2004

Speed Trap



Sewaktu aku melungsuri Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), apabila jarum meter kelajuan aku mencapai 120km/j, aku teringat aku dah melepasi had kelajuan di lebuh raya ini, 110km/j. Sebut kelajuan pasti polis trafik terlintas di fikiran kita! Sebut polis trafik teringat perangkap had laju! Bercakap tentang had laju ini, aku sering berfikir bagaimana teknologi diaplikasikan di sini dan apa teori di sebaliknya. Lalu kucari di Internet untuk mengetahui teknologi ini. Setelah diteliti beberapa laman, aku persembahkan apa yang kudapat di bawah.

Prinsip Doppler

Banyak contoh fenomena Doppler dalam kehidupan seharian kita. Contohnya hon kereta api. Apabila kita berdiri setempat di stesen kereta api dan mendengar bunyi hon menandakan kereta api mendatang, kita dapat mendengar bunyi itu semakin kuat apabila semakin dekat dan sebaliknya semakin perlahan apabila kereta api itu meninggalkan kita. Fenomena ini dinamakan prinsip Doppler.

Seperti juga arus suara, arus elektromagnet yang dipancarkan dari radar trafik juga menurut prinsip Doppler ini. Kesan Doppler ialah perubahan frekuensi yang terhasil dari pergerakan relatif antara punca frekuensi (punca bunyi) dan pendengar. Semakin cepat punca bunyi menghampiri pendengar, semakin tinggi tahap perubahan frekuensi Doppler. Sebaliknya, semakin jauh jarak kedudukan antara punca bunyi dan pendengar, tahap perubahan Doppler mengurang.

Kelajuan sesuatu kenderaan boleh diukur dari pelbagai keadaan - sama ada dari kedudukan statik seperti di bawah jejambat, dari kereta peronda polis yang bergerak bertentangan arah dengan kereta tuju ataupun dari kereta peronda polis yang bergerak sama hala dengan kereta tuju. Biasanya di Malaysia, polis trafik 'menembak' dari kedudukan statik.

Radar Statik Doppler

Radar polis trafik memancarkan arus berterusan tak termodulasi (CW) dan mengukur pantulan arus tadi (echoe) dari benda tuju. Semakin laju benda tuju, semakin tinggi perubahan frekuensi (perubahan Doppler) dipantul oleh benda tuju tadi. Begitu juga sebaliknya, semakin perlahan, semakin kurang perubahan frekuensi.

Frekuensi pantulan, f (t) adalah fungsi frekuensi pancaran dari radar, f (o) dan perubahan Doppler radar, f (d):

f (t) = f (o) + f (d) untuk benda tuju yang mendekat

f (t) = f (o) - f (d) untuk benda tuju yang menjauh

Perubahan Doppler radar, f (d) adalah fungsi frekuensi pancaran dari radar, f (o), kelajuan cahaya, c dan kelajuan benda tuju, v (t). v (t) adalah positif (+) bila benda tuju mendekat dan negatif (-) untuk benda tuju menjauh.

f (d) = ± 2 v (t) f (o)/c

v (t) = ± c f (d)/2 f (o)

Jadi, berdasarkan persamaan di atas:

f (t) = {f (o) ± 2 v (t) f (o)}/c

Untuk mendapatkan kelajuan benda tuju seperti kereta:

± v (t) = {c f (t) - f (o)}/2f (o)


Sumber: copradar.com

10 Januari 2004

10 Bahasa Paling Dipertuturkan Di Dunia



Mari kita lihat SEPULUH bahasa yang paling dipertuturkan di dunia. Pasti ramai yang menjawab English sebagai bahasa paling banyak dipertuturkan. Tapi sebenarnya jawapan tu salah! Nak tahu jawapannya, sila baca ranking kat bawah ni:

10. Bahasa Perancis - lebih 130 juta penutur. Kebanyakannya dipertuturkan di Perancis, tetapi jangkauannya hingga ke Afrika, Kanada, sebahagian Asia dan Amerika Selatan. Sehingga zaman Revolusi Perancis, dasar imperialistik Perancis mengembangkan la langue Francaise ke seluruh tanah jajahannya.

9. Bahasa Melayu/Indonesia - lebih dari 170 juta penutur. Dipertuturkan di Nusantara, ia merupakan bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Juga dipertuturkan di Timor Leste, Selatan Thailand dan Selatan Filipina. Kalau diambil kira jumlah penduduk sebenar Indonesia yang melampaui 220 juta orang, ranking bahasa ini sepatutnya lebih baik. Maklumat yang diambil dari internet ini bukannya selalu tepat. Ada sesetengah laman mengatakan penutur bahasa Melayu/Indonesia adalah hanya 76 juta orang!

8. Bahasa Portugis - Selepas mencapai kemerdekaan dari Sepanyol pada kurun ke-12, pengaruh Portugis berkembang pesat, terima kasih kepada pengembara, Vasco da Gama. Eh, macam team bolasepak la... Terdapat 175 juta penutur meliputi Portugal sendiri, Brazil, Angola, Cape Verde, Perancis, Guinea-Bissau, Mozambique, Sao Tome dan Principe.

7. Bahasa Bengali - He he! Bangla yang ramai itu telah meletakkan bahasa ini di tangga ke tujuh! Dengan Bangladesh yang berpenduduk lebih dari 120 juta orang, penutur bahasa ini berjumlah 210 juta orang, dicampur penutur dari India, Malaysia dan Singapura.

6. Bahasa Arab - Bahasa Nabi Muhammad S.A.W. merupakan bahasa rasmi di lebih kurang 25 negara. Mempunyai lebih dari 260 juta penutur, ia meliputi dunia Arab dari Maghribi hingga ke Iraq. Bahasa Parsi dan Urdu juga menggunakan tulisan jawi tetapi berbeza dari bahasa Arab - bahasa Arab adalah bahasa Semitik manakala Parsi dan Urdu adalah Indo-European. Merupakan bahasa Al-Quran, ramai umat Islam sedunia boleh bertutur dalam bahasa Arab. Contohnya di Eropah, Amerika dan Asia Tenggara sendiri.

5. Bahasa Rusia - Negara Rusia yang luas itu mempunyai 275 juta orang penutur. Kalau diambil kira pertambahan pesat bangsa Arab, ranking bahasa Rusia mungkin turun pada dekad depan.

4. Bahasa Sepanyol - Terdapat 350 - 400 juta penutur. Merupakan bahasa rasmi di lebih 20 buah negara, ia dipertuturkan di Sepanyol, Argentina, Andorra, Belize, Colombia, Cuba, Honduras, Mexico, Nicaragua, Venezuela dan Amerika Syarikat. Jadi, bahasa Sepanyol berada di numero cuatro.

3. Bahasa Inggeris - Bahasa universal masakini dengan 500 juta orang penutur. Bukan nombor satu!! Ada lagi bahasa lain yang lebih ramai penuturnya. Bahasa ini dipertuturkan secara rasmi di lebih dari 50 buah negara, suatu rekod. Dipertuturkan di banyak negara, di semua tanah jajahan British seperti Australia, Brunei, Cameroon, Kanada, Fiji, New Zealand, India, Hong Kong, Malaysia, Singapura, Seychelles, Sierra Leone, Afrika Selatan, Britain, Republik Ireland dan Amerika Syarikat.

2. Bahasa Hindi/Urdu - Secara ironik, bahasa Hindi dan Urdu adalah bahasa yang sama. Di Pakistan, bahasa Hindi diubah dan ditulis dalam Jawi sebagai Urdu, sebaliknya di India, ditulis dalam tulisan Devanagari dan dipanggil Hindi. Digandingkan keduanya, 600 juta orang bercakap dalam bahasa ini. Juga dipertuturkan di Malaysia dan Singapura. Di kala sesetengah pakar mengatakan bilangan penduduk India akan melebihi penduduk China, penutur bahasa Mandarin tetap mengatasi penutur bahasa ini kerana bahasa Inggeris dipertuturkan secara meluas di India, tidak di China.

1. Bahasa Mandarin - Ha, ni dia nombor satu! Bahasa Mandarin dipertuturkan lebih dari satu bilion orang. Kalau di Indonesia, dibicarakan satu milyar. Ini menjadikannya bahasa paling dipertuturkan di dunia. Selain di China, bahasa Mandarin dipertuturkan di Brunei, Cambodia, Indonesia, Malaysia, Mongolia, Filipina, Singapura, Afrika Selatan, Thailand dan Taiwan. Bahasa Mandarin merupakan bahasa yang agak sukar kerana ia boleh dibicarakan dalam 4 tone. Tetapi bila dah pandai, kamu boleh bercakap dengan satu bilion orang!

Terdapat beberapa perkara menarik di sini, bahasa Jerman dan Jepun yang mempunyai lebih 100 juta penutur, gagal menempatkan diri di 10 tangga teratas. Terdapat juga beberapa bahasa utama lain yang tidak berada di kedudukan teratas seperti Itali, Korea dan Tamil.

Begitulah seadanya. TAMMAT...

01 Januari 2004

Who Wants To Be/Steal A Millionaire



Who Wants To Be A Millionaire - satu rancangan asalnya terbitan ITV1 Britain yang berjaya mencetuskan fenomena baru di seluruh dunia. Dengan menjawab 15 soalan dengan betul, anda menjadi jutawan. Di India, ia telah dipersalahkan sebagai penyebab kesuraman penonton di panggung wayang kerana para penonton lebih suka duduk di rumah, menonton kuiz ini!

Di Britain, salah seorang yang telah menang 1 juta pound telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana menipu untuk memenangi wang sejumlah itu. Charles Ingram, si peserta, dipersalahkan kerana menipu kerana menerima pengesahan jawapan daripada seorang pensyarah kolej, Tecwen Whittock, di studio tempat berlangsungnya kuiz itu. Isteri Charles, Diana juga dituduh bersubahat melakukan penipuan itu. Dalam program itu, Whittock memberitahu jawapan betul kepada Ingram dengan isyarat batuk. Apabila Ingram membaca satu persatu empat pilihan jawapan yang diberikan, Whittock akan batuk menandakan pilihan yang dibaca adalah betul. Whittock juga merupakan salah seorang peserta "fastest finger first" untuk melayakkan seseorang ke kerusi panas Who Wants To Be A Millionaire.

Klik di sini untuk membaca kronologi penipuan Ingram dalam Who Wants To Be A Millionaire.

Image hosting by Photobucket
Soalan satu juta pound untuk Ingram.

Image hosting by Photobucket
Reaksi Ingram setelah menang satu juta.

Berbalik ke negara kita, inilah pengacaranya (gambar di bawah). Hebat namanya sehingga tersiar di laman Who Wants To Be A Millionaire ini >>sila klik di sini.

Image hosting by Photobucket
Jalaluddin Hassan.

Di seberang sana, setiap orang pasti menang satu juta!


Hampir keseluruhan peserta pasti menang satu juta.... rupiah...

Hadiah tertinggi adalah satu miliar Rupiah, bukannya satu juta Rupiah.

Image hosting by Photobucket
Lihat berapa banyak kosong daa...

Image hosting by Photobucket
Salah satu contoh soalan di Who Wants To Be A Millionaire Indonesia.

-Buat teman di Indonesia, jangan marah, gue bercanda sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...