16 Februari 2004

Misteri Nusantara

Image hosting by Photobucket

Orang kita memang percaya perkara-perkara mistik. Ketika di zaman kanak-kanak, kita sering dimomokkan dengan pelbagai cerita hantu. Antaranya hantu raya, hantu galah, pontianak, penanggal dan toyol. Dari sudut agama Islam, kita memang wajib mempercayai adanya alam ghaib, iaitu alam yang terdiri daripada malaikat, jin dan syaitan.

Di Malaysia, TV3 telah menyiarkan satu rancangan khusus yang menyelidik dan membongkar perkara-perkara mistik di rantau Nusantara. Rancangan itu tak lain tak bukan ialah Misteri Nusantara. Ia mengcakupi semua cerita misteri dan mistik yang ada di Malaysia, Thai dan Indonesia. Namun ia hanya lebih kepada temuramah dan penyelidikan, tidak menyentuh kepada suasana 'live' ketika berlangsungnya kejadian.

Berbeza di Indonesia, banyak rancangan sebegitu disiarkan di kaca televisyen. Antaranya Gentayangan, Dunia Lain, Silet dan Paranoid. Tetapi rancangan kegemaranku ialah Dunia Lain dan Gentayangan kerana terdapat ruangan uji keberanian, disamping ia disiarkan masing-masing pada malam Jumaat, pukul 21.00 dan 21.30 WIB. Rancangan Silet kurasa agak "kureng" sebab disiarkan pada waktu tengah hari.

Image hosting by Photobucket

Rancangan Gentayangan diadakan secara langsung di TPI dari satu "studio" di tanah perkuburan. Orang yang "membela" juga selalu dijemput ke studio di samping "belaannya". Dari situ penonton boleh menemuramah "belaan" itu melalui tuannya. Terdapat juga slot uji keberanian dengan meninggalkan peserta di tempat-tempat yang angker (keras).

Yang paling best bagiku adalah rancangan Dunia Lain yang disiarkan di TransTV. Rancangan yang mencari tempat-tempat angker di seluruh Indonesia itu diakhiri dengan slot Uji Nyali - uji keberanian dengan ditinggalkan di tempat angker. Sebelum peserta ditinggalkan, tempat itu akan dipuja dahulu oleh dukun dan apabila "benda-benda" itu datang, dukun akan menerangkan rupa bentuk "benda-benda" yang diundang itu kepada pemirsa (penonton).

Sesudah itu, peserta ditinggalkan dan terdapat beberapa kamera merakam suasana semasa peserta ditinggalkan. Peserta akan dianggap berjaya jika mampu tinggal berkeseorangan di situ selama mana tempoh yang ditetapkan. Tak salahku 4 jam. Jika peserta tak tahan "kena kacau", peserta boleh melambai minta pertolongan dan dukun berserta kru rancangan akan datang kembali ke tempat itu.

Selesai tempoh ujian, peserta ditanya berkenaan pengalaman semasa di situ. Kebanyakan peserta akan menerangkan terlihat "benda-benda" yang seperti diterangkan oleh dukun tadi. Banyak yang berjaya, namun tak kurang juga yang tak tahan. Aku pernah menonton seorang Mat Salleh berjaya dalam Uji Nyali tetapi bila ditanya sama ada dikacau atau tidak, dia berkata tak ada apa-apa berlaku. ??? - mungkin dia dari spesis lain! Hantu takut kat dia...

02 Februari 2004

Bahasa Indonesia - Mengapa Bahasa Melayu?



Mungkin sesetengah dari kita tertanya mengapa Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Indonesia - bahasa penyatuan Republik Indonesia yang terdiri dari pelbagai suku kaum, walaupun dari satu rumpun. Malah ada yang mempertikaikan mengapa bahasa Melayu telah dijadikan bahasa Indonesia, sedangkan suku Melayu bukanlah majoriti di Indonesia. Perkara ini dianggap unik kerana di sesetengah negara, bahasa kaum majoriti masih dipertikaikan sebagai bahasa kebangsaan. Contohnya di Filipina, penduduk bukan berbahasa Tagalog tidak mahu menerima bahasa itu dan di India, sedang bahasa Hindi seperti yang mahu dijadikan bahasa kebangsaan oleh Mahatma Gandhi, ramai yang menutur bahasa Inggeris.

Bahasa yang digunakan sekarang adalah berasal dari Kepulauan Riau dan merupakan bahasa yang dipanggil Bahasa Melayu Tinggi. Puncak kegemilangan bahasa ini ialah di zaman Kesultanan Johor-Riau, di mana banyak karya sastera dihasilkan oleh Raja Ali Haji.

Berikut adalah excerpt yang diambil dari mail2.factsoft.de:

Dalam kongres para pemuda tahun 1928, telah diikrarkan oleh perkumpulan-perkumpulan pemuda dari seluruh penjuru Nusantara yang menyatakan berbangsa satu, bangsa Indonesia, berbahasa satu, bahasa Indonesia, dan bertanah air satu, tanah air Indonesia. Di situ jelas bahwa Bahasa Indonesia telah dijadikan bahasa nasional. Ini ditegaskan kembali dalam konstitusi kita.

Salah satu alasan pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa nasional dan menjadi Bahasa Indonesia adalah alasan politis untuk mengangkat harga diri sebagai satu bangsa dan tidak lagi dijajah secara politis dan kultural oleh bangsa asing. Mengapa bahasa Melayu? Sebab, Bahasa Melayu sudah tersebar ke penjuru Nusantara sebagai bahasa perdagangan antar etnis, dan lagi pula cukup mudah untuk dipelajarinya. Mengapa tidak diambil bahasa Jawa? Sebab, Bahasa Jawa lebih rumit dan hanya dipakai di lingkungan Jawa Tengah dan Jawa Timur. Lagipula, orang Jawa terpelajar umumnya sudah bisa berbahasa Melayu karena kontak mereka yang sudah luas.


Pos berkaitan:
10 Bahasa Paling Dipertuturkan Di Dunia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...