10 Mac 2005

Isu Ambalat - "Perang" Sudah Bermula!

Hangat!! Hangat!! Nampaknya perang sudah bermula. Belumpun perang terjadi di Perairan Ambalat, "perang" maya sudah bermula di Internet! Lelaman atau situs aku juga dijadikan pautan dari ramai teman-teman seblog berbicara tentang kes Ambalat ini. Ada berbagai-bagai pandangan, menyokong mahupun membangkang. Sebelum aku mengulas lebih lanjut, berbanyak terima kasih buat Bahtiar dan Priyadi serta Yonky kerana menyediakan pelbagai pautan berkenaan kes Ambalat ini.

Menutur Detik, di kala isu ini hangat diperkatakan, beberapa lelaman rasmi Malaysia telah diceroboh. Tak tahu siapa yang buat. Mungkin dari Indonesia? Atau dari Malaysia sendiri?! Atau dari pihak lain yang ingin menangguk di air keruh? Paling kurang ajar adalah lelaman Sultan Perak telah dipampang bendera merah putih Indonesia beserta amaran buat Pak Lah. Di muka lain lelaman itu, diletak pula gambar Dian Sastrowardoyo! Isy.. kena tulah baru tahu si pembuat angkara ni! Menderhaka namanya ni! Sultan Perak tu keturunan Sultan Melaka tau...

Selain itu, laman web KL Pages, JKR dan USM juga diceroboh dengan memasukkan bendera Indonesia, memperdengarkan lagu kebangsaan Indonesia dan amaran buat pihak Malaysia. Walau bagaimanapun, hasil pemantauanku, sekarang ini lelaman itu sudah kembali ke asal.

Menurut Noirkudus, usah kita bersengketa, sebaliknya kita bersatu menentang musuh kita yang terang-terangan iaitu Yahudi yang menceroboh Palestin. Hmm memang benar tu. Bukankah sesama Islam haram saling berkelahi? Mengapa tidak bersatu menentang Israel?

Paling lucu adalah satu emel layang yang mendoakan kecelakaan untuk seluruh rakyat Malaysia kecuali.... SITI NURHALIZA! Oh benci-benci Malaysia masih sayang Siti ya!! Kalau dah perang, bagaimana mahu menonton konser atau membeli album baru Siti nanti?! He.. he.. (Rujuk Bahtiar)

Stesen RCTI pula menyiarkan beberapa relawan yang mahu berperang dengan Malaysia sudah memulakan latihan fizikal di Jawa Timur. Aku melihat satu aksi paranormal di mana pelatih seolah-olah dirasuk. Eh, jangan main dukun santet tau! Kita boleh import bomoh Siam! Nanti ber"sawadikap sabaidi mai kap kop khun kap" baru tau... Di Probolinggo, satu tunjuk perasaan diadakan siap dengan ritual berkemenyan dan mencalit darah di jari ke kertas, tanda siap berkorban darah. Di Situbondo, ilmu kebal juga akan diajari buat bekal ke medan perang kelak.

Bagi yang berfikir "keluar dari kotak" (think out of the box), mereka menduga ini adalah percaturan politik SBY dengan bantuan Pak Lah dalam menghadapi masalah dalaman Indonesia seperti tunjuk perasaan membantah kenaikan bahan bakar minyak (BBM) atau "barang-barang mahal". Boleh jatuh karier politik seseorang di Indonesia gara-gara unjuk rasa di jalanan ini. Menurut Patriot, ini mungkin satu cara SBY menyelamatkan karier politiknya. SBY juga tertekan dengan isu tenaga kerja Indonesia (TKI) haram atau PATI yang diarah pulang ke Indonesia.

Mungkin ya? Mungkin tidak? Tapi kelihatan isu ini sebenarnya diapi-apikan oleh media-media Indonesia. Unjuk rasa di jalanan itu hanyalah disertai sejumlah kecil orang jika dibandingkan dengan ramainya penduduk sesuatu kawasan di Indonesia. Ini tidak seperti masa reformasi dahulu ataupun paling terbaru semasa tunjuk perasaan membantah tuduhan Thailand yang Indonesia merupakan tempat latihan militan di Selatan Thailand. SCTV misalnya menyiarkan satu laporan tentang kekuatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Image hosted by Photobucket.com





Peta tempat pertikaian. Kenapa SCTV memasukkan Pulau Sipadan dan Ligitan yang dimiliki Malaysia dalam kawasan Indonesia?

Di Malaysia, berita berkenaan kes Ambalat ini hanyalah berita kecil. Mungkin kerana kawalan untuk tidak membangkitkan memarahan rakyat. Rakyat Malaysia juga mungkin menganggap kes ini adalah kecil dan banyak perkara lebih besar lagi harus diatasi. Dalam pada itu, banyak foktor dalaman Indonesia mungkin menaikkan amarah pihak Indonesia terutamanya Tentara Nasional Indonesia (TNI). Setelah kehilangan Timor Timur yang merdeka hasil bantuan pihak Anglician dan Pulau Sipadan dan Ligitan kepada Malaysia, Indonesia tak mahu lagi terpalit malu di muka mereka. Sila rujuk temanku, Krinch.

Di kalangan rakyat Indonesia, yang paling lantang bersuara menentang Malaysia adalah golongan TKI yang pernah tertindas di Malaysia. Kerana tidak ada rasa kemanusiaan, para majikan mengambil kesempatan seperti tidak membayar gaji para TKI haram kerana mereka sudah tahu dari segi undang-undang, para TKI itu tidak dilindungi. Tambahan pula, TKI haram itu kurang berpengetahuan tentang hak-hak mereka dan terlalu ghairah mencari rezeki melalui jalan pintas.

Apa-apa pun, harapnya kita semua tak terprovokasi dengan pelbagai aksi bodoh atau goblok dari "kanak-kanak" ini, bak kata Alex dari Aceh. Fikirkanlah, kalau perang di mana rakyat Indonesia mahu mencari rezeki?Di pihak Malaysia, mana mahu mencari tenaga kerja yang memudahkan dari segi bahasa dan agama? Paling penting, siapa mahu membantu pembangunan semula Kota Aceh...?!

Pos berkaitan:
Ganyang Malaysia Kali Kedua?!

9 ulasan:

  1. Assalaamu'alaikum

    Tulisannya sejuk dan penuh kejalasan

    Salam damai yaa

    :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum
    By the way, jangan sampai hal ini merusak hubungan ukhuwah yg telah lama terjalin.

    pahami ini:
    Berjalan melihat jalan
    yang tercengkam
    Kerana dua halangan satu
    keegoan dua kesempitan
    Pahit kita tempuhi bersama
    Tiada pernah dipinta

    Kita teruji hingga menghinakan
    Kita tersimpul hingga melupakan Hubungan yang telah lama ada

    Padamkan segala api
    Yang bisa membakar kita
    Tanamkan benih mahmudah
    Yang suburnya kan
    membawa erti

    Salam dari Muslim Indonesia

    BalasPadam
  3. Iqbal,
    Sejuk hatiku mendengar puisimu. Teringat saya, dosa yang paling besar ialah memutuskan hubungan silaturrahim.

    Bahtiar,
    Semoga damai hendaknya.

    BalasPadam
  4. Strroze, yang barusan itu bukan puisi buatanku, tapi lirik nasyid Now See Heart yang judulnya "Berjalan Melihat Mentafsir":-)

    BalasPadam
  5. Oh, tersalah rupanya. Maklum, saya bukan peminat Nowseeheart...

    BalasPadam
  6. Oh, tersalah rupanya. Maklum, saya bukan peminat Nowseeheart...

    BalasPadam
  7. Oh, tersalah rupanya. Maklum, saya bukan peminat Nowseeheart...

    BalasPadam
  8. Oh, tersalah rupanya. Maklum, saya bukan peminat Nowseeheart...

    BalasPadam
  9. mm..ada juga orang dari indonesia yang berfikiran rasional.. :) mengapa sering mencari balah antara kita? pekerja indonesia di malaysia di dera oleh majikan? anak2 kami yang disini didera dan adanya dibunuh oleh pembantu indonesia, pekerja indonesia disini menggoda gadis2 malaysia dengan tujuan kepentingan sendiri, membuat kacau disini, buat jenayah disini, adakah pihak malaysia mewawarkan secara besar-basaran di media seperti yang kalian lakukan? mahu buat statistik yang jelas untuk membuktikan siapa yang patut disalahkan? Saya sendiri sudah tidak larat melihat warga indonesia yang melimpah-limpah di malaysia. Kalau terlalu ingin memusuhi kami, silakan ambil semua warga kamu, jgn sekali2 menjejakkan kaki disini untuk mencari rezeki. Sayangilah kita sesama Islam, agar harmoni hidup kita.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...