17 Mei 2005

Lawatan Ke Siam - Hari Pertama - Ketibaan

Image hosted by Photobucket.com

Setelah dua jam kebosanan dalam pesawat, akhirnya aku menjejakkan kaki buat kali pertama ke bumi gajah putih ini pada jam 2.45 petang, 28 April lalu. Aku keseorangan kerana Deli dan Wira sudah menaiki penerbangan lebih awal pada waktu pagi, gara-gara aku lambat menempah tiket Airasia ini.

Aku memang terlalu asing di sini. Berkeseorangan, aku tak tahu ke mana harus pergi. Lalu aku telefon Amran, temanku asal wilayah Menara di selatan Negara Thai untuk bertanya bagaimana untuk melalui pemeriksaan imigresen dan mendapatkan teksi ke hotel nanti.

Setelah tersalah lorong imigresen (bahkan hampir semua orang yang menaiki satu pesawat denganku tersalah lorong kerana kurangnya papan tanda - mungkin ada dalam bahasa Thai), mengecop pasport dan menuntut bagasi, lantas aku mencari teksi di luar terminal.

Kelihatan ramai orang sedang beratur untuk mendapatkan tiket. Namun aku lihat banyak juga teksi yang sedang bersedia untuk mengambil penumpang. Bolehlah, tak lama ini. Seperti yang aku pernah dengar sebelum ini, aku lihat teksi di Thailand memang canggih! Semuanya model-model yang ada boleh dianggap mewah kalau di Malaysia. Di sini tak ada Proton Saga atau Iswara, yang ada cukup membuatkan orang Malaysia kebanyakan terangkat bulu kening. Mereka menggunakan Toyota Altis dan ada juga Mitsubishi Lancer!

Setelah mendapatkan satu teksi berjenama Toyota, aku lantas memberikan alamat hotel aku menginap kepada pemandu teksi itu. Dia membalas dengan bercakap bahasa Thai dengan aku! Isyh masalah bahasa ini. Aku menjawab aku tak pandai berbahasa Thai. Kami sebaliknya bercakap Inggeris. Dia berkata dia fikir aku orang Thai. Maklum muka dan warna kulit orang Melayu sama dengan orang Thai di wilayah-wilayah selatan.

Aku cuba bersembang dengan pemandu itu dengan harapan dapat memperolehi banyak maklumat berkenaan Bangkok tapi masalah komunikasi menghalang niat aku. Perkataan asas Inggeris pun dia tak tahu. Aku hanya senyap sambil menikmati pemandangan kota Bangkok sementara sampai ke destinasi.

Sekarang ini Bangkok memang pesat membangun. Bandarayanya lebih besar jika dibandingkan dengan KL dengan berpenduduk 6 juta orang. Lebuhraya yang menghubungi pusat bandaraya dan lapangan terbang pula tak ketinggalan canggihnya. Lebuhraya itu adalah lebuhraya bertingkat melewati ruang-ruang terhad antara pencakar-pencakar langit di kota Bangkok. Kalau di Malaysia, bayaran tol pastinya sangat mahal. Di sini, perjalanan selama 20 minit hanya berharga 60 Baht.

Image hosted by Photobucket.com
Kota Bangkok hari ini. Kelihatan Sungai Chao Phraya yang menjadi nadi kehidupan warga Bangkok sejak dulu lagi.

Setelah 45 minit berserta kesesakan lalulintas di sini, aku sampai ke kawasan Banglamphu. Pemandu teksi itu bertanya betul atau tidak hotel yang ditujui, aku menjawab ya dalam bahasa Thai. Pemandu teksi itu terkejut! Dia tak menyangka aku boleh berbahasa Thai. Dia kelihatan sangat gembira. Mungkin bangga mendengar orang asing berbahasa mereka. Aku sebenarnya taklah pandai sangat, cuma belajar sikit-sikit dari teman-teman berkebangsaan Thailand.

Masuk ke bilik, Deli dan Wira tengah santai menonton televisyen. Faham ke?

***bersambung***

4 ulasan:

  1. Jika 10 Mei menjadi detik kelahiranmu, maka selamat ulangtahun kuucapkan. Mungkin sudah tiba masanya hidup tidak bersendirian lagi?

    BalasPadam
  2. Hmm harap-harap lah ya... Anyway org suruh letak lagu, so letaklah lagu yg berkumandang ni..

    Diri bila lagi...?!

    BalasPadam
  3. Eh.. tak sedar langsung.. dah lebih 10,000 hits ya! Terima kasih kepada yang sudi melawat semalam ini!

    BalasPadam
  4. maen ke thailand ya... ke indonesia kapan? ak pernah ke malaysia lho... meski cuma transit 3 jam :P

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...