07 Ogos 2005

Fakta Menarik Di Sebalik Akademi Fantasia

Image hosted by Photobucket.com
Mawi, setelah ditabalkan sebagai juara AF musim ke-3.

Hmm, setengah jam berlalu Mawi baru saja ditabalkan sebagai juara pertandingan realiti TV paling popular di Malaysia, Akademi Fantasia (AF) terbitan Astro. Di sini, kuingin mengongsi beberapa fakta yang menarik tentang AF:

1. Kini suku Jawa di Malaysia berasa sangat bangga dengan kejayaan Mawi yang bersuku Jawa itu. Kalau dulu sesetengah orang mentertawakan mereka kerana perkara remeh seperti nama sesetengah mereka yang Jawa, bukan nama Arab ataupun bercakap dengan bunyi loghat pekat Jawa, namun kini tak lagi.

Nampaknya semua orang mahu berkongsi persamaan dengan Mawi. Para pengkritik pun seperti Adlin mengaku Jawa kerana ibunya, Ruminah Sidek adalah Jawa dan Syafinaz pula mengaku Jawa-Bugis. Aznil pula nak lawan balik, mengaku Minangkabau. Ku juga Melayu...

2. Felix bin Agus. Di Sabah, suku-suku pribumi (anak negeri) yang lain menggunakan bin dan binti seperti orang Melayu/Islam walaupun mereka tak semestinya Islam. Dulu semasa AF2, kita ada Norlinda binti Nanuwil. Kalau di Indonesia, hanya orang Bugis yang memakai bin dan binti ini di samping suku Melayu. Orang Jawa, misalnya hanya ada nama sendiri pada namanya, tak ada nama bapa.

3. Perniagaan paling bagus bagi Astro mungkin di Sabah! Sewaktu ku di Sabah tahun lepas, pada masa itu tengah rancak dengan AF2, semua orang berbicara tentang AF. Malah masa aku mula-mula sampai di KK, pekerja hotel tanya sokong pelajar AF mana.

Ku pun perasan hampir setiap rumah ada piring Astro! Nak kata penerimaan siaran TV terresterial tak jelas, lokasinya di KK. Semasa di Labuan, semua kedai makan pasang AF pada malam Sabtu. Di depan Ujana Kewangan, persekitaran kedai-kedai makan tersebut telah berbunyi "surround" AF kerana semua kedai memasang AF!

Ada satu kedai itu kulihat tak ada pelanggan langsung. Sudah pasti dia tak ada Astro! Hanyaku saja yang menjadi pelanggannya sepanjang dua jam setengah aku melanguk di situ, itupun kerana aku tersalah duduk. Nak lari ke kedai sebelah, kasihan pula. Jadinya aku minum di kedai dia sambil menonton AF yang dipancarkan dari kedai sebelah...

3 ulasan:

  1. dimalaysia ada AF (Akademi Fantasia) dan Malaysian Idol. Di Indonesia ada AFI (Akademi Fantasi Indosiar) dan Indonesian Idol

    BalasPadam
  2. Agung, saya pernah saksikan AFI tapi AF rasanya lebih meriah. Saya juga selalu menonton Indonesian Idol dan Indonesian Idol lebih seru dari Malaysian Idol...

    BalasPadam
  3. Hwaa very infotainment-lah. I pun jawa jugak. eheheh tapi campur cina baba dan campur india. Very the the truly Asia kan?? Ahaks

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...