17 Ogos 2005

Jerebu Sudah Berlalu Tapi...

Sudah beberapa hari jerebu berlalu. API pun sudah berkurang di bawah tahap 100. Namun ramai yang masih sangsi keadaan ini berkekalan. Dengan angin yang tak menentu di musim panas ini, pasti bila-bila masa saja asap dari Sumatera boleh datang kembali.

Ramai yang marah kerana kesan terhadap kesihatan dan perekonomian. Pihak berwajib pula mencuba pelbagai cara untuk mengelak masalah ini berlaku lagi. Ada yang melakukan hujan tiruan, mengharamkan buat sementara tradisi membakar jerami di Utara, menghantar pasukan bomba ke Sumatera dan lain-lain.

Berikut adalah beberapa pandangan tentang jerebu ini:

Haze Haters in Malaysia

Ini adalah sebuah laman yang didedikasikan kepada "penderita" jerebu untuk meluahkan perasaan dan pendapat melalui gambar-gambar (dalam bahasa Inggeris).

Jakarta harus ambil berat punca jerebu

Artikel di Berita Harian ini menceritakan tentang perlakuan tidak bermaya Indonesia untuk menangani masalah jerebu yang terus berulang setiap tahun. Juga menyatakan seorang 'pakar' Indonesia mendakwa jika Malaysia membuat tuntutan ganti rugi, Indonesialah yang sepatutnya menuntut kembali bayaran dari Malaysia kerana banyak mengeluarkan oksigen ke udara dari permukaan laut dan hutan simpanannya untuk kebaikan rakyat Malaysia seperti juga penduduk di keseluruhan kawasan Nusantara!

Interaksi: Rakyat masih rasional hadapi jerebu ‘jiran’

Satu lagi artikel berkenaan jerebu di Berita Harian yang menceritakan tentang rakyat Malaysia masih boleh bersabar dengan karenah jiran mereka. Mereka masih rasional dan tak emosional sepertimana sesetengah rakyat Indonesia yang bertindak melulu membakar bendera Jalur Gemilang apabila tercetus isu bilateral di antara kedua-dua negara. Juga menyatakan keengganan Indonesia, satu-satunya negara di ASEAN, untuk menandatangani Perjanjian Jerebu Lintas Sempadan.

11 ulasan:

  1. 8 perusahaan malaysia terlibat pembakaran lahan di Riau, sumatera (bagaimana tu)

    utusan online, 16 ogus 2005

    8 syarikat kita terbabit -- Melakukan pembakaran terbuka seluas 200,000 hektar di Riau

    JAKARTA 15 Ogos - Indonesia mengenal pasti lapan daripada 10 syarikat peladangan di Riau yang melakukan pembakaran terbuka untuk membersihkan kawasan ladang kelapa sawit adalah dari Malaysia.

    Lapan syarikat Malaysia itu ialah PT Tunggal Mitra Plantation, PT Langgam Inti Hibrida, PT Udaya Loh Jinawe, PT Agri Plantation, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri, PT Bumi Reksa Nusa Sejati dan PT Mustika Agro Lestari dengan keluasan ladang kira-kira 200,00 hektar.

    Menteri Perhutanan, M.S Kaban berkata, senarai nama lapan syarikat Malaysia itu akan diserahkan kepada kerajaan Malaysia, esok untuk tindakan lanjut sesuai dengan kesepakatan antara kedua-dua buah negara.

    Selain itu, jelas beliau, pihaknya juga sedang menjalankan siasatan untuk mendakwa syarikat bermodal penuh dari Malaysia itu ke mahkamah negara ini sebagaimana pernah dilakukan sebelum ini.

    ``Daripada 10 syarikat, lapan dari Malaysia. Tetapi apa yang mahu saya katakan ialah syarikat Malaysia banyak terbabit kerana memang banyak syarikat Malaysia yang terlibat membuka ladang di Riau,'' katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

    Kaban berkata, syarikat-syarikat Indonesia yang menggunakan kaedah pembakaran untuk membersihkan kawasan ladang juga akan dikenakan tindakan yang sama.

    Katanya, mereka boleh memberi alasan kerja membersihkan ladang diserahkan kepada kontraktor tetapi hakikatnya tanah itu adalah milik mereka.

    ``Sebenarnya dari dulu syarikat tempatan yang menggunakan kaedah yang sama telah dikenakan tindakan, bukan sahaja dari Malaysia,'' jelasnya.

    Ditanya mengenai kemarahan sebahagian penduduk Malaysia terhadap jerebu yang berpunca dari kebakaran hutan di Indonesia, Kaban berkata, beliau memahami perasaan tersebut.

    Katanya, penduduk setempat juga melahirkan kemarahan kepada pemerintah termasuk mengadakan demonstrasi kerana gagal mengawal kebakaran yang menjadi punca jerebu di kota-kota di Sumatera dan Kalimantan.

    Beliau menjelaskan pihaknya menjalin kerjasama yang baik dengan Malaysia untuk membantu memadam kebakaran termasuk menerima kehadiran pasukan Bomba dan melakukan hujan buatan.

    ``Kita sangat senang menerima bantuan Malaysia. Ini contoh semangat kerjasama yang baik ditunjukkan oleh negara jiran untuk sama-sama menyelesaikan masalah dan bukannya saling menyalahkan,'' jelasnya.

    Kaban menambah pihaknya telah menyediakan enam pesawat untuk melakukan hujan buatan dengan tumpuan kawasan yang berdekatan dengan sempadan Malaysia.

    Katanya, Indonesia juga akan menyediakan dua buah pesawat khusus yang dapat mengangkut air bagi memadam kebakaran.

    ``Dengan usaha memadam kebakaran yang kita lakukan dan bantuan hujan, titik panas juga sudah berkurangan, umpamanya hari ini di Kalimantan Barat hanya 134 titik dikesan berbanding 304 titik sebelum ini,'' katanya. - Utusan

    BalasPadam
  2. Rakyat Indonesia mempunyai nasionalism yang tinggi terhadap bangsanya. Rakyat Indonesia memperoleh kemerdekaan dengan berperang dengan mengangkat senjata. jangankan membakar bendera malaysia, bendera Amerika dan Australia pun kalau perlu dibakar juga.

    BalasPadam
  3. Di malaysia ada ISA (internal security act), mungkin karena itulah jarang terjadi demonstrasi di malaysia, apalagi melakukan kericuhan. sedangkan Indonesia negara Demokrasi, siapapun boleh melakukan unjuk rasa, apa yang sering terjadi di Indonesia, juga terjadi di negara Demokrasi lainnya seperti negara negara Eropa, korea , jepang dan lainnya. seringlah tengok berita berita Dunia.

    BalasPadam
  4. Rakyat Malaysia memang menyokong untuk mendakwa perusahaan2 Malaysia tu tapi dulu mahkamah Pekan Baru pernah menolak kes ini apabila pihak pemerintah Indonesia ingin mendakwa mereka. Siapa nak jawab?? Pasti ada uang pelincir... Kalau Indonesia mahu membanteras, pasti para korupsi itu juga dicekup. Ini tidak...

    BalasPadam
  5. Keadaan di Indonesia tidak separah seperti yang kamu bayangkan, mungkin kamu terlalu banyak menonton berita berita dari tv Indonesia, terkadang stasiun tv di indonesia terlalu berlebihan dalam memberitakan sesuatu.

    BalasPadam
  6. Di bawah ada gambar siti.Di samping kanan Siti nurhaliza tu siapa?

    BalasPadam
  7. Selamat hari jadi malaysia ke 48 tanggal 31 agustus 2005. Indonesia juga merayakan hari kemerdekaan ke 60 tanggal 17 agustus 2005

    BalasPadam
  8. Like, My Super Sweet 16, you guys
    Well, MTV's new season of My Super Sweet 16 has just kicked off with yet another obnoxiously spoiled teenager.
    Very different blog!! I'll be back from time to time.

    I have a free test drives Site. It's all about free test drives related stuff.

    Come and check us out if you get time.

    BalasPadam
  9. Oh I know how bad the haze can get. Thankfully Singapore is not affected this time. But I sure hope the haze in Malaysia is gone now. :)

    BalasPadam
  10. Erwin, yang di sebelah Siti Nurhaliza tu ialah Mawi, juara Akademi Fantasia 3.

    BalasPadam
  11. Apa yang ada manusianya cuma di singapor dan malaysia? Apa cuma singapor dan malaysia yang menderita? Bagaimana manusia yang ada di sumatra tentu kami lebih menderita, masalah jerabu ini bukan kemauan indonesia, para jiran tentu tidak bisa semena2 menyalahkan indonesia karna rakyat indonesia pun ikut menderita.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...