11 September 2005

Selatan Thai Takkan Aman Selagi....

Selatan Thai terus bergolak. Pembunuhan seorang imam berwibawa membawa kepada ketidakselesaan warga-warga Selatan Thai. Mereka merasa tidak lagi aman dan nasib mereka tak terjamin walaupun mereka adalah warga sah negara Thailand. Hasinya serama 131 orang telah melarikan diri ke Kelantan. Ada pelbagai punca yang menyebabkan ketegangan yang saban harinya semakin teruk ini.

Taksin tak punya kemahiran cultural sensitivity

Perdana Menteri Thailand, Taksin Shinawatra, adalah seorang yang dungu tentang kehidupan beragaman di dunia ini. Tak semua bangsa atau suku kaum itu punya adat, warisan dan pegangan yang sama. Kalaupun sama itu adalah rumpun bangsa yang sangat dekat antara satu sama lain.

Bangsa Thai tergolong dalam rumpun yang lain dan bangsa Melayu yang majoriti di wilayah-wilayah selatan iaitu Narathiwat (nama Melayunya Menara), Yala, Pattani, Satun (Sentul) dan Songkhla pula adalah dari rumpun yang berlainan. Bangsa Thai adalah dari rumpun Cina iaitu bersama-sama tergolong dengan bangsa Cina, Jepun, Korea, Vietnam, Kemboja dan Myanmar. Orang Melayu pula tergolong dalam rumpun Melayu yang tersebar luas di setiap penjuru Nusantara itu.

Setelah kejadian penembakan para pemuda Islam yang tak bersenjata api di dalam Masjid Krisek yang berusia ratusan tahun itu, Taksin menunjukkan "rasa kesal"nya dan ingin memenangi hati orang Melayu dengan menghantar pesawat yang membawa burung-burung keamanan yang ditabur dari udara ke bumi wilayah selatan. Yang bergembira hanyalah kanak-kanak sekolah yang girang menerima mainan percuma itu. Bagi penduduk dewasa, mereka tak mengerti apa-apa. Apa makna burung-burung yang diolah dari kertas itu? Kelihatan seperti di negara Jepun pula.

Setelah dikecam baik dari dalam ataupun luar negara, Taksin sekali lagi cuba memenangi hati rakyat dengan memberi pancaran kabel tv percuma yang menayangkan siaran langsung bolasepak dari Eropah. Ada segelintir kaki-kaki bola yang bergembira tapi rata-rata orang di Selatan tak mampu untuk menonton televisyen. Mereka orang yang berpegang kuat pada agama. Masjid dan sekolah pondok adalah tunjang kehidupan bermasyarakat mereka. Kehidupan mereka sangat naif, ringkas tetapi dahagakan keamanan dan kebebasan. Mereka tak perlukan semua itu.

Masalah ini pula sudah lama berlarutan. Orang-orang Islam/Melayu terus-menerus cuba diragut nilai-nilai peradaban mereka. Mereka punya agama, bahasa, adat dan budaya sendiri. Proses "Siamisasi" telah mengancam agama dan budaya mereka. Dasar satu bahasa iaitu bahasa Thai telah menyebabkan bahasa Melayu terpinggir. Untuk bersekolah mereka harus belajar bahasa Thai. Itu tak apa kerana untuk bahasa kebangsaan tetapi apabila diarah berbahasa Thai sahaja adalah salah. Hasilnya banyak anak-anak yang tak tahu berbahasa ibunda hari ini. Sesama Melayu pun bercakap dalam bahasa Thai.

Nama-nama mereka juga diarah tukar ke bahasa Thai. Tak ada lagi nama rasmi bin dan binti mereka di dalam kad pengenalan. Nama hendaklah ada nama keluarga atau surname sepertimana nama orang-orang Thai.

Agama Islam mereka juga lain dari majoriti penduduk Thai yang beragama Buddha itu. (Penulis agak pelik melihat agama Buddha di Thailand agak berlainan dari di Malaysia. Patung sembahan mereka ada pengaruh Hindu dan beberapa agama lain). Orang Cina di Thailand sekarang terasimilasi terus dengan bangsa Thai sehinggakan "memutihkan" kulit rata-rata orang Thai yang asalnya bersawo matang seperti Melayu itu. Taksin juga adalah berdarah Cina. Mungkin kerana adat, budaya, bahasa dan agama mereka yang sangat dekat itu, mereka terasimilasi terus. Manakala orang Melayu pula punya adat, budaya, bahasa dan agama yang berbeza. Manakan dapat bersatu.

Jadi, Taksin harus sedar dan buka mata bahawa manusia ini hidup dalam beragaman tetapi masih boleh disatukan asalkan hak-hak mereka terpelihara. Bak kata Jawa kuno, bhinneka tunggal ika. Taksin mungkin juga tahu tapi dek kebenciannya terhadap masyarakat Melayu di Selatan, api keegoan tak dapat dipadamkan.


Bangsa Melayu di Selatan Thai Dijajah!!

Asalnya di selatan Thai itu tertubuhnya sebuah kerajaan yang gah, menjadi antara pusat penyebaran awal Islam di Nusantara. Pelabuhannya juga antara yang tersibuk pada masa itu. Kerajaan itu dipanggil Kerajaan Melayu Pattani. Asal nama Pattani itupun dari bahasa Melayu yang bermaksud pantai ini; ada juga yang merujuk kepada ramainya petani yang mengusahakan garam pada masa itu.

Setelah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka, Pattani tak lagi bernaung dari Melaka. Dengan kepincangan pucuk pemerintahan, kerajaan Siam yang berpusat di Krung Tep (Bangkok) dapat menawan kerajaan Pattani setelah beberapa kali mencuba menawan kawasan wilayah melampaui Segenting Kra itu.

Sedang negeri-negeri Melayu seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diserahkan ke pihak Inggeris dalam Perjanjian Inggeris-Siam 1909, wilayah Pattani masih dalam jajahan takluk Siam. Ada usaha-usaha untuk menyatukan Pattani dengan negeri-negeri Melayu lain tetapi Inggeris tak mahu meminta paha setelah diberi betis.

Jadinya, wilayah-wilayah Pattani ini iaitu Narathiwat, Yala, Satun, Songkhla dan Pattani sendiri menjadi sebahagian negara Thai hari ini. Jelas mereka sebenarnya dijajah sampai ke hari ini! Nasib baik dirimu buat Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang merdeka dengan negeri-negeri Melayu lain...

Ada usaha-usaha untuk menuntut kemerdekaan untuk wilayah Selatan ini seperti penubuhan Pertubuhan Pembebasan Liberal Pattani (PULO). Mereka menuntut pengembalian wilayah-wilayah yang asalnya berdaulat ke tangan-tangan mereka.


Taksin Saling Tak Tumpah Bush

Apabila melihat Taksin cuba menangkis kritikan-kritikan pedas untuknya, gayanya saling tak tumpah seperti Bush (kuda tunggangan Yahudi laknatullah). Apabila ASEAN mahu bersidang, Taksin dengan belum lagi diajukan soalan sudah memberi amaran supaya anggota ASEAN lain jangan membangkitkan isu Selatan Thai di sidang kemuncak itu. Kalau tidak, dia akan meninggalkan majlis.

Baru-baru ini, siap ada bunyi-bunyian lagi apabila dia diwanwancara para wartawan. Apabila soalan-soalan yang membuatnya panas, dikatanya soalan itu tak konstruktif lalu dikeluarkan bunyi-bunyian tak setujunya. Soalan mengampu untuknya pasti diterima dengan hati terbuka.

Macam juga Bush yang tercari-cari jalan untuk melepaskan diri. Salah-satu penyelesaian adalah dengan amaran ataupun cara penolakan yang kadang-kala amat lucu itu.

...
Bagi umat Islam, selagi saudara-saudara mereka di Selatan Thai itu tak terbela nasib mereka, selagi itulah mereka tak senang duduk. Tindakan Thailand yang menghalang usaha-usaha mencampuri urusan dalaman mereka amat kurang disenangi. Bak kata orang Pantai Timur, kalau sudah air cor dari rumah orang masuk ke laman sendiri, takkan nak berdiam lagi?

Pos berkaitan:
Pattani - Sejarah Yang Dilupakan

6 ulasan:

  1. Your blog is creative Keep up the great work. Here's the resolve a lot of people are searching for; how to buy & sell everything, like music on interest free credit; pay whenever you want.

    BalasPadam
  2. mari kita sokong perjuangan muslim thailand selatan melawan kezaliman pemerintah thailand.

    BalasPadam
  3. mari kita doakan keselamatan muslimin muslimat di selatan thai....dijajah di negara sendiri...:(

    BalasPadam
  4. doa adalah senjata kita. tapi actions kena ada juga.

    BalasPadam
  5. Ich war Aussehen für Dies. Metalldetektoren

    Aber ich stimme überein, dass Sie sehr gutes Bloggen Talent haben

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...