05 Oktober 2005

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Ramadhan tiba lagi. Bulan penuh keberkatan dan keinsafan. Malaysia hanya bermula puasa hari ini walaupun di sesetengah negara sudah bermula semalam.

Di Malaysia sambutan Ramadhan memang dilakukan saban tahun. Paling jelas ialah pembukaan bazar-bazar Ramadhan di serata tanah air serta restoran dan hotel yang berlumba-lumba menarik pelanggan berbuka puasa dengan mereka.

Tapi tampak sambutan tak menyeluruh. Pada awal puasa, masjid-masjid pasti penuh dengan para jemaah berterawih. Kendatipun begitu, seedar dengan masa, sedikit demi sedikit jemaah yang datang berkurangan. Menjelang hari raya, makin sedikit jemaahnya.

Di media-media, sambutan terhadap Ramadhan nampaknya kurang berbanding kecenderungan untuk berhari raya. Di awal Ramadhan lagi, stesen televisyen sudah menyiarkan rancangan membuat kuih dan kek raya.

Diambil contoh, jiran kita, Indonesia nampak lebih beriya-iya untuk menyambut Ramadhan jika dibandingkan dengan negara kita. Stesen-stesen tv berlumba-lumba menyiarkan rancangan khas Ramadhan.

Di waktu sahur, ada rancangan bercorak sketsa yang memberikan ceramah atau motivasi buat penonton. Banyak juga drama atau sinetron Ramadhan disiarkan.

Dek kekurangan produksi tempatan, tv-tv Malaysia juga sudah mula mengimport sinetron dari Indonesia. Tahun ini menyaksikan TV2 menyiarkan Ikhlas. Astro Ria pula menayangkan Hikmah 1. Buat rakyat di Selatan tanah air, mereka beruntung. Selepas habis tanyangan Hikmah 1 di Astro Ria, mereka boleh pula menyambung Hikmah 2 di RCTI Indonesia.

Di Indonesia, artis-artis juga memakai tudung di bulan ini. Tapi yang sedih, tudung-tudung itu disimpan semula ke dalam almari selepas habis puasa dan tunggulah sehingga puasa tahun depan untuk dipakai semula.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    Rancangan stesen tv kat Indonesia :
    http://www.kompas.com/entertainment/teve/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...