25 Disember 2005

Bos

Bos

Berikut hasil nukilan seorang teman:

Ramai orang mahu menjadi bos. Kata mereka tak perlu buat kerja berat, tak kena perintah, duduk di atas kerusi empuk di dalam bilik berpenghawa dingin. Namun kusangsi dengan pendapat ini kerana boslah yang banyak tanggungjawab, selalu pening kepala dan stres berhadapan dengan pihak pengurusan teratas.

Namun akhir-akhir ini, pendapat ini mungkin ada benarnya. Kumendapat seorang bos baru, baru naik pangkat. Kelihatan dia agak kekok dengan tugas baru beliau. Biasalah, semua orang begitu. Masing-masing perlukan masa untuk menyesuaikan diri.

Walau bagaimanapun, dia kelihatan mahu menonjolkan kekuasaannya. Self-esteem beliau terlalu meninggi ke langit. Pendapat orang habis disangkal. Hanya dia saja yang betul. Dia terlalu taksub dengan caranya kerana dia percaya dengan caranya itulah dia berjaya dinaikkan pangkat. Nampaknya dia harus cepat-cepat dibawa turun ke bumi yang dia berpijak.

Arahan yang diberikan main ikut sedap mulut saja, tanpa berpandukan logik dan alasan. Kumahu menyanggah tapi ku tak berdaya kerana kutahu beliau seorang bos. Takkan kumahu membelakangi bos lebih-lebih lagi dalam situasi kerja hari ini yang bos adalah orang yang menilai hasil kerja para pekerja beliau.

*************************************

Mungkin inilah satu contoh tekanan dan gaya bekerja masakini. Syarikat mahu meningkatkan produktiviti dengan mengurangkan pekerja. Hasilnya beban kerja bertambah dan kuasa yang diberikan kepada seseorang bos juga lebih. Syarikat suka melihat persaingan di kalangan pekerja dan pada masa yang sama pekerja mungkin terdedah kepada subjektiviti seseorang bos. Pekerja mungkin telah melakukan kerja yang sangat baik tapi bagi bos itu mungkin tidak bagus langsung.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...