28 Mei 2005

Lawatan Ke Siam - Hari Kedua - Menyusuri Sistem Pengangkutan Bangkok

Image hosted by Photobucket.com

Hari ini aku bercadang hendak ke pejabat cawangan syarikat aku berkerja di daerah Klong Toey di Bangkok. Setelah menyelidiki sistem pengangkutan awam di Bangkok pada peta yang diperolehi, aku merancang untuk ke sana dengan menaiki bot berhenti-henti menyusuri Menam (Sungai) Chao Phraya yang terkenal itu, seterusnya menaiki Skytrain (macam LRT Star di KL) dan akhirnya menaiki teksi ke lokasi pejabat.

Deli tak ikut serta kerana katanya takut menaiki bot. Dia fobia kerana pernah mabuk menaiki bot di kawasan pelantar minyak di luar pantai Terengganu. Kami meyakinkan dia yang di sini adalah berlainan sekali dengan suasana di laut lepas. Di sini tak ada gelombang besar. Namun tak berjaya.

Sebelum memulakan perjalanan, kami bersarapan dahulu di hotel tempat kami menginap. Wah, enak betul sarapan di sini. Ada sarapan barat yang ala kadar itu dan paling menarik, sarapan cara Thai yang amat berat bagi sesetengah orang. Cara bersarapan di sini saling tak tumpah seperti di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Menunya seperti makan tengah hari. Ada nasi, pelbagai lauk dan sayur (sudah tentu dicampur ayam atau daging...).

Sungguh enak makan beras siam berserta lauk dan sayur Thai. Maka tak hairan begitu banyak beras Siam diseludup ke Malaysia dari Thailand kerana permintaan yang tinggi dari penduduk tempatan Malaysia. Mat Salleh yang datang bersarapan sekali agak pelik melihat kami mengambil sarapan yang mungkin sangat berat bagi mereka. Namun, bagi kami ini adalah biasa kerana kami berasal dari Pantai Timur, cuma tak ada nasi dagang di sini...

Image hosted by Photobucket.com
Tuk tuk - sistem pengangkutan jarak dekat yang efisyen di kota Bangkok

Setelah makan, aku dan Wira ke jalan raya mencari tuk-tuk, satu pengangkutan awam yang efisyen untuk perjalanan singkat. Deli pula memnawa haluan sendiri mencari teksi. Sejak dari malam tadi, aku dan Wira teruja melihat tuk-tuk di sini. Bunyi enjinnya nyaring dan apabila membrek, bunyi pecah-pecah dari ekzos ala Star Wars memang seronok didengar. Kali ini dengan harapan mendapat peluang membuat pusingan U di jalan yang sempit, seperti yang dilihat semalam, kami menahan sebuah tuk-tuk. Destinasi kami adalah stesen bot Phra Athit.

Naik tuk-tuk memang seronok tapi angin kuat dari hadapan kadang-kadang tak menyamankan. Kalau yang rambutnya tak boleh disikat dengan jari, kan haru-biru selepas set rambut cantik-cantik...

Kami tak sedar yang kami dah sampai ke destinasi. Sebelum berhenti, pemandu tuk-tuk itu membuat pusingan U yang kami tunggu-tunggu! Wow, best! Bayangkan tayar belakang tuk-tuk berpusing di tempat sama dan tayar hadapan membuat pusingan bulatan dengan laju. Seronok kan?!

Image hosted by Photobucket.com
Papan tanda stesen bot Phra Athit

Kami berjalan ke stesen bot, namun ada wanita di situ mengajak kami menaiki bot ekspresnya. Tak perlu berhenti-henti lagi katanya. Kami menolak kerana tak mahu tergesa-gesa lagipula harganya lebih mahal. Seperti biasa kerana tak mahu melepaskan pelanggan, dia berkata bot yang kami kehendaki akan sampai dalam masa sejam. Kalau naik dengan dia, tak perlu tunggu. Lupakan saja ya... Aku dah masak dengan teknik scarcity para peniaga ini. Aku belajar teknik ini di kursus Persuasion and Influence dulu.

Berputus asa, wanita itu mencadangkan kami ke tempat berdekatan untuk menaiki bot berhenti-henti. La... rupanya ini bukan stesen bot itu. Tersalah kami rupanya. Sampai di sana nampak agak ramai pelancong menunggu. Ini barulah betul. Untuk ke stesen Taksin Bridge (nama orang jahat ni...), harganya lebih kurang 100 Baht.

Sistem perjalanan bot di sini ala-ala LRT kerana ada stesen-stesennya tersendiri. Jarak antara stesen-stesen taklah jauh. Perjalanan agak perlahan tapi sesuai untuk menikmati pemandangan dan melihat cara hidup orang-orang di sini yang sampai hari ini masih bergantung kuat pada sungai walaupun sudah ada jalan darat yang meluas.

Image hosted by Photobucket.com
Antara pemandangan indah di sepanjang Menam Chao Phraya - Dawn Temple

Seronok melayan pemandangan indah di tebing sungai dan "mengacau" seorang kanak-kanak yang terpikat melihat kameraku, kami tak sedar lagi yang kami dah sampai ke Stesen Taksin Bridge yang bersambung dengan stesen Skytrain Taksin.

Image hosted by Photobucket.com
Si kecil yang suka melihat kameraku. Bila diambil gambarnya malu pula...

Semasa menaiki anak tangga stesen Skytrain, kami terlihat ada orang yang berumah di bawah tangga itu. Kawanku pernah menceritakan ada orang-orang miskin dari wilayah-wilayah luar Bangkok datang mencari peluang mengubah nasib namun tak semua berjaya. Untuk pulang semula pun tak mampu. Akhirnya tinggal saja di bawah jambatan-jambatan di kota Bangkok. Syukur ini tak ada di KL, bertuahnya rakyat Malaysia...

Tanpa menunggu lama, sebuah koc Skytrain sampai. Aku lihat koc di sini sama saja dengan sistem MRT di Singapura. Mungkin sama pengeluar agaknya. Kami menuju ke stesen Siam di daerah perniagaan pusat Bangkok. Wira berhenti di situ untuk ke kompleks perniagaan di situ, manakala aku naik Skytrain lain ke arah stesen Thong Lo.

Dari stesen Thong Lo, aku mengambil teksi ke pejabat cawangan syarikat aku berkerja. Setelah menempuh kesesakan lalulintas Bangkok yang teruk, akhirnya aku sampai. Menurut Amran, sejarah menyatakan orang zaman dahulu yang mencadangkan jalan raya luas di kota Bangkok dianggap gila kerana tak ada orang akan guna sepenuhnya jalan raya yang luas itu. Lihat hari ini, siapa yang gila?

Image hosted by Photobucket.com
Sebuah koc Skytrain meninggalkan satu stesen.

Sampai di pejabat, aku bertemu Eve, Ploy dan Amran. Aku ingin lihat cara mereka berkerja. Sempat juga aku tolong mereka sebagai penterjemah kerana tak semua pelanggan dari Malaysia boleh berbahasa Inggeris. Sedang aku melayan karenah-karenah mereka, tak sangka Uma yang dah berhenti dari syarikat datang menjenguk kerana dia sedang bercuti dari kerja barunya. Hmm, "musuhku" udah dateng! Ngapain kamu ke sini sih? Uma, kacukan Thai dan Indonesia, merupakan rakan gurauanku.

Pada lewat petang, mereka semua mengajak aku makan malam di sebuah restoran di tepi Menam Chao Phraya. Isy... mahal ni! Macam mana aku nak bayar ni. Aku senyap saja. Oh, rupa-rupanya Uma sudah meminta dari bekas bosnya untuk syarikat membayar bil makan kami nanti! Alasannya untuk meraikan tetamu. Nasib baik... fuhh lega (kedekut juga aku ni...).

Kami sampai terlebih dahulu. Puas menunggu Wira dan Deli, kami memesan makanan sementara mereka sampai. Dah sejam menunggu, barulah mereka berdua sampai. Mereka lambat sedikit kerana masing-masing tak biasa dengan Bangkok. Kami memesan makanan lagi buat mereka. Aku mencuba pulut mangga tapi tak sedap di sini. Di pejabat tadi, yang Suree beri lebih sedap.

Setelah kekenyangan dengan banyak menu yang "tuan rumah" sediakan, Amran menemani kami pulang menaiki teksi. Kebetulan rumah Amran berhampiran hotel kami, senanglah dia pulang nanti.

Sampai di hotel, kami ke Khao San Road pula. Mahu sight-seeing di sana. Di sana, kami terdengar seperti ada satu ceramah diadakan di khalayak ramai. Rupanya terdapat seorang paderi Kristian seolah-olah berkhutbah buat umatnya agar menjauhi tempat-tempat maksiat di situ... Dia masih tabah bersyarah walaupun basah berpeluh yang kebetulan pada musim yang panas itu. Suhu musim panas di seolah-olah suhu bahang dari kipas penghawa dingin!

Namun sepertinya tak ada orang yang pedulikannya. Menurut Amran, di sini semuanya terbuka. Malah berhampiran hotel kami terdapat satu kuil Yahudi. Para pelancong yang datang ke sini juga membawa ajaran mereka sekali.

Image hosted by Photobucket.com
Pemandangan malam Khao San Road

Di Khao San Road, banyak pub dan kelab malam dibuka. Terdapat juga para peniaga pakaian, kraftangan, DVD, makanan dan lain-lain. Ini seperti pasar malam di Malaysia. Harganya pula agak murah. Kami tenang berjalan kerana terlepas dari "gangguan" pempromosi kelab malam kerana mereka hanya menumpu kepada Mat Salleh.

Setelah penat, kami pulang.

***bersambung untuk hari ketiga***

26 Mei 2005

Viva Liverpool, But Please Forgive Me...

Image hosted by Photobucket.com

Huh! Liverpool won European Champions Cup?! I got a message from a colleague early in the morning informing Liverpool have won European Champions Cup after I slept earlier at half time - believing last night was not Liverpool's night after being trailing 3-0 at half time! Oh, please forgive me. I had thought before I closed my eyes that the night might be a miracle night but due to fatigue (he he.. perhaps...), I was going to bed.

Anyway, hooray at last! What a miracle moment! Can't wait to see the encored telecast tonight. Hu hu.. it was my mistake not to see live...

P/s: Where are you Owen?

Related post:
'Owen Syndrome'

22 Mei 2005

Lawatan Ke Siam - Hari Pertama - Kawasan Banglamphu

Image hosted by Photobucket.com

Di bilik, aku menelefon Amran kalau-kalau dia boleh menemani kami malam ini. Maklumlah, kami datang ke sini "main terjah" saja. Tak tahu langsung berkenaan Bangkok. Tapi dia ada hal pada malam nanti. Jadi kami keluar saja berpandukan peta yang Wira ambil di lapangan terbang tadi.

Apabila turun ke lobi, seseorang telah menegur kami kerana kami bertutur bahasa Melayu. Kamaruddin, seorang berbangsa Melayu warga Thai menyapa kami sama ada mahu keluar bersiar-siar bersama dia atau tidak.

Peramah orangnya, Kamaruddin berasal dari wilayah Satun (atau dipanggil Setul* dalam loghat Melayu selatan Thai) dan berkerja di sebuah universiti di wilayah Songkhla. Beliau di sini kerana kerja-kerja penterjemahan manuskrip Melayu Jawi lama ke bahasa Thai. Kami berbual rancak. Rupanya beliau adalah bekas mahasiswa USM di Pulau Pinang dan sudah biasa dengan kehidupan di Malaysia.

Kami berjalan mencari lokasi untuk makan malam nanti. Berhampiran sebuah masjid di Thanon (Jalan) Phra Sumen, kami menemui banyak warung makanan Islam. Di kawasan berdekatan juga terdapat Soi (Lorong) Rambutri yang menempatkan banyak pub dan kedai minuman. Rambutri, menurut Kamaruddin, bererti beras. Jadi ini lorong beraslah. Tempat pejalan kaki di sini ala-ala Bintang Walk di KL tapi lebih seronok berjalan di sini kerana suasananya tak terlalu high-class dan lebih santai.

Sebenarnya kawasan Banglamphu ini merupakan kawasan para bag-packers yang mencari alternatif lebih murah supaya dapat tinggal lebih lama atau sebagai tempat transit sebelum ke tempat peranginan lain seperti Pattaya dan Phuket. Asalnya sebuah tempat persinggahan kecil untuk para pelancong, ia kini berkembang menjadi bualan mulut seluruh dunia. Di kawasan ini juga terdapat Khao San Road, tempat membeli belah terkenal yang dijadikan satu babak dalam filem The Beach lakonan Leonardo di Caprio.

Kami berjalan lagi. Kali ini kami ke Sanam Luang, sebuah padang atau dataran yang agak luas dan besar yang menjadi lokasi acara-acara besar di Bangkok. Menurut Kamaruddin, sanam bererti padang dan luang bererti raya, jadi jika diterjemah secara terus, Sanam Luang bererti padang raya.

Image hosted by Photobucket.com
Sanam Luang - besar dan luas.

Di sini, jalan raya terlalu sesak, sempit dan "tak mesra" pejalan kaki. Kami mengambil masa hampir 10 minit untuk menyeberang jalan raya untuk ke Sanam Luang. Ada lintasan pejalan kaki tapi tak ada lampu isyarat. Aku tak yakin langsung untuk melintas kerana semua kenderaan agak laju.

Di Sanam Luang, kelihatan ramai orang bersiar-siar. Ada yang berjalan, menaiki motor dan juga terdapat para peniaga jalanan menjual minuman, mainan dan cenderahati. Di situ juga diadakan satu latihan untuk satu satu konsert yang bakal diadakan pada malam itu bersempena Hari Buruh pada 1 Mei nanti. Di hujung lain padang yang luas itu, terdapat satu perbarisan pasukan-pasukan beruniform yang hampir ke kemuncaknya.

Image hosted by Photobucket.com
Persiapan untuk satu konsert di Sanam Luang.

Setelah penat berjalan, kami mahu pulang semula ke kawasan makan-makan tadi untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong ini. Kami menanti bas untuk satu perjalanan singkat. Tambang bas murah, cuma 5 Baht, kira-kira 50 sen saja. Cuma bas di sini agak lama, tanpa hawa dingin.

Aku cuba bertutur bahasa Thai yang aku pelajari dari teman-temanku di sini dengan Kamaruddin tapi hasilnya sungguh melucukan. Kerana bahasa Thai berasaskan sebutan yang mempunyai lima tonasi, sama seperti bahasa Cina tetapi dengan empat tonasi, sebutan yang salah tonasinya pasti memberi maksud yang berlainan dari apa yang ingin diungkapkan. Aku mahu menyebut "seratus" tetapi berbunyi "adik sedap"! Mahu menyebut "pedas" tapi berbunyi "itik"! Ini yang buat aku putus asa untuk belajar bahasa Thai ini... Kan senang seperti bahasa Melayu atau Inggeris yang tak ada tonasi; sebutlah dengan ton rendah atau tinggi, sama saja maknanya...

Sampai di Thanon Phra Sumen, kami ke sebuah warung Muslim di situ. Mahu makan makanan Thai yang sedap itu. Kami pesan tom yam. Apabila mahu memesan sayur, Kamaruddin bertanya mahu letak apa dalam sayur, sama ada ayam atau daging. Aku berkata ayam kita pesan asing-asing. Namun Kamaruddin menerangkan di sini sayur biasanya dimasak bersama ayam atau daging. Oh, aku faham sekarang... Kami memesan makanan yang kurang pedas kerana Deli tak tahan pedas. Di Bangkok, tip mencari makanan halal, carilah kedai yang ada pelanggan wanita bertudung. Comel-comel belaka pula tu...

Image hosted by Photobucket.com
Warung tempat kami makan.

Setelah makan, aku dan Wira pulang ke hotel. Dah penat sangat setelah perjalanan jauh. Deli dan Kamaruddin pula ke Khao San Road.

*Nama-nama kawasan atau wilayah di Selatan Thai yang bersempadan dengan Malaysia sebenarnya ada nama Melayu masing-masing. Kerana wilayah-wilayah itu di bawah pentadbiran Thailand, nama-nama rasmi yang digunakan adalah dalam bahasa Thai. Berikut adalah nama-nama tempat dalam bahasa Melayu yang disebut penduduk setempat:

Narathiwat = Menara
Yala = Jalor
Satun = Setul
Songkhla = Senggora
Patthalung = Petaling

Malah perkataan Phuket juga berasal dari perkataan "bukit". Sila klik pos terdahulu berkenaan wilayah-wilayah di Selatan Thai ini >>>.

***bersambung untuk hari kedua***

17 Mei 2005

Lawatan Ke Siam - Hari Pertama - Ketibaan

Image hosted by Photobucket.com

Setelah dua jam kebosanan dalam pesawat, akhirnya aku menjejakkan kaki buat kali pertama ke bumi gajah putih ini pada jam 2.45 petang, 28 April lalu. Aku keseorangan kerana Deli dan Wira sudah menaiki penerbangan lebih awal pada waktu pagi, gara-gara aku lambat menempah tiket Airasia ini.

Aku memang terlalu asing di sini. Berkeseorangan, aku tak tahu ke mana harus pergi. Lalu aku telefon Amran, temanku asal wilayah Menara di selatan Negara Thai untuk bertanya bagaimana untuk melalui pemeriksaan imigresen dan mendapatkan teksi ke hotel nanti.

Setelah tersalah lorong imigresen (bahkan hampir semua orang yang menaiki satu pesawat denganku tersalah lorong kerana kurangnya papan tanda - mungkin ada dalam bahasa Thai), mengecop pasport dan menuntut bagasi, lantas aku mencari teksi di luar terminal.

Kelihatan ramai orang sedang beratur untuk mendapatkan tiket. Namun aku lihat banyak juga teksi yang sedang bersedia untuk mengambil penumpang. Bolehlah, tak lama ini. Seperti yang aku pernah dengar sebelum ini, aku lihat teksi di Thailand memang canggih! Semuanya model-model yang ada boleh dianggap mewah kalau di Malaysia. Di sini tak ada Proton Saga atau Iswara, yang ada cukup membuatkan orang Malaysia kebanyakan terangkat bulu kening. Mereka menggunakan Toyota Altis dan ada juga Mitsubishi Lancer!

Setelah mendapatkan satu teksi berjenama Toyota, aku lantas memberikan alamat hotel aku menginap kepada pemandu teksi itu. Dia membalas dengan bercakap bahasa Thai dengan aku! Isyh masalah bahasa ini. Aku menjawab aku tak pandai berbahasa Thai. Kami sebaliknya bercakap Inggeris. Dia berkata dia fikir aku orang Thai. Maklum muka dan warna kulit orang Melayu sama dengan orang Thai di wilayah-wilayah selatan.

Aku cuba bersembang dengan pemandu itu dengan harapan dapat memperolehi banyak maklumat berkenaan Bangkok tapi masalah komunikasi menghalang niat aku. Perkataan asas Inggeris pun dia tak tahu. Aku hanya senyap sambil menikmati pemandangan kota Bangkok sementara sampai ke destinasi.

Sekarang ini Bangkok memang pesat membangun. Bandarayanya lebih besar jika dibandingkan dengan KL dengan berpenduduk 6 juta orang. Lebuhraya yang menghubungi pusat bandaraya dan lapangan terbang pula tak ketinggalan canggihnya. Lebuhraya itu adalah lebuhraya bertingkat melewati ruang-ruang terhad antara pencakar-pencakar langit di kota Bangkok. Kalau di Malaysia, bayaran tol pastinya sangat mahal. Di sini, perjalanan selama 20 minit hanya berharga 60 Baht.

Image hosted by Photobucket.com
Kota Bangkok hari ini. Kelihatan Sungai Chao Phraya yang menjadi nadi kehidupan warga Bangkok sejak dulu lagi.

Setelah 45 minit berserta kesesakan lalulintas di sini, aku sampai ke kawasan Banglamphu. Pemandu teksi itu bertanya betul atau tidak hotel yang ditujui, aku menjawab ya dalam bahasa Thai. Pemandu teksi itu terkejut! Dia tak menyangka aku boleh berbahasa Thai. Dia kelihatan sangat gembira. Mungkin bangga mendengar orang asing berbahasa mereka. Aku sebenarnya taklah pandai sangat, cuma belajar sikit-sikit dari teman-teman berkebangsaan Thailand.

Masuk ke bilik, Deli dan Wira tengah santai menonton televisyen. Faham ke?

***bersambung***

14 Mei 2005

Diam

Diam
Tak bererti bodoh
Diam
Tak bererti tak faham
Diam
Lebih baik dari bercakap bohong
Diam
Membisu seribu bahasa

Diam
Tanda tak mengerti
Diam
Tanda malas
Diam
Tanda tiada keyakinan
Diam
Tanda bersifat memendam

Diam
Tidak bising
Diam
Tidak berbunyi
Diam
Diamlah engkau
Diam
Diamlah selamanya

06 Mei 2005

Tensennyerrrrrr!!!!

Arghh... ada satu benda yang menesenkan aku. Semua orang yang buat panggilan ke telefon bimbit aku hari ini masuk ke peti suara!! Macam mana aku nak kerja ni?! Ini semua gara-gara syarikat telefon bimbit nombor 1 Malaysia! Kata nak jadi nombor satu di region ini, tapi masalah aku kat rumah tangga sendiri pun tak terselesai!

Huh, tengok sajalah emel berjela di bawah tu. Dulu, masa aku di KL, dekat kawasan ibu pejabat dia pun ada masalah (KLCC). Tapi sekarang dengar kata dah OK. Dulu bayangkan melangkah beberapa tapak je ke depan, signal terus hilang. Langkah ke belakang balik, dapat semula full bar.

----------------------------------------------------------------------
Dear Customer Care,

Thanks for the response and also for a standard answer that every customer would probably get. Time is indeed precious. Am wondering why Celcom's and DiGi's coverages are far off better ...and the same time my mobile operator's coverage has become worst since the day I made the complaint...

Better be off the field than sitting on the comfortable laurels. Thank you.

-------------------------------------------------------------------------------
Customer Service wrote:
Dear Encik Mohd Khairul,

Thank you for your feedback on the network quality at Jalan Seroja, Taman Johor Jaya, Johor.

Please accept our apologies for any inconvenience caused by the unsatisfactory network quality in the above-mentioned location.

Our Engineers have checked and found that there is a site serving the area. The outdoor coverage for the area is good. However, we are unable to guarantee 100% indoor coverage as this depends on the structure of the building.

Rest assured, network quality improvement is a priority in Maxis. It is our intention to improve coverage and network quality in as many areas as possible. However, the process - to identify suitable sites, conduct engineering tests, get approvals from different authorities, build and optimise built sites - does take a lot of time and planning. We hope you will accord us your understanding and patience in this matter.

We are committed to ensuring our customers enjoy the best mobile network in Malaysia and indeed, in the region. Should you have any further inquiries, please feel free to contact us 03 7492 2123 or 123 from your mobile number or email us at customercare@maxis.com.my.

Thank you and we look forward to your continued support.

Yours sincerely,
XXX XXX
Customer Services

-------------------------------------------------------------------------
>>> Mohd Khairul 15/04/2005 07:58:09 PM >>>
Dear XXX,

Below is my feedback:

Date & time: Every time - getting worse since last week.
Location: Jalan Seroja area (alongside Jalan Johor Jaya, behind Giant Hypermarket Plentong), Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru (my address is one of those)
Signal bar - shows one to two bars (weak signal)
No message shown.
B party mobile number - lots of numbers. 80% calls received cut off when I'm in the area unless I find one spot to receive clearer signals.

Hope this helps. Thanks.


-------------------------------------------------------------------------
Customer Service wrote:

Dear Encik Mohd Khairul,

Thank you for contacting Maxis.

We would appreciate if you could provide us with the following details for
further investigation.

- Date and time problem occurred
- Exact location where the problem occurred (full address with the landmarks like famous buildings that are close to your area.)
- Signal Bar indicated on the phone LCD when the problem occurred
- Message displayed on the LCD when the problem occurred
- B party mobile number

We look forward to your reply. Alternatively, you may call us at 03 7492 2123
or 123 from your mobile phone or email us at customercare@maxis.com.my should you require further assistance.

Yours sincerely,
XXX XXX
Customer Services

----------------------------------------------------------------------------
>>> XXX@yahoo.com 11/04/2005 10:29:20 PM >>>
Name :mohd khairul
Email : XXX@yahoo.com
Contact (Mobile) : 01270XXXXX
Contact (Home/Office) : 01270XXXXX
Account : 1211XXXX
Occupation : Executive
Age : 0
Title : Complaint
Issue : Network
Products : Maxis Mobile
Comments : hope maxis can improve network coverage around jalan seroja area, tmn johor jaya, johor bahru. the signal is very weak at certain spots even outside buildings. lots of calls even from clients are cut off while talking and at the end have to resort using other operators' lines like celcom, digi and fixed line which are far off better than maxis. hope this can be improved soonest before more and more switching to other operators. appreciate your response. thanks.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...