24 Oktober 2005

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat seluruh pembaca Muslim yang masih setia menjenguk blog ini walaupun di mana saja anda semua berada. Jadikan Aidilfitri ini satu detik kejayaan tergemilang setelah berhempas-pulas melawan segala godaan dan hasutan yang tak putus-putus setelah sebulan ini.

Walaupun sepuluh hari lagi kita berlebaran, saya merasa ini kesempatan terbaik untuk menghantar pos ke blog ini. Maklumlah setelah balik kampung, akses Internet agak terhad. OKlah, minal aidil walfaizin. Berhati-hati semasa balik kampung. Untuk orang Malaysia, sayangi RM300 anda dari disaman polis dan lebih-lebih lagi hargai nyawa anda semasa di jalan raya.

Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com

07 Oktober 2005

Google Earth

Wow! Sungguh mengujakan. Inilah aplikasi yang paling cool pernah kutemui! Dinamakan Google Earth, ini adalah produk terbaru Google dan boleh dimuat turun secara percuma di http://earth.google.com.

Umpama terbang di awangan, kita boleh menjelajah, mencari dan menemui pelbagai lokasi kota-kota utama di dunia ini. Sebagai percubaan kuingin mencari lokasi rumahku:

Image hosted by Photobucket.com
Jom cari Johor Bahru.


Image hosted by Photobucket.com
Zoomkan lagi... Jelas Selat Tebrau yang memisahkan JB dengan Singapura.


Image hosted by Photobucket.com
Sebahagian Johor Bahru dan Pasir Gudang. Jalur panjang merentang itu adalah Lebuhraya Pasir Gudang. Yang tampak agak padat itu ialah taman yang kutinggal.


Image hosted by Photobucket.com
Rupanya gambar ini agak lama, mungkin 2-3 tahun lepas. Buktinya Taman Ehsan Jaya di sebelah tamanku itu masih dalam pembinaan (sekarang sudah diduduki).


Image hosted by Photobucket.com
Sungguh padat tamanku ini...


Image hosted by Photobucket.com
Ya, itu dia rumahku. Datanglah. Senang saja kalau dari angkasa lepas... :)

05 Oktober 2005

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Ramadhan tiba lagi. Bulan penuh keberkatan dan keinsafan. Malaysia hanya bermula puasa hari ini walaupun di sesetengah negara sudah bermula semalam.

Di Malaysia sambutan Ramadhan memang dilakukan saban tahun. Paling jelas ialah pembukaan bazar-bazar Ramadhan di serata tanah air serta restoran dan hotel yang berlumba-lumba menarik pelanggan berbuka puasa dengan mereka.

Tapi tampak sambutan tak menyeluruh. Pada awal puasa, masjid-masjid pasti penuh dengan para jemaah berterawih. Kendatipun begitu, seedar dengan masa, sedikit demi sedikit jemaah yang datang berkurangan. Menjelang hari raya, makin sedikit jemaahnya.

Di media-media, sambutan terhadap Ramadhan nampaknya kurang berbanding kecenderungan untuk berhari raya. Di awal Ramadhan lagi, stesen televisyen sudah menyiarkan rancangan membuat kuih dan kek raya.

Diambil contoh, jiran kita, Indonesia nampak lebih beriya-iya untuk menyambut Ramadhan jika dibandingkan dengan negara kita. Stesen-stesen tv berlumba-lumba menyiarkan rancangan khas Ramadhan.

Di waktu sahur, ada rancangan bercorak sketsa yang memberikan ceramah atau motivasi buat penonton. Banyak juga drama atau sinetron Ramadhan disiarkan.

Dek kekurangan produksi tempatan, tv-tv Malaysia juga sudah mula mengimport sinetron dari Indonesia. Tahun ini menyaksikan TV2 menyiarkan Ikhlas. Astro Ria pula menayangkan Hikmah 1. Buat rakyat di Selatan tanah air, mereka beruntung. Selepas habis tanyangan Hikmah 1 di Astro Ria, mereka boleh pula menyambung Hikmah 2 di RCTI Indonesia.

Di Indonesia, artis-artis juga memakai tudung di bulan ini. Tapi yang sedih, tudung-tudung itu disimpan semula ke dalam almari selepas habis puasa dan tunggulah sehingga puasa tahun depan untuk dipakai semula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...