25 Disember 2005

Bos

Bos

Berikut hasil nukilan seorang teman:

Ramai orang mahu menjadi bos. Kata mereka tak perlu buat kerja berat, tak kena perintah, duduk di atas kerusi empuk di dalam bilik berpenghawa dingin. Namun kusangsi dengan pendapat ini kerana boslah yang banyak tanggungjawab, selalu pening kepala dan stres berhadapan dengan pihak pengurusan teratas.

Namun akhir-akhir ini, pendapat ini mungkin ada benarnya. Kumendapat seorang bos baru, baru naik pangkat. Kelihatan dia agak kekok dengan tugas baru beliau. Biasalah, semua orang begitu. Masing-masing perlukan masa untuk menyesuaikan diri.

Walau bagaimanapun, dia kelihatan mahu menonjolkan kekuasaannya. Self-esteem beliau terlalu meninggi ke langit. Pendapat orang habis disangkal. Hanya dia saja yang betul. Dia terlalu taksub dengan caranya kerana dia percaya dengan caranya itulah dia berjaya dinaikkan pangkat. Nampaknya dia harus cepat-cepat dibawa turun ke bumi yang dia berpijak.

Arahan yang diberikan main ikut sedap mulut saja, tanpa berpandukan logik dan alasan. Kumahu menyanggah tapi ku tak berdaya kerana kutahu beliau seorang bos. Takkan kumahu membelakangi bos lebih-lebih lagi dalam situasi kerja hari ini yang bos adalah orang yang menilai hasil kerja para pekerja beliau.

*************************************

Mungkin inilah satu contoh tekanan dan gaya bekerja masakini. Syarikat mahu meningkatkan produktiviti dengan mengurangkan pekerja. Hasilnya beban kerja bertambah dan kuasa yang diberikan kepada seseorang bos juga lebih. Syarikat suka melihat persaingan di kalangan pekerja dan pada masa yang sama pekerja mungkin terdedah kepada subjektiviti seseorang bos. Pekerja mungkin telah melakukan kerja yang sangat baik tapi bagi bos itu mungkin tidak bagus langsung.

19 Disember 2005

Frustration

What a week! Frustration, disappointment and all those kind of feelings. Having boss pointed out all overlooked issues yet important ones, this is one of my toughest time. All one year efforts can go into drain flowing like water if that small gap can't be closed.

In my personal life, as usual, I've got to choose between two things. It's kind of dilemma whether to go ahead or to follow hesitation from the heart. Circumstances urge me to go ahead but this mind don't. Sigh...

To add things worse, I was very frustrated to see the way Liverpool lost the game yesterday. Angry but don't know who to blame at. Always hesitated linesman? Sinama-Ponggole for second successive out-of-play corner? Gerrard for shooting wide? Garcia for not sharp enough? Or manager?

Whatever, life must go on. I want a break but can't do so. Lots of things on my table. Furthermore it's raining now at kampung. Can't go back.

12 Disember 2005

Lupa, Tak Ingat?

Bagiku, bab-bab nombor ini sukar aku nak ingat. Kalau tengah hafal nombor telefon, kalau ada orang tegur diriku, pasti kulupa nombor yang kuhafal itu. Aku ingat nombor kad kredit aku pun berdasarkan bagaimana pergerakan jariku menekan nombor enam belas digit itu. Nombor terpanjang yang kuingat adalah nombor kad pengenalanku, sudah tentu!

Minggu lepas sewaktu ku ke Melaka, aku terpaksa bertukar-tukar hotel kerana hotel sudah penuh di musim cuti sekolah begini. Apabila mendapat nombor bilik, kutinggalkan kad yang mengandungi nombor bilik itu di atas meja di bilik. Yang kubawa hanyalah kad akses bilik.

Di hotel pertama, aku masih ingat lagi nombor bilikku tetapi di hotel kedua aku terlupa. Banyak sangat nombor yang harus kuingat pada hari ini. Apabila pulang semula ke hotel, dengan yakinnya ku ke tingkat 13. Setelah keluar dari lif di tingkat 13, barulah kusedar tingkat 13 adalah di hotel terdahulu.

Bagaimana ini? Hendak turun semula le lobi malaslah. Lalu kutelefon kawanku tapi tak berjawab. Kumenelefon pihak hotel tetapi mereka tak dapat memberi informasi atas faktor keselamatan. Kalau nak, kenalah turun ke bawah.

Telefon sekali lagi kawanku itu. Akhirnya dapat. Dia di tingkat 18, dan aku pun tahu yang aku berada di tingkat atasnya iaitu tingkat 19. Terpaksa gunakan formula lagi - aku setingkat di atasnya.

Keesokannya aku bergegas pulang semula ke hotel kerana waktu daftar keluar sudah hampir tiba. Kad akses itu tak akan berfungsi jika terlebih waktu daftar keluar iaitu jam 1200.

Sedang kuberharap agar kuboleh masuk lagi ke bilikku, kumencuba beberapa kali memasukkan kadku, tapi tak berhasil. Tiba-tiba ada orang membuka pintu bilik dari dalam... Arghhh malunya!!! Dah tersalah bilik. Penghuni bilik itu terkejut melihatku. Kumeminta maaf banyak-banyak.

Rupanya bilikku di sebelah! Nasib baik boleh masuk lagi kebilikku. Bilik yang kucuba masuk tadi adalah 1910, padahal bilikku adalah 1908! Kenapa? Ini terjadi kerana semalam bilikku bernombor 1310!

Hmm, teladan dari cerita ini, jangan asingkan kad akses dengan kad yang ditulis nombor bilik.

06 Disember 2005

Anugerah Televisyen Asia 2005



Pada tahun ini, Malaysia berjaya membawa pulang satu anugerah daripada Anugerah Televisyen Asia 2005 yang berlangsung baru-baru ini di Singapura. Rancangan Macam-macam Aznil terbitan Astro Ria berjaya menggondol Anugerah Talk Show Terbaik.

Antara anugerah lain yang dibawa pulang ialah:

3R – Respect, Relax, Respond (Red Communications Sdn Bhd) - tempat kedua Program Kesedaran Sosial Terbaik.
Konsert Akustik Siti Nurhaliza (Astro Ria) - penghargaan untuk Rancangan Hiburan (Acara Khusus/Tahunan) Terbaik
Fish Tale Adventures – Hurray for Hollyreef (Fat Lizard Sdn Bhd) - penghargaan untuk Animasi Terbaik

Kelihatan banyak anugerah digondol Singapura tetapi sebenarnya banyak anugerah dimenangi oleh stesen TV kabel antarabangsa yang berpusat di negeri pulau itu.

Pautan/pos berkaitan:
Laman Anugerah Televisyen Asia 2005
Anugerah Televisyen Asia 2004
Watch TV
Misteri Nusantara
Who Wants To Be/Steal A Millionaire
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...