12 Januari 2006

KL – Kota Berwawasan

Kebelakangan ini banyak iklan melawat KL di televisyen Indonesia utama seperti RCTI dan SCTV disiarkan. Iklan dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan atau Tourism Malaysia ini mengajak para pelancong dari Indonesia untuk mengunjungi Kuala Lumpur.

Mungkin inilah waktu untuk bertukar angin, bertukar pengalaman  bahkan bertukar persepsi. Selama ini, orang-orang berada dari Indonesia asyik ke Singapura sahaja untuk membeli-belah. Kalau menonton sinetron, ibu-ibu yang berwatak orang kaya selalu menunjuk-nunjuk barangan dari Singapura (mak-mak Datin dari Malaysia pula melaram barang-barang dari London, Paris, New York…). Berbelanja di Kuala Lumpur sebenarnya lebih murah daripada di Singapura kerana kadar tukaran wang dan kos sara hidup yang lebih rendah.

Mungkin persepsi selama ini orang Indonesia hanya datang ke Malaysia untuk bekerja, bukan untuk melancong. Bagi orang Malaysia, mungkin ada yang tak menyedari potensi pelancong dari Indonesia. Maklumlah, banyak yang datang mahu mencari rezeki atau yang selalu datang kerana mempunyai tali persaudaraan dengan orang di sini.

Mungkin ini juga peluang mengubah persepsi terhadap orang Indonesia yang kononnya rata-rata jahat, suka merompak, mencuri, mencopet atau membunuh. Sebaliknya, ini juga peluang mengubah persepsi yang orang Malaysia rata-rata zalim, memandang rendah orang lain atau sombong.

Jangan biarkan nila setitik merosakkan susu sebelanga.

2 ulasan:

  1. Ramai orang malaysia yang berlibur di Danau Toba (Sumatera Utara), Bukit tinggi (Sumatera barat), dan Bali.

    BalasPadam
  2. Saya juga mahu sangat ke Danau Toba tapi masih belum berkesempatan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...