07 Januari 2006

Teraniaya Di Bumi Sendiri

Kasihan umat Islam Malaysia hari ini. Teraniaya di bumi sendiri. Punya kuasa tapi tak mampu berbuat apa-apa. Kes penjualan barang-barang yang asalnya disahkan halal tapi hakikatnya tak mengikut hukum syarak dalam proses pembuatannya masih terus berleluasa.

Terbaru kes ayam Dindings yang disahkan cara sembelihannya tidak mengikut hukum syarak. Ayam yang disembelih secara massa ada yang tak sempurna sembelihannya dan disembelih dua kali. Ada yang mati sebelum disembelih semula.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sebuah badan yang bertanggungjawab mengesah dan mengeluarkan sijil Halal di Malaysia, ketika mendedahkan perkara ini seolah-olah seperti seekor ketam yang mengeluarkan butiran pasir dari lubangnya. Selepas diletakkan pasir di luar lubang terus ia masuk semula ke lubangnya.

Jakim punya kuasa tapi hanya menghebahkannya di lamannya di http://www.halaljakim.gov.my/. Tak diberitahu kepada umum yang patut mengetahuinya melalui media yang lebih luas jangkauannya seperti siaran berita TV atau mengadakan iklan-iklan di suratkhabar.

Orang ramai pula merasa terus tertipu dengan kejadian sebegini. Pelbagai alasan diberi seperti tak cukup penguatkuasa dan undang-udang sedia ada tak berkesan. Namun alasan tetap alasan kerana Jakim sepatutnya sudah sepatutnya mengambil langkah proaktif termasuk membawa kes ini ke Parlimen untuk digubal satu peraturan baru.

Image hosted by Photobucket.com
Salah satu produk ayam Dingdings.

Menambah panas di bumi Malaysia yang saban hari hujan ketika ini, timbul pula ikan Patin yang diternak diberi makan babi rebus supaya cepat besar. Di sebuah penternakan ikan Patin di Tronoh (tempat kubertapa dulu…), organ dalaman babi, tengkorak dan tulang babi ditemui untuk diberi makan ikan.

Pihak penternak itu dikatakan mempunyai rangkaian bekalan ke serata Semenanjung termasuk ke luar negeri, di Timur Tengah. Kalau mereka di sana tahu, alamatnya punah habislah reputasi Malaysia sebagai pengeluar barangan Halal.

Umat Islam Malaysia sebenarnya sudah banyak bertolak ansur. Banyak kes yang boleh mengganggu gugat keharmonian tapi mereka masih boleh bersabar. Jangan hal ini terus berleluasa.

Image hosted by Photobucket.com
Akhirnya ke tong sampah juga ayam Dindings ini!

Pihak berwajib pula harus mengambil tindakan tegas lagi berkesan terhadap pengasaha bukan Islam yang kurang peka malah kurang ajar ini. Kalaupun tindakan tak boleh diambil terhadap mereka ini, kenapa tak dihebahkan sehebat-hebatnya di mana saja, di media masa, media elektronik, supaya semua orang tahu ketidakprihatinan dan kurang rasa hormat mereka itu. Cara ini sudah pasti menjejas perniagaan mereka. Bukankah kita umat Islam majoriti di negara ini?! Kita punya kuasa membeli.

“Tegas supaya diri tak teraniaya!”

Ulasan Krinch berkenaan kes ini: Produk Ayam Dindings Ditarik Sijil Halalnya


1 ulasan:

  1. ape kata kalau mintak refund ngan dindings tuh..baru padan muke die..:P

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...