09 Mac 2006

Hatiku Sudah Dimiliki - Siti Nurhaliza - Petanda Kejatuhan?


Datuk K

Beberapa hari lepas banyak akhbar menyiarkan berita pengakuan Siti Nurhaliza yang hati beliau sudah dimiliki. Banyak pihak mengaitkan beliau dengan Datuk K atau nama sebenarnya Datuk Khalid Mohd Jiwa, seorang ahli perniagaan yang memiliki beberapa syarikat yang tersenarai di bursa saham.

Jika ini benar-benar terjadi maka akan hancurlah harapan para peminat Siti yang mengharapkan sekurang-kurangnya berlaku satu acara perkahwinan yang agung ala Raja-raja antara pasangan beliau yang sepatutnya seusia ataupun tak jauh beza umur antara mereka.

Barangkali di benak para peminat beliau kenapa dipilih seorang lelaki berusia 47 tahun yang agaknya layak dipanggil bapa untuk menjadi suami beliau. Mahukan seorang yang kaya? Mungkin juga tidak kerana Siti sendiri telahpun kaya.

Kenapa Datuk K menjadi pilihan? Ramai memerhatikan Siti sangat rapat dengan kakak Datuk K iaitu Zaiton yang pernah menganjurkan konsert amal Siti. Juga dikatakan Siti rapat sejak Datuk K menceburkan diri dalam perniagaan berkaitan industri hiburan.

Adakah ini menandakan mulanya zaman kejatuhan Siti? Jika Siti berkahwin dengan Datuk K, mungkin sebahagian besar peminat tak bersetuju dan tidak akan kisah lagi dengan perkembangan beliau.

Beberapa hal lain juga dilihat bakal menggugat kedudukan Siti sebagai artis paling popular di Malaysia malah juga di rantau Nusantara ini.

Jika dilihat dari sudut neutral, Siti sepatutnya sudah membersihkan nama beliau dengan “mengajar” Datuk Sharifah Aini di mahkamah atas kes emel layang Datuk Pah yang cuba menjatuhkan maruah beliau. Belum pun penghakiman bermula, kes itu sudah awal-awal lagi ditolak kerana bukan Siti sendiri yang membuat aduan.

Apabila kes itu tergantung, maka tidak ada ruang untuk menegakkan kebenaran. Umum tidak dapat memastikan pihak mana yang benar. Mungkin Siti sendiri adalah sepertimana yang didakwa Datuk Pah?

Fenomena Raja SMS, Mawi juga dilihat bakal menggugat kedudukan beliau. Pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini, Mawi memecah tradisi kemenangan Siti Nurhaliza dengan menggondol Anugerah Artis Paling Popular dengan majoriti undian melebihi Siti sebanyak tujuh kali ganda.

Adakah ucapan terima kasih Siti “untuk yang tersayang” di akhir kata-kata beliau semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian adalah yang terakhir sebelum kejatuhan beliau? Biar masa menentukan. Siti sudah biasa dengan jatuh bangun dunia hiburan ini…

Nota kaki: Bukan pembaca bukan dari Malaysia, "Datuk" adalah gelaran kurniaan Sultan-sultan negeri-negeri Malaysia untuk tokoh-tokoh masyarakat.

Artikel-artikel berkaitan dengan Siti Nurhaliza:
Siti Nurhaliza Can't Speak English? (previous post from archive)
All eyes now on Datuk K (The Star)
Siti hitung hari? (Harian Metro)

8 ulasan:

  1. APA KATA ISTERI DATUK YE? anak2 datuk apa crite skarang

    BalasPadam
  2. wah, habislah kesempatan tuk memiliki siti nurhaliza.

    BalasPadam
  3. siti kok mau ya kawin dengan kakek kakek, kenapa tidak gue aja yang masih perjaka. apa selera siti suka ama yang tua ya.

    BalasPadam
  4. sbg slh sorg peminat ct, aku mmg xsetuju lgsg dia ngan datuk k, bukan ape, slame ni hope dia nye future husband bujang n umo mmg xjauh dr dia, tp aku still xpaham nape datuk k plak jd pilihan.....but selagi ct xumumkan sape sbnrnye cinta ati dia, aku still mengharap org tu bukan datuk k.....

    BalasPadam
  5. sittttttiiiiiiiii......argggggggghhhhhh!!!!!!!!

    BalasPadam
  6. Memang ler ct tu tak sepadan lansung ngan orang tue tu... Entah le ape yang ct tgk pd khalid tu. Kalau nak harte, dia dah ade byk.. boleh terime ke alasan dia, jatuh hati pd datuk k coz terharu dgn kasih syg khalid pd anak2 dia. Kalau betul lah k tu penyayang, dia takkan tinggalkan bini dia dan ikut nafsu nak ngorat ct kan... Rasenye ct nak pangkat datin kot. Alaa... mestilah die tak nak kalah ngan datin norjuma, datin tiara dan byk lg artis jd datin coz kahwin datuk. Eee... ct kata die tak kisah digelar perampas suami orang.. Dia dah couple ngan lelaki tu sejak setahun lepas kan... nak tahu, datuk k tu cerai ngan bini dia bile??? Adakah ct couple ngan datuk k smasa datuk k masih bergelar suami orang.. Boleh tahan g***l jugak ct ni kan.. Tak sangka.. orang popular macam dia kempunan suami orang.

    BalasPadam
  7. apalah ct nie..mcm susah sangat nak cari lelaki..brp ribu lelaki bujang d negara kita itu gak dia nak..kalau kene tanye semua alasan takdir tuhan...pirah!!!! jadi kalu perompak rompak bank alasan takdir tuhan gakla..hek eleh ct..kesian..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...