23 Mac 2006

Jalan-jalan Di KL



Dek terlalu sibuk, ku semacam dah tak terurus lagi. Kerja bertimbun banyak. Ku malah tak ada masa langsung untuk memotong rambutku yang dah panjang ini.

Keesokannya big boss akan turut sama menghadiri mesyuarat. Takkan kumahu memperagakan rambutku yang serabai ini. Mahu tak mahu kuharus mencari kedai gunting rambut malam itu juga.

Ku tak pernah potong rambut di KL. Bertanya kawan-kawan, mereka juga tak biasa. Akhirnya ku ke Bukit Bintang saja jikalau ada kedai di sana. Ku pernah mendapat flyers mempromosikan kedai rambut di sana tapi ku tak tahu di mana lokasi sebenarnya. Mungkin di BB, Sungei Wang ataupun Low Yat.

Mula-mula ku ke Low Yat, ke tingkat bawah. Cari-cari tapi tak jumpa. Setelah berputus asa, ku ke Sungei Wang pula. Namun banyak yang kujumpa adalah salon. Kalau nak warnakan rambut sekali atau membuat teknik rebonding, bolehlah.

Setelah tak jumpa, kuberjalan kaki sekitar Bukit Bintang. Tak ketemu lagi. Yang ada banyak kedai urut yang memberikan "khidmat tambahan". Setelah berpusing-pusing, ku sampai balik ke Low Yat.

Cuba lagi mencari di tingkat bawah, kalau-kalau terlepas tadi. Masih tak jumpa. Ku dah berputus asa. Lalu ku ke tingkat atas untuk mencari sedikit gadget - tujuan nombor duaku ke sini.

Sampai di tingkat dua, kelihatan beberapa kedai yang mempunyai ciri-ciri yang kucari itu. Oh, rupanya di sini. Tak kusangka di sini. Penat saja kuberjalan ke sana ke mari. Flyers itu sebenarnya merujuk kedai di sini, bukan di bawah.

2 ulasan:

  1. yes! gunting rambut di low yat KL! Kurang-kurang RM15 kena keluar drpd poket tu.. hehehe..

    BalasPadam
  2. Eh RM12 je. Tapi value for money - dapat sikat free, siap gel rambut, tukang gunting berkemahiran... First time aku tahu rambut cacak2 tu dia gunting secara zig-zag (tak rata cam biasa). Rambut belah aku kat tengah kepala pun dia boleh hilangkan...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...