11 April 2006

Pasca Harga Minyak Naik

Entahlah sejak akhir-akhir ini kudapati kesesakan lalulintas di JB kurang dari biasa. Apabila turun dari Lebuhraya Utara Selatan menyusuri Lebuhraya Pasir Gudang, pasti akan ada bottle neck yang menyebabkan kesesakan. Semasa kulalui laluan itu minggu lepas, walaupun pada masa itu sudah jam lima petang, kurasa pelik kerana laluan lancar. Di Johor Jaya di bawah flyover Lebuhraya Pasir Gudang yang biasanya kenderaan berasak-asak pun sekarang nampaknya sudah tidak ada kesesakan.

Baru-baru ini ketika makan di sebuah pusat membeli-belah di JB, seorang teman memberikan pendapat yang mengatakan ramai orang sekarang tidak keluar rumah disebabkan kenaikan harga minyak.

Mungkin ada kebenarannya. Masing-masing ada pelbagai cara untuk menangani masalah kenaikan harga minyak. Kalau dulu serumah ada empat kereta, keempat-empatnya pasti akan berada di atas jalan raya pada masa yang sama. Kini mungkin satu atau dua sahaja yang bergerak.

Bagi yang mempunyai kenderaan bercc tinggi, pasti penggunaannya akan dihadkan. Yang menjadi pilihan adalah kenderaan yang ekonomi yang rata-ratanya bercc rendah.

(Dikarang di Metro Guest House, Jogjakarta, Indonesia. Tunggukan pos-pos menarik berkenaan Lawatan ke Solo, Jogjakarta dan Bali nanti...)

2 ulasan:

  1. QUOTE:"(Dikarang di Metro Guest House, Jogjakarta, Indonesia. Tunggukan pos-pos menarik berkenaan Lawatan ke Solo, Jogjakarta dan Bali nanti...)" UNQUOTE.

    Yes... i'm also looking forward for beautiful pictures from there!

    BalasPadam
  2. No problemo.. Byk gambar yang dah diambil ni - Kraton, Prambanan, Borobudur, Dataran Tinggi Dieng dll. Balik Malaysia akan diuploadkan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...