29 Jun 2006

Kebosanan

Beberapa hari ini, kurasa seolah-olah otakku mengecil dan diriku terputus dari dunia luar. Ini gara-gara PCku hancur dek "Windows XP SP3 Gold" - customised version daripada Windows XP SP2. Habis semua "hubunganku" ke dunia luar terputus. Kebetulan pula ku tak ke mana-mana minggu ini kerana semua jadual kerjaku di luar dibatalkan. Asalnya mahu ke KL tetapi temanku dimasukkan ke hospital (kesian dia), lalu dibatalkan saja. Sebagai ganti, kumahu melakukan lawatan ke beberapa tempat di JB tetapi semua orang sibuk di hujung bulan ini. Akhirnya terperuk juga ku di home office ini.

Mahu keluar tapi ku tak ada arah tujuan. Semua orang yang kubuat panggilan tak mahu menjawab. Kucuba hilangkan kebosananku dengan melakukan kerja-kerjaku tapi tak banyak pula yang perlu disiapkan. Semuanya sudah selesai. Hmm, pada masa-masa begini pula kelapanganku datang.

Atas saranan temanku, kubawa PCku ke kedai komputer untuk disalin fail My Document namun wang yang menjadi ketamakan technician kedai itu membatalkan niatku. Kutahu PCku tidaklah terlalu teruk rosaknya tetapi masih mahu dicaj mahal. Periksa saja RM20, kalau rosak dan perlu diselamatkan RM50, kalau ada kerosakan lain, tambah lagi! Gile ape! Setelah kubertekak dengannya, dia mengurangkan ke RM30. Kubersetuju atas dasar kedaruratanku. Namun, PCku hanya dapat disiapkan selepas 2-3 hari. Hmm, malaslah aku nak melayan mereka ini. Ku dah penat mengharung kesesakan lalulintas tadi. Tak mahu lagi ku ke sini untuk mengambil PCku nanti. Kupulang saja.

Akhirnya, kubercadang untuk membawa PCku ke rumah kakakku. Hanya Sabtu ini kudapat ke sana. Kuperlukan satu lagi PC untuk menyelamatkan fail-failku di dalam cakera keras itu (itu saja kuperlukan dari kedai komputer itu tapi mereka tamakkan duit!). Tak sabar untukku menunggu Sabtu ini. Harapnya kudapat selamatkan semuanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...