17 Jun 2006

Tuntutlah Ilmu Walau Ke Negeri China

"Tuliba 'ilma walau bis Sin."

Itulah sabda junjungan kita, Rasulullah S.A.W. yang bermaksud "Tuntutlah Ilmu Walau Ke Negeri China". Ingat lagi semasa ku di sekolah dahulu ustazah mengatakan peri pentingnya menuntut ilmu sehinggakan jika perlu merantau jauh seperti ke negeri China.

Kuberfikir pastinya maksud pesanan itu malah lebih dari itu. Pasti ada sesuatu yang lain tersirat di dalamnya.

Nah, hari ini kita lihat bagaimana dinamiknya China melakar pembangunan pesatnya laksana sang gergasi yang baru bangkit dari tidur melakukan sesuatu dengan penuh kekuatan.

Kita lihat bagaimana China mempengaruhi perekonomian dunia hari ini. Seperti gergasi sedang lahap menyantap hidangannya, mereka pernah menyebabkan kekurangan bahan mentah dunia buat menampung kepesatan perindustrian mereka. Harga-harga besi dan getah pernah melambung tinggi kesan permintaan yang tinggi melebihi bekalan.

Hanya beberapa tahun lagi ekonomi China dijangka akan mengatasi ekonomi negara-negara maju di Amerika dan Eropah. Justeru ramai orang berlumba-lumba mahu bersama-sama China memacu kemajuannya. Banyak syarikat asing mahu ke sana.

Semua orang mahu belajar dari China. Semua orang mahu mengetahui tentang China termasuklah budaya dan bahasanya. Kini mungkin terserlah lagi sifat kebijaksanaan Rasulullah sebagai seorang Rasul. Mungkin inilah yang diperkatakan Baginda.

Kita tidak seharusnya ketinggalan dengan kebangkitan China hari ini. Sedarkah kita bahawa jumlah umat Islam di China jauh melebihi jumlah umat Islam di Malaysia! Tentunya banyak peluang terhidang di sana.

2 ulasan:

  1. Suka saya perbetulkan tentang status hadis tu. Sebenarnya hadis tu bertaraf daif /palsu dan silalah rujuk kepada kitab-kitab hadis yang muktabar. Kita senang bercakap tentang hadis tapi tanpa pengetahuan kita ada hadis itu yang bukan disabdakan oleh Nabi Mulia kita. Semoga bermanafaat.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama, terima kasih di atas komen dan saran. Amatlah berguna jika link ataupun nama kitab2 hadis disertakan utk dibuat rujukan semula.

    Walau bagaimanapun, sy berpendapat kita tidak patut mengurung dan menahan diri dengan isu hadis palsu ini. Kita patut melihat dari sudut lebih besar. Menuntut ilmu itu amatlah berguna tak kira di mana jua, dari buaian hingga ke liang lahad..

    ada satu link utk dikongsikan:
    http://abaizzat.wordpress.com/2008/01/24/tuntutlah-ilmu-sampai-ke-negeri-cina/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...