16 Ogos 2006

Astro Perkenal Tujuh Saluran Baru

Astro akan melancarkan tujuh saluran baru dan saluran-saluran itu sudahpun mula diuji dan penonton dapat menonton promo-promo yang disiarkan. Tujuh saluran itu ialah:

  • Astro Ceria – saluran kanak-kanak interaktif berbahasa Melayu.

  • Astro ARUNA - saluran drama memaparkan sinetron and telenovela (dengan sarikata Bahasa Melayu).

  • Astro KIRANA – saluran filem Asia and Eropah (dengan sarikata Bahasa Melayu).

  • WaTV – saluran hiburan bermaklumat memaparkan gaya hidup muda-mudi penuh gaya, "New China". Berbahasa Mandarin.

  • CCTV 4 – saluran am memaparkan berita, kebudayaan, hiburan dan drama. Berbahasa Mandarin.

  • ZEE –saluran pelbagai hiburan dari India memaparkan drama, program permainan dan ujibakat (dengan sarikata Bahasa Melayu).

  • Animax – saluran 24 khusus untuk animasi Jepun (anime).


  • Sebenarnya tiga saluran pertama di atas sudahpun ditawarkan Astro Nusantara di Indonesia. Cuma saluran-saluran itu diperluaskan ke Malaysia buat mengukuhkan pegangan pasaran Astro di sini. Cuma bilakah agaknya Astro Ria dapat disiarkan di sana. Pastinya undang-undang di sana mungkin akan menghalang penyiaran Astro Ria di sana, tidak seperti di Brunei.

    P/s – Hmm.. kalau boleh hack Astro Nusantara, bolehlah tengok saluran terrestrial Indonesia di mana saja di Malaysia. Bolehlah tengok Siti kahwin di Trans TV, ya?

    Pos berkaitan:
    Hatiku Sudah Dimiliki - Siti Nurhaliza - Petanda Kejatuhan?
    Anugerah Televisyen Asia 2005
    Anugerah Televisyen Asia 2004
    Watch TV
    Misteri Nusantara
    Who Wants To Be/Steal A Millionaire

    2 ulasan:

    1. apakah Astro juga menyediakan stesen tv asal indonesia.
      kalau tak salah cctv4 stesen berita asal china.
      operator parabola di indonesia yang terkemuka adalah INDOVISION yang menyajikan lebih dari 90 channel dengan subtitles (sarikata) bahasa Indonesia. tv3 malaysia pun ada. pelanggan (customer)juga boleh memilih berapa channel yang dimauhi.
      untuk lebih lengkapnya kunjungi http://www.indovision.tv/

      BalasPadam
    2. Buat masa ini tidak. Mungkin kerana Astro sendiri mempunyai beberapa saluran sendiri yg menyiarkan rancangan TV dari Indonesia. Mungkin juga disebabkan Kerajaan Malaysia mengawal siaran dari luar. Wah bagus juga dpt nonton TV3 di Indonesia. Ada sarikata tak untuk TV3? ;-)

      BalasPadam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...