03 Ogos 2006

Bawang Putih Bawang Merah

Hari ini ku tidak menutup TVku walaupun selepas waktu rehat tengah hari. Sedang kuasyik membalas emelku, kuterdengar sebuah lagu sinetron yang pernah kudengar sebelum ini di rangkaian TV3 yang sedang keudara itu. Selepas kuhulurkan kepalaku menjenguk ke arah kaca TV yang tidak mengarah ke mejaku, baru kutahu yang itu adalah drama Bawang Putih Bawang Merah yang pernah disiarkan di RCTI beberapa lama dahulu.

Apa yang menarik perhatianku ialah adanya sarikata untuk drama itu. Tak pernah kulihat sinetron dari Indonesia disediakan sarikata. Pekat sangatkah loghat Jakartanya sepertimana filem Ada Apa Dengan Cinta yang sungguh sukar difahami rakyat Malaysia dulu? Kucuba amati drama ini sebentar. Apa yang kudapati perkataan yang digunakan bukanlah perkataan yang pelik untuk orang Malaysia. Cuma penggunaan perkataan yang berlainan tetapi masih seerti maknanya dan juga cara penyusunan perkataan di dalam ayat. Bagi yang kaya perbendaharaan kata, mungkin tidak menjadi masalah kerana masih memahami dialog-dialog itu.

Kuteruskan mengikuti cerita drama itu namun terasa janggal kerana kumemahami kedua-duanya iaitu apa yang dipertuturkan oleh pelakon dan juga sarikata di bawahnya. Walaupun ini mungkin biasa kumemahami kedua-duanya jika kumenonton cerita Inggeris, namun ini adalah baru kerana kedua-dua bahasa ini mempunyai asas yang sama, bukan bahasa yang berlainan sama sekali.

Adanya sarikata ini, kendatipun begitu, bagiku, sangat membantu mereka yang tidak memahami Bahasa Jakarta. Bahasa Jakarta adalah satu kreol yang terhasil dari pertuturan penduduk yang berlatarbelakangkan dialek yang berbeza. Ada pengaruh Betawi (contoh in menggantikan kan), Jawa dan juga Sunda. Di KL juga sudah terjadi kreol ini iaitu tercampur bahasa wargakotanya yang terdiri dari negeri-negeri yang berlainan loghatnya dan juga bahasa kaum lain iaitu Cina dan India.

Melihat perkembangan ini, adakah suatu hari nanti orang KL tidak akan langsung memahami apa yang diperkatakan orang Jakarta atau juga sebaliknya? Dengan perkembangan teknologi terkini, adakah terma-terma berlainan akan terus muncul dan menjauhkan kedua-dua loghat? Sila tekan AF, ruang, KELUAR dan hantarkan ke 32999 atau ketik AF, spasi, KELUAR dan kirim ke 32999?

Pos berkaitan:
Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia
Bahasa Indonesia - Mengapa Bahasa Melayu?

4 ulasan:

  1. yang aku tahu di singapura boleh lihat saluran TRANS TV, TVRI, ANTV, TPI, RCTI, SCTV, dan METRO TV.
    tapi di johor hanya dapat 2 saluran saja yaitu sctv dan rcti, padahal johor berdekatan dengan pulau batam dimana stesen transmisi daripada trans tv, tvri, metro tv, tpi dan antv didirikan.

    untuk lebih lengkapnya kunjungi http://www.asiawaves.net/indonesia-tv.htm

    BalasPadam
  2. apa mas strozze punya kamus bahasa indonesia?

    BalasPadam
  3. Saya pernah ke Asiawaves tapi informasinya tidak tepat. Di Batam hanya ada TRANS TV, TVRI, TPI, RCTI, SCTV, Indosiar dan Semenanjung Televisi. AnTV dan Metro TV belum ada. Sebetulnya Johor Bahru dan Singapura mendapat kesemuanya tapi itu tergantung kepada cuaca. Namun yang betul2 jelas hanya RCTI dan SCTV, tak kira keadaan cuaca.

    Di Singapura hanya RCTI yang dapat ditonton kerana di sana kebiasaannya siaran ditangkap menggunakan digital box. Kalau pakai antena biasa mungkina dapat. Pelik bukan?

    BalasPadam
  4. Wong Jowo (asli Jawa?), saya tak punya kamus bahasa Indonesia tapi saya punya Kamus Dewan (kamus bahasa Melayu). Di dalam versi terbaru, ada dimasukkan perkataan2 bahasa Jawa, Jakarta dan Minang yang biasa digunakan di Indonesia bahkan di Malaysia sendiri. Jadi kalau tidak faham bahasa Indonesia, kamus ini akan menjadi rujukan. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...