03 Oktober 2006

Perang Rancangan Bulan Puasa

Entahlah adakah ini satu lagi "perang" antara stesen TV atau mungkin kebetulan. TV3 seperti saban tahun menyiarkan Jejak Rasul, RTM1 pula menyiarkan rancangan Syahadah dan Astro Ria menyiarkan rancangan Ziarah. Semuanya disiarkan dari jam 6.30 petang hingga 7.00 malam iaitu waktu perdana di bulan puasa begini di mana seisi keluarga sedang berkumpul untuk berbuka puasa.

Jejak Rasul tahun ini mengisahkan perjuangan getir Rasulullah SAW manakala Syahadah pula menyiarkan kehidupan masyakarat Islam di China yang jumlahnya lebih ramai dari orang Islam di Malaysia sendiri. Ziarah pula merentas ke Afghanistan menyelami kehidupan pasca perang di sana.

Semuanya cukup menarik dan kita sebagai penonton mungkin sukar untuk memilih. Aku agak tertarik dengan rancangan Syahadah kerana cita-citaku mahu ke sana suatu hari nanti. RTM1 juga bijak menarik penonton kerana selepas rancangan itu, diperdengarkan bacaan ayat-ayat Quran oleh artis-artis. Antara yang pernah muncul ialah Aisyah, Ustaz Asri Rabbani, Akma AF3, Yassin dan juga Mawi. Mereka juga tidak kurang kehebatan dalam membaca Al-Quran.

Tag: , , , , , , ,

12 ulasan:

  1. Trans tv juga menayangkan JEJAK RASUL produksi TV3 malaysia setiap hari selama bulan ramandhan pukul 4.30 pagi. Tapi yang ditayangkan adalah produksi program tahun 2002.

    BalasPadam
  2. Erwin, adakah rancangan ini dialihsuara ke Bahasa Indonesia? Org Indonesia mungkin tidak memahami 100% Bahasa Malaysia tetapi TV Malaysia tidak pula mengalihsuara sinetron dari Indonesia kerana masih dianggap tidak jauh beza.

    Jejak Rasuk juga pernah ditayangkan di Arab TV yg saya tgk di Astro.

    BalasPadam
  3. ya, dialihsuara kebahasa Indonesia.

    BalasPadam
  4. film pontianak harum sundal malam dialihsuara juga. waktu itu aku tengok kat LATIVI, best juga film tu.

    BalasPadam
  5. Oh PHSM juga disiar di Indonesia?! Bagus juga filem itu! Pelakon utama, Maya Karin menang Pelakon Terbaik di Festival Filem Asia hasil lakonan filem ini. Lagunya, Pulangkan nyanyian Misha Omar juga best. Cerita ini pun berkait dgn Indonesia juga.. Surabaya, Madura..

    Teringatku ketemu bunga Harum Sundal Malam diletakkan Candi Arjuna, Dataran Tinggi Dieng.. Wangi..

    BalasPadam
  6. aku sekarang sedang tengok tv8 malaysia online lewat wwitv.com

    BalasPadam
  7. siapa tu yang sedang bercakap kat tv8, dia bercakap fasal inslam di malaysia dan indonesia

    BalasPadam
  8. Oh, itu TV Internet, bukan TV teresterial.. Saya tak kenal org itu.

    BalasPadam
  9. awak tak tengok ceramah aa' gym kat rcti dalam rancangan cinta ramadhan?

    BalasPadam
  10. apa selama ramadhan bebudak sekolah di malaysia cuti?

    BalasPadam
  11. Tak, masih bersekolah. Cuti hanya menjelang lebaran.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...