17 November 2006

Khutbah Jumaat Dalam Bahasa Inggeris


Jumaat minggu lepas, kubersembahyang Jumaat di Masjid Asy-Syakirin, KLCC kerana ada urusan kerja di sana. Seperti biasa, kupergi awal supaya mendapat tempat duduk di masjid yang senantiasa sesak itu. Sebelum khutbah bermula, imam masjid mengumumkan yang khutbah pada hari itu akan diadakan dalam Bahasa Inggeris. Agak terkejut kudengar namun apabila memikirkan yang para jemaah bukan saja terdiri daripada orang tempatan, malah juga orang Islam dari senatero dunia yang melawat ke sini ataupun berkerja di sini, maka pertukaran ini memang patut.

Walaupun kualiti penyampaian adalah kurang jika dibandingkan dengan yang di dalam Bahasa Melayu, namun sekurang-kurangnya itu boleh memanfaatkan yang bukan bertutur dalam Bahasa Melayu.

Hari ini pula, kubersolat Jumaat di Singapura. Jika sebelum ini ada saja alasan untuk tidak bersama berjemaah di masjid ;-), kali agak mudah untukku ke masjid. Dari tempat kuhadiri seminar, kunaik MRT, yang stesennya terletak berdekatan, dan berhenti di Orchard Road. Di situ sebenarnya ada sebuah masjid iaitu Masjid Al-Falah. Namun keadaan bangunannya yang sama seperti gedung-gedung perniagaan lain, mungkin sukar untuk seseorang mengagak itu adalah sebuah masjid. (Di Johor Bahru, juga ada masjid di pusat membeli belah, iaitu di Kotaraya.)

Kufikir di sini juga ada kebarangkalian yang khutbah akan diadakan dalam Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris di Singapura sekarang sudah menggantikan Bahasa Melayu sebagai lingua franca, lebih-lebih lagi buat golongan muda. Di samping itu, ramai juga umat Islam dari luar tinggal di Singapura. Namun, khutbah masih diadakan dalam Bahasa Melayu. Kulihat cara khutbah berjalan masih sama dengan yang diadakan di negeri Johor, cuma tiada doa panjang berjela untuk keluarga diRaja Johor..

Jikalau di Selatan Thai, khutbah masih di dalam loghat Melayu di sana, di Bangkok pula di dalam Bahasa Thai. Bagaimana di kampung-kampung di Jawa Tengah dan Jawa Timur? Adakah di dalam Bahasa Jawa? Juga di pedalaman Aceh, adakah di dalam Bahasa Aceh?

6 ulasan:

  1. syoknya.. kalau dpt dirakam semua bahasa2 itu, tentu best!

    BalasPadam
  2. Kalau khutbah jumaat dlm bahasa inggeris nih di baca kat M'sia, sure marah ler jemaah. Biasalah kan,.. bahasa inggeris nih bukan semua org tahu, lelebih lagik orang tua-tua dulu.

    BalasPadam
  3. Marcia, mmg best tapi tak faham.. :)

    Sabrina, ya, yg penting mesej sampai dan untuk disampaikan dgn berkesan, bahasa yg jemaah semua faham menjadi keutamaan.

    BalasPadam
  4. khutbah yang baik adalah khutbah yang bukan sahaja mempunyai penyampaian mesej yang berkesan malah mampu dipraktikkan oleh jemaah setiap kali selepas solat jumaat.

    BalasPadam
  5. khutbah di indonesia boleh disampaikan dalam 2 bahasa, terkadang malah 3 (bahasa daerah tempatan - biasanya masjid di kampung2, bahasa indonesia - biasanya di masjid2 bandar, dan bahasa arab untuk wilayah2 kampung arab atau berhampiran dengan pondok)

    BalasPadam
  6. Pernah satu ketika jumaat kutbah dalam bahasa Arab di Masjid KLCC semua jemaah terpersona mendegarnya sampi tertidur termasuk aku. Selepas Solat Jumaat baru diberi penterjemah dlm bahasa Melayu.. Aku terfikir kenapa x kutbah Dlm bahasa Melayu sahaja selepas itu terjemah Dlm bahasa Arab.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...