31 Januari 2006

He's Back!



What a shock comeback. I still remember when he scored a hatrick with superb Litmanen’s assists few years back, he never smiled. Without any last good bye, he left. Now he’s come back!

He’s Robbie Fowler. Once an Anfield idol, once called Toxteth Terrier and even called “God” for his saint not to claim a penalty awarded to him.

Although he might not be the direct solution for Owen’s sharpness, at least Liverpool need a clinical striker. And Rafa believes he can be the solution.

Although people might have forgotten him, remember he’s still 30 and his greatness is not far beyond him. Now he’s back. And past memories enlightened again.

Joyness now surrounds Anfield.

Relates posts:
Viva Liverpool, But Please Forgive Me...
'Owen Syndrome'

30 Januari 2006

Bertuahnya Rakyat Malaysia

Sungguh beruntung menjadi rakyat Malaysia. Dengan komposisi rakyatnya yang berbilang kaum, pelbagai perayaan disambut. Dan setiap kali menjelang musim perayaan ini, pelbagai jualan murah diadakan buat menarik para pembeli yang membuat persiapan.

Kali ini kita menyambut Tahun Baru Cina. Semasa di KL minggu lepas, tak terfikir pun untuk aku mengambil peluang berbelanja di waktu begini. Sesudah bertemu kawanku yang akan ke luar negeri di KL Sentral, aku terus menaiki Monorel untul pulang ke hotel.

Sedang aku menggelamun sementara sampai ke destinasiku, aku terfikir bila lagi aku nak mengambil kesempatan sementara harga barangan masih murah ini. Selepas Tahun Baru Cina nanti, promosi jualan akan berakhir.

Aku sememangnya sudah bercadang hendak membeli sepasang kasut baru. Yang sedang aku pakai sudahpun lusuh setelah dipakai tiga tahun lebih. Pernah aku ke Tebrau City yang baru dibuka itu tapi tak jadi dibeli di situ.

Jadi, aku mengambil keputusan untuk berhenti di stesen Bukit Bintang saja. Aku mahu ke BB Plaza. Aku tak mahu mengambil waktu yang lama kerana kedai-kedai akan ditutup tak lama lagi. Pada waktu itu jam sudahpun 9 malam.

Aku ke satu kedai yang nampak banyak kasut dipamerkan. Pastinya banyak pilihan di situ. Para pekerjanya sangat memahami kehendakku. Mereka terus mencadangkan satu model kasut kepadaku. Langsung aku berkenan dan terus membelinya.

Sedang aku membelek-belek kasut itu, aku ditegur seorang pekerja sesyarikatku. Dia mengenaliku berdasarkan logo pada bajuku. Dia juga mengambil peluang terakhir ini untuk membeli-belah.

Akhirnya tercapai juga hasratku untuk membeli kasut. Kali ini agak mudah membeli kerana banyak pilihan (dan tepat dengan citarasaku), harga terbaik dan layanan memuaskan.

Sempena Tahun Baru Cina ini, aku juga menerima buah limau dari rakan-rakan Cina. Bertuah diriku, sekurang-kurangnya dapat juga aku mengubati selesemaku yang dah berlanjutan beberapa hari ini.

Sebelum terlambat, kuucapkan Gong Xi Fa Cai buat kaum Tionghua dan Maal Hijrah buat umat Islam seluruhnya.

12 Januari 2006

KL – Kota Berwawasan

Kebelakangan ini banyak iklan melawat KL di televisyen Indonesia utama seperti RCTI dan SCTV disiarkan. Iklan dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan atau Tourism Malaysia ini mengajak para pelancong dari Indonesia untuk mengunjungi Kuala Lumpur.

Mungkin inilah waktu untuk bertukar angin, bertukar pengalaman  bahkan bertukar persepsi. Selama ini, orang-orang berada dari Indonesia asyik ke Singapura sahaja untuk membeli-belah. Kalau menonton sinetron, ibu-ibu yang berwatak orang kaya selalu menunjuk-nunjuk barangan dari Singapura (mak-mak Datin dari Malaysia pula melaram barang-barang dari London, Paris, New York…). Berbelanja di Kuala Lumpur sebenarnya lebih murah daripada di Singapura kerana kadar tukaran wang dan kos sara hidup yang lebih rendah.

Mungkin persepsi selama ini orang Indonesia hanya datang ke Malaysia untuk bekerja, bukan untuk melancong. Bagi orang Malaysia, mungkin ada yang tak menyedari potensi pelancong dari Indonesia. Maklumlah, banyak yang datang mahu mencari rezeki atau yang selalu datang kerana mempunyai tali persaudaraan dengan orang di sini.

Mungkin ini juga peluang mengubah persepsi terhadap orang Indonesia yang kononnya rata-rata jahat, suka merompak, mencuri, mencopet atau membunuh. Sebaliknya, ini juga peluang mengubah persepsi yang orang Malaysia rata-rata zalim, memandang rendah orang lain atau sombong.

Jangan biarkan nila setitik merosakkan susu sebelanga.

10 Januari 2006

JAKIM Oh JAKIM...

Rentetan kes penarikan sijil halal ayam Dindings,
JAKIM menjelaskan bukan niat mereka untuk menyebabkan
kebankrapan syarikat yang didapati melanggar peraturan
sijil halal jika hal itu diumumkan ke khalayak ramai.

Hairan! Penulis merasa itu bukan tanggungjawab JAKIM
untuk mengambil tahu kesan pelanggaran peraturan
tersebut. Pihak pengusaha sepatutnya malah perlu lebih
tahu untuk memastikan produk mereka mengikut ketetapan
halal dan mereka juga sudah tentu faham akan akibat
yang bakal dihadapi jika berlaku sebarang pelanggaran.

JAKIM perlu tegas supaya ia menjadi teladan dan
pengajaran buat pengusaha yang ingkar ataupun lebih
biasa sekarang iaitu sikap buat tak tahu dan acuh tak
acuh mereka ini.

Kemaslahatan umum adalah lebih penting dari menjaga
kepentingan segelintir orang dari syarikat tertentu.

07 Januari 2006

Teraniaya Di Bumi Sendiri

Kasihan umat Islam Malaysia hari ini. Teraniaya di bumi sendiri. Punya kuasa tapi tak mampu berbuat apa-apa. Kes penjualan barang-barang yang asalnya disahkan halal tapi hakikatnya tak mengikut hukum syarak dalam proses pembuatannya masih terus berleluasa.

Terbaru kes ayam Dindings yang disahkan cara sembelihannya tidak mengikut hukum syarak. Ayam yang disembelih secara massa ada yang tak sempurna sembelihannya dan disembelih dua kali. Ada yang mati sebelum disembelih semula.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sebuah badan yang bertanggungjawab mengesah dan mengeluarkan sijil Halal di Malaysia, ketika mendedahkan perkara ini seolah-olah seperti seekor ketam yang mengeluarkan butiran pasir dari lubangnya. Selepas diletakkan pasir di luar lubang terus ia masuk semula ke lubangnya.

Jakim punya kuasa tapi hanya menghebahkannya di lamannya di http://www.halaljakim.gov.my/. Tak diberitahu kepada umum yang patut mengetahuinya melalui media yang lebih luas jangkauannya seperti siaran berita TV atau mengadakan iklan-iklan di suratkhabar.

Orang ramai pula merasa terus tertipu dengan kejadian sebegini. Pelbagai alasan diberi seperti tak cukup penguatkuasa dan undang-udang sedia ada tak berkesan. Namun alasan tetap alasan kerana Jakim sepatutnya sudah sepatutnya mengambil langkah proaktif termasuk membawa kes ini ke Parlimen untuk digubal satu peraturan baru.

Image hosted by Photobucket.com
Salah satu produk ayam Dingdings.

Menambah panas di bumi Malaysia yang saban hari hujan ketika ini, timbul pula ikan Patin yang diternak diberi makan babi rebus supaya cepat besar. Di sebuah penternakan ikan Patin di Tronoh (tempat kubertapa dulu…), organ dalaman babi, tengkorak dan tulang babi ditemui untuk diberi makan ikan.

Pihak penternak itu dikatakan mempunyai rangkaian bekalan ke serata Semenanjung termasuk ke luar negeri, di Timur Tengah. Kalau mereka di sana tahu, alamatnya punah habislah reputasi Malaysia sebagai pengeluar barangan Halal.

Umat Islam Malaysia sebenarnya sudah banyak bertolak ansur. Banyak kes yang boleh mengganggu gugat keharmonian tapi mereka masih boleh bersabar. Jangan hal ini terus berleluasa.

Image hosted by Photobucket.com
Akhirnya ke tong sampah juga ayam Dindings ini!

Pihak berwajib pula harus mengambil tindakan tegas lagi berkesan terhadap pengasaha bukan Islam yang kurang peka malah kurang ajar ini. Kalaupun tindakan tak boleh diambil terhadap mereka ini, kenapa tak dihebahkan sehebat-hebatnya di mana saja, di media masa, media elektronik, supaya semua orang tahu ketidakprihatinan dan kurang rasa hormat mereka itu. Cara ini sudah pasti menjejas perniagaan mereka. Bukankah kita umat Islam majoriti di negara ini?! Kita punya kuasa membeli.

“Tegas supaya diri tak teraniaya!”

Ulasan Krinch berkenaan kes ini: Produk Ayam Dindings Ditarik Sijil Halalnya


01 Januari 2006

Belajar Menaip

Image hosted by Photobucket.com

Kurasa dah bertahun kumenaip di papan kekunci komputer. Tak pernah kubelajar menaip. Kumain hentam saja, tapi masih tetap laju. Kubaru bertemu dengan satu perisian komputer yang mengajar cara-cara menaip. Kucukup ingin tahu bagaimana untuk menaip tanpa melihat pada papan kekunci.

Perisian ini amat baik. Sangat interaktif bagi pengguna baru. Pada mulanya agak senang tetapi tahap kesukaran bertambah dengan penambahan huruf untuk ditaip. Pada masa ini, kesabaran seseorang akan diuji. Bukan mudah menggunakan sepuluh jari berselang-seli mencari 34 aksara dan simbol itu.

Kusebenarnya menaip artikel ini menggunakan teknik yang kupelajari itu. Sangat perlahan. Kelajuanku hanyalah 10 perkataan seminit (WPM). Secara purata, seseorang pelajar akan mensasarkan 70 WPM setelah mahir.

Kalau kumenggunakan teknik menaip yang betul ini di dalam kerjaku, alamatnya kerja sehariku akan hanya dapat disiapkan dalam masa seminggu! Tak apa, Usaha Tekun Jaya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...