29 Jun 2006

Kebosanan

Beberapa hari ini, kurasa seolah-olah otakku mengecil dan diriku terputus dari dunia luar. Ini gara-gara PCku hancur dek "Windows XP SP3 Gold" - customised version daripada Windows XP SP2. Habis semua "hubunganku" ke dunia luar terputus. Kebetulan pula ku tak ke mana-mana minggu ini kerana semua jadual kerjaku di luar dibatalkan. Asalnya mahu ke KL tetapi temanku dimasukkan ke hospital (kesian dia), lalu dibatalkan saja. Sebagai ganti, kumahu melakukan lawatan ke beberapa tempat di JB tetapi semua orang sibuk di hujung bulan ini. Akhirnya terperuk juga ku di home office ini.

Mahu keluar tapi ku tak ada arah tujuan. Semua orang yang kubuat panggilan tak mahu menjawab. Kucuba hilangkan kebosananku dengan melakukan kerja-kerjaku tapi tak banyak pula yang perlu disiapkan. Semuanya sudah selesai. Hmm, pada masa-masa begini pula kelapanganku datang.

Atas saranan temanku, kubawa PCku ke kedai komputer untuk disalin fail My Document namun wang yang menjadi ketamakan technician kedai itu membatalkan niatku. Kutahu PCku tidaklah terlalu teruk rosaknya tetapi masih mahu dicaj mahal. Periksa saja RM20, kalau rosak dan perlu diselamatkan RM50, kalau ada kerosakan lain, tambah lagi! Gile ape! Setelah kubertekak dengannya, dia mengurangkan ke RM30. Kubersetuju atas dasar kedaruratanku. Namun, PCku hanya dapat disiapkan selepas 2-3 hari. Hmm, malaslah aku nak melayan mereka ini. Ku dah penat mengharung kesesakan lalulintas tadi. Tak mahu lagi ku ke sini untuk mengambil PCku nanti. Kupulang saja.

Akhirnya, kubercadang untuk membawa PCku ke rumah kakakku. Hanya Sabtu ini kudapat ke sana. Kuperlukan satu lagi PC untuk menyelamatkan fail-failku di dalam cakera keras itu (itu saja kuperlukan dari kedai komputer itu tapi mereka tamakkan duit!). Tak sabar untukku menunggu Sabtu ini. Harapnya kudapat selamatkan semuanya.

24 Jun 2006

Islam Hadhari

(Suatu tulisan yang boleh dianggap provokatif dan mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak. Budi bicara pembaca digalakkan.)

Sewaktu kupulang ke Kuala Terengganu tempoh hari, kebetulan hari Jumaat, kuingin berhenti untuk Sembahyang Jumaat. Walaupun boleh jamak Zuhur dan Asar saja kerana kubermusafir, kurasa lebih baik saja kuturut serta kerana ku bukannya mengejar masa.

Kutemui beberapa masjid di tepi jalan tetapi tempat letak kereta agak terhad atau ruang yang ada tidak sesuai. Akhirnya kuberhenti di sebuah masjid besar yang baru siap di bandar Marang. Kupilih masjid ini kerana pastinya kemudahan yang baru siap itu sangat selesa.

Apabila kumasuk ke perkarangan masjid, kelihatannya tidak ramai jemaah yang ke sini. Mungkin juga orang ramai merasa lebih senang untuk ke masjid yang biasa mereka kunjungi di dalam kariah mereka. Tiba-tiba kuterfikir yang ini adalah negeri Terengganu – kelainan fahaman politik akan membahagikan jemaah untuk ke masjid yang berlainan. Masjid ini masih baru dan pastinya masjid ini dibina pemerintah UMNO. Tidak apa. Kudengar saja khutbah nanti dan mudah-mudahan bermanfaat.

Masjid ini ada dua tingkat. Di tingkat bawah terdapat ruang-ruang aktiviti manakala di tingkat atas terletaknya ruang bersembahyang utama. Sungguh luas ruang ini. Nun di depan mimbar, ada projektor yang membuat pratayang isi khutbah hari ini. Bagus sekali masjid ini kerana menerapkan kecanggihan teknologi masa kini supaya mesej yang ingin disampaikan jelas dan berkesan. Harapnya tak ada jemaah yang ketiduran.

Isi khutbah bermula dengan kupasan berkenaan kemajuan umat Islam pada masa dahulu. Tokoh-tokoh Islam zaman lampau juga diperkatakan. Tiba-tiba kuterdengar satu perkataan yang membuatkan fokusku terhadap khutbah ini menjadi lebih tajam lagi – Islam Hadhari. Satu topik yang sinonim dengan permerintahan UMNO di negeri Terengganu Darul Iman ini.

Bagi yang tidak bersefahaman politik dengan Islam Hadhari ini, pastinya akan tidak berminat lagi untuk mendengar khutbah. Namun bagiku, kudengar saja isinya. Mahu diterima atau tidak, itu lain cerita. Sekurang-kurangnya kutahu apa itu konsep Islam Hadhari yang ingin diketengahkan.

Setelah mendengar isi khutbah itu, yang kudapati Islam Hadhari itu lebih berkisar kepada kemajuan, kemajuan dan kemajuan. Bukankah Islam itu syumul? Islam bukan sahaja kemajuan, malah lebih dari itu. Perkataan Islam Hadhari sefahamku adalah salah. Islam itu Islam. Tidak perlu ada Islam yang lain. Apabila diperkatakan Islam Hadhari, seolah-olah satu nilai Islam saja diterapkan. Mana pergi yang lain? Fikir-fikirkanlah.

20 Jun 2006

Travel to Tok Bali and Kuala Besut

That day when I was about to go back to Kuala Terengganu (KT) from Kota Bharu (KB), my friend suggested to me to use coastal route, instead of using normal inland route. The road is less congested and there are not many speed traps along the way. I bought the idea as I wanted to do something different and I wanted to explore the area.

I remembered quite some times ago, I did pass the area when I was riding an illegal taxi (due to last minute plan) back from KB to KT. I remembered I saw a lot of coconut trees and the road was straight.

From KB Mall where I met my friend, I took main road all the way straight to Bachok. If using normal route, I must turn right somewhere in Kubang Kerian and head to Pasir Puteh but this time I should go straight until just 5 km before Bachok town, according to my friend, I should turn to the right for a short cut. However, I didn’t take the short cut as I wanted to get around Bachok town. Never in my life, I reached Bachok.

To my surprise, Bachok is only a very small town and surrounded by fishing villages. I thought Bachok, as one of district capitals in Kelantan state, should be bigger as its role speaks. Nevermind, it’s ok cause I also don’t want to be caught in traffic jam nor to wait long at traffic lights. I stopped for a while to withdraw some money from a bank so that later I didn’t have to go to KT town again.

My journey continued with breathtaking and serene surrounding. There were lots of coconut trees along the road with white sands covered their roots. The road was straight, as still freshly depicted in my mind. Sometimes I saw houses which were built scatterly but still near to the road. There were also shops especially ones that sold sea-based products. They sold keropok, which is made from sago and fish flesh. Some even used the famous Keropok Losong which is originated from Losong, Kuala Terengganu to attract customers. Not sure whether it was really authentic or not.

After about 20 minutes, I reached Tok Bali. This place is famous as a fishing jetty and also with its brand new bridge. I saw few advertisements by the roadside showing few resorts were being erected here and were already put up for sale. How fast the development here. The bridge there was quite high from the ground when reaching its centre. While driving, I was being slowly shown the beautiful scene of the river mouth on my left while colourful fishing boats and villages seen on my right. When heading down the bridge, I saw a fish market located beside the jetty.

The road was straight again after that until before I reached Bisikan Bayu Beach. When approaching the area, there were few stalls selling catches from sea like kerang, kepah etc. Then, I saw a chalet called Kisana Beach Resort. This resort headed towards sea with lots of Ru trees inside. This place also hosted the Malaysia National Service Program where after school kids gather and learn about nationalism.

The journey continued. About 20 minutes again. I reached Kuala Besut which is famous as its jetty, a point to get to snorkelling heaven, Perhentian Islands. Though Kuala Besut is located in Terengganu state, there was no signboard indicating that I passed the border.

There were few shops comprising tourist agencies, sundry shops and fishing related shops. A lot of tourists were seen waiting to get off Perhentian Islands or might have just arrived from the islands. Along a river, called Besut River, there were lots of fishing boats resting or perhaps preparing off to the sea.

When I get out from the jetty area, there was a bridge across Besut River and from here, all activities around the area can be seen. Further up, there were also few resorts and guest houses offering stays for tourists while on the way to Perhentian Islands.

After that, not much excitement can be seen except alternating fishing villages and small jungles. However, this was quite an experience. While many head towards beautiful islands in Terengganu, it is still worthwhile to get along the coastal road around here. There are lots of interesting sea-related activities can be found. Not to forget foods such as keropok or dried fish. There are few resorts and guest houses here for you to stay. For those who plan to stay longer, don’t worry, there are also lots of shops offering laundry services here.

stROZze, May 21, 2006.

18 Jun 2006

Isu Diskriminasi Peluang Pekerjaan

Kini isu kefasihan berbahasa Mandarin yang menjadi salah satu syarat wajib untuk memohon pekerjaan timbul lagi. TPM menyelar tindakan daripada majikan-majikan ini sebagai suatu bentuk diskriminasi. Bahasa Mandarin bukanlah bahasa pertuturan yang meluas di Malaysia dan ini secara langsung menidakkan kaum yang tidak menuturkan bahasa ini.

Mesej jelas dari tindakan ini ialah untuk hanya memberikan peluang kepada bangsa yang bercakap dalam bahasa ini sekaligus menutup terus peluang untuk bangsa lain. Adakah Malaysia hanya mempunyai satu bangsa sahaja? Adakah bahasa ini merupakan bahasa rasmi Malaysia dan dituturkan secara meluas?

Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak memaksa rakyatnya bercakap dalam satu bahasa saja seperti di sesetengah buah negara biarpun penduduk mereka berbilang kaum. Malaysia masih lagi liberal dalam membenarkan penduduknya bercakap dalam bahasa ibunda. Contohnya, sekolah vernakular seperti Cina dan Tamil tetap wujud di Malaysia.

Sunguhpun penduduk boleh bercakap dalam bahasa ibunda, sebagai bahasa perantaraan antara kaum, Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan digunakan. Pun begitu, bahasa Inggeris juga digunakan secara meluas terutamanya untuk berinteraksi dengan dunia antarabangsa.

Dalam kes ini, mungkin juga orang-orang ini terlalu selesa dengan bangsa sendiri dan tidak mahu bercampur dengan bangsa lain. Mereka sebenarnya menjauhkan diri dari bangsa lain dan mereka tidak sedar yang bangsa-bangsa lain ini jugalah merupakan pelanggan perniagaan mereka. Tanpa bangsa lain, tidak mungkin perusahaan mereka seuntung hari ini kerana mereka bukanlah bangsa majoriti.

Lainlah kalau pekerjaan yang diiklankan itu memang memerlukan kefasihan berbahasa Mandarin seperti menjadi penterjemah bahasa Mandarin, pekerjaan berkaitan sastera Mandarin ataupun untuk dihantar ke China. Walau bagaimanapun, pekerjaan itu adalah di Malaysia dan tidak masuk akal jika kefasihan berbahasa Mandarin adalah suatu kemestian.

Antara alasan yang diberikan ialah pengedar atau pelanggan mereka berbahasa Mandarin. Ini adalah satu alasan yang kurang tepat. Sebagai rakyat Malaysia, pasti seseorang boleh berbicara dalam bahasa yang lebih luas penggunaannya iaitu bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris. Kalau tidak, adakah orang itu layak menjadi rakyat Malaysia?

Ini menjurus kepada isu lain iaitu kurangnya interaksi antara kaum lain. Apabila sudah tinggal di suatu kawasan yang berpenduduk daripada satu kaum sahaja, bercakap dalam bahasa sendiri, bersekolah dalam bahasa sendiri, bahkan membaca akhbar dan menonton TV dalam bahasa sendiri, ini akan hanya menjurus kepada kurangnya rasa kenegaraan. Maka tak hairan, ada yang tidak mampu bercakap dalam bahasa kebangsaan sungguhpun mempunyai MyKad!

Jangan jadikan Malaysia sebagai Singapura nombor dua. Diskriminasi pekerjaan di sana sini. Hatta di akhbar perdana seperti The Strait Times sekalipun, bilingual in English and Mandarin is compulsory pasti terpampang di hampir semua iklan pekerjaan!

17 Jun 2006

Tuntutlah Ilmu Walau Ke Negeri China

"Tuliba 'ilma walau bis Sin."

Itulah sabda junjungan kita, Rasulullah S.A.W. yang bermaksud "Tuntutlah Ilmu Walau Ke Negeri China". Ingat lagi semasa ku di sekolah dahulu ustazah mengatakan peri pentingnya menuntut ilmu sehinggakan jika perlu merantau jauh seperti ke negeri China.

Kuberfikir pastinya maksud pesanan itu malah lebih dari itu. Pasti ada sesuatu yang lain tersirat di dalamnya.

Nah, hari ini kita lihat bagaimana dinamiknya China melakar pembangunan pesatnya laksana sang gergasi yang baru bangkit dari tidur melakukan sesuatu dengan penuh kekuatan.

Kita lihat bagaimana China mempengaruhi perekonomian dunia hari ini. Seperti gergasi sedang lahap menyantap hidangannya, mereka pernah menyebabkan kekurangan bahan mentah dunia buat menampung kepesatan perindustrian mereka. Harga-harga besi dan getah pernah melambung tinggi kesan permintaan yang tinggi melebihi bekalan.

Hanya beberapa tahun lagi ekonomi China dijangka akan mengatasi ekonomi negara-negara maju di Amerika dan Eropah. Justeru ramai orang berlumba-lumba mahu bersama-sama China memacu kemajuannya. Banyak syarikat asing mahu ke sana.

Semua orang mahu belajar dari China. Semua orang mahu mengetahui tentang China termasuklah budaya dan bahasanya. Kini mungkin terserlah lagi sifat kebijaksanaan Rasulullah sebagai seorang Rasul. Mungkin inilah yang diperkatakan Baginda.

Kita tidak seharusnya ketinggalan dengan kebangkitan China hari ini. Sedarkah kita bahawa jumlah umat Islam di China jauh melebihi jumlah umat Islam di Malaysia! Tentunya banyak peluang terhidang di sana.

09 Jun 2006

Piala Dunia 2006



Kurang 20 minit dari saat pos ini ditaip, perlawanan pertama Piala Dunia FIFA 2006 akan bermula di Jerman. Perlawanan pembukaan ini menampilkan tuan tumah, Jerman sendiri yang akan berentap dengan pasukan Costa Rica.

Pastinya dengan bermulanya Piala Dunia ini, dunia akan dilanda demam bola dan kehidupan seharian semasa berlangsungnya kejohanan ini seolah-olah tiada lain tiada bukan melainkan bola sepak sahaja. Peminat fanatik bola sepak akan berjaga malam untuk tidak melepaskan peluang menonton perlawanan secara langsung. Tiada lagi jadual seharian yang penuh disiplin. Tidak kisah lagi tentang kesiangan di esok harinya. Bos pun mungkin juga tidur di pejabat?! Siapa tahu!

Semua orang bercerita fasal bola. Di warung-warung kopi topiknya bola. Di mana saja topiknya bola. Siapa tak minat bola, alamatnya akan terpencil di musim sebegini. Semua orang mahu bola. Buat duit pun dengan bola. Syarikat berlumba-lumba menaikkan pendapatan dengan bola. Jangan cuba menggadai nasib dengan bola. Kalau Angola menang Piala Dunia, "this is the end of the world"!

Pautan menarik tentang Piala Dunia 2006:
FIFAworldcup.com - The Official Site of FIFA World Cup
World Cup Football 2006 - World Cup Soccer Blog
ESPNsoccernet - World Cup Index
BBC SPORT Football

05 Jun 2006

Lawatan ke Indonesia II - Hari Terakhir di Bali



16 April 2006

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Indonesia. Dek kerana kecederaan kakiku, rancangan asal kami untuk berjogging pada awal pagi di Pantai Kuta terpaksa dibatalkan. Lagipun pagi itu gerimis dan kesejukan yang dirasai menghambat keinginan kami untuk keluar. Kami juga bersarapan agak lambat.

Setelah bersarapan, kami mengambil teksi untuk ke Bali Mal Galeria Kuta. Mahu window shopping saja dan membeli kalau-kalau ada barang-barang yang berkenan. Sebenarnya pemandu teksi itu telah menurunkan kami di bahagian “kelas tertinggi” pusat membeli-belah itu. Yang kami temui di situ semua barang-barang dijual dalam Dolar Amerika! Nampaknya pemandu teksi itu menurunkan kami di tempat yang salah. Ini tempat orang-orang kaya saja. Kalau Mak-mak Datin memang sesuailah untuk ke sini. Dengan bertanyakan petugas di situ, kami ke kawasan gedung membeli-belah yang sepatutnya.

Di situ, ada agak banyak kedai-kedai. Kami singgah di kedai muzik yang terletak di muka pintu. Temanku mahu mencari album terbaru Radja, Aku Ada Karena Kau Ada. Beliau mendapat banyak pesanan dari teman-teman di Malaysia untuk dibawa pulang nanti. Maklumlah, CD di sini lebih murah jika dibandingkan di Malaysia. Namun kami hampa kerana CDnya sudah kehabisan stok. Begitulah penangan Radja yang merupakan kumpulan paling popular di Indonesia. Jika di Jogja tempoh hari, masih ada banyak tapi teman-teman itu belum memberi pesan.

Kami naik ke tingkat atas, ke sebuah kedai buku. Kami membelek-belek buku di situ. Kutertarik dengan sebuah buku bertajuk Gajahmada. Kalau yang minat sejarah, pastinya Gajah Mada merupakan seorang Perdana Menteri Majapahit yang sangat terkenal dengan kebijaksanaannya. Semasa Gajah Mada menjawat jawatan itulah kerajaan Majapahit sangat kuat.

Sedang kami hendak keluar dari kedai itu, kuterpandang deretan CD yang dipamerkan di sudut muzik. Kucuba cari kalau-kalau ada CD Radja di situ. Kami bernasib baik walaupun yang tinggal hanyalah satu salinan saja. Tak apalah, asalkan ada.

Selepas itu, kami ke pasaraya Matahari. Matahari ini persis Parkson atau The Store di Malaysia. Pelbagai barangan ada dijual. Kami membeli beberapa barangan di situ. Selepas berpusing-pusing di beberapa kedai lain, kami pulang dengan teksi.

Destinasi kami seterusnya ialah ke kedai Hard Rock. Temanku sudah memesan untuk membeli kemeja-T di situ. Di sini juga ada Hotel Hard Rock Bali yang sebenarnya diuruskan oleh orang Malaysia. Lokasinya sangat strategik –menghadap Pantai Kuta yang sangat cantik di kala senja.

Selepas itu, kami pulang ke hotel dengan teksi walaupun hotel kami agak dekat dengan Hard Rock kerana kami sudah kepenatan. Kami makan tengah hari di restoran kebiasaan kami – dan minum air Avokado!

Selepas makan, temanku meminta bantuan pihak hotel untuk mendapatkan kotak untuk mengisi barang-barang kami. Sudah banyak barang-barang untuk dibawa pulang sehinggakan beg-beg kami sudah tidak muat lagi. Kami mengemas barang-barang kami sehinggakan kami tertidur.

Pabila tersedar, jam pun sudah 4 petang. Kuharus pergi ke klinik dahulu untuk mencuci luka kakiku. Kukeseorangan ke sana sementara temanku menyambung mengemas barang-barangnya. Sesudah pulang dari klinik, teksi yang kami tempah untuk ke lapangan terbang sudahpun sampai. Temanku pun sudah bersiap dengan bagasi-bagasi semuanya sudah dimasukkan ke dalam but teksi.

Sebenarnya kami mahu makan dahulu di restoran kegemaran kami itu. Namun sudah tidak sempat. Kami langsung ke Lapangan Terbang Ngurah Rai. Selepas daftar masuk, kami hanya makan di McDonald’s. Kempunan tak dapat makan di restoran kegemaran itu. Mungkin di lain kesempatan saja. Seperti biasa, penerbangan Air Asia pasti akan ada kelewatan. Kami sudah awal-awal lagi bertanya dan itulah sebabnya kami ke McDonald’s dahulu.

Tepat jam 9.15 malam, pesawat kami berlepas ke Kuala Lumpur (jadual asal perlepasan ialah jam 8.20 malam). Kami agak sedih meninggalkan Pulau Bali ini dan juga kota-kota lain yang sudah kami lawati sebelumnya, yakni Solo dan Jogja. Pun begitu, harapnya masih ada peluang lagi untuk ke sini.

Sungguh mudah untuk kukatakan yang inilah percutian paling menyeronokkan pernah kualami. Kami ke sini dengan tidak tahu apa-apa, hanya berpandukan Internet dan buku Lonely Planet Indonesia temanku yang dikeluarkan pada tahun 1990! Syukur orang di Solo, Jogja mahupun Bali sungguh ramah-tamah dan suka menolong. Di Solo kami mendapat bantuan penting pemandu teksi yang katanya pernah ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan hotel yang sesuai untuk kami. Di Jogja, Adi sungguh informatif dan tak segan untuk memberi tunjuk arah. Di Bali, Bapak di meja tamu hotel sungguh baik hati membantu. Begitu juga Made dan Nyoman Black.

Suatu hari nanti, pasti ku akan ke sini lagi. Terima kasih buat semua yang membantu…

02 Jun 2006

Lawatan Ke Indonesia II - Pasar Sukawati & Uluwatu



15 April 2006

Setelah menikmati sarapan pagi, kami menyewa sebuah van untuk ke Pasar Sukawati. Di situ banyak kraftangan yang majoritinya buatan asli Bali dijual dengan harga lebih murah jika dibandingkan di Denpasar atau Kuta. Ini sememangnya antara tujuan utama temanku ke sini kerana beliau akan membeli kraftangan itu untuk dijual kembali di Malaysia nanti.

Supir kami hari ialah Nyoman Black. Beliau berpengalaman luas membawa pelancong ke sekitar Pulau Bali ini. Pernah juga beliau berpacaran dengan seorang wanita Jepun yang datang ke sini. Perjalanan ke sana agak lama iaitu satu jam. Mungkin juga kerana Nyoman yang gemar memandu vannya dengan perlahan. Tapi kami tak kisah kerana jadual kami agak santai. Semasa perjalanan ke sana, kuteruja melihat keindahan pantai yang menghadap Pulau Nusa Penida yang di sana bercuram tinggi di kawasan pantainya. Tentu pemandangan lebih cantik di sana.

Pabila sampai ke Pasar Sukawati, kelihatan ramai sekali orang di sini. Maklum cuti lagi pada Jumaat sebelumnya. Kalau hujung minggu lepas Maulidur Rasul, hujung minggu ini pula Good Friday. Temanku lantas mencari lukisan. Ketika beliau berkira-kira mahu membeli lukisan mana, ku agak kebosanan lantas berjalan sendirian dan kubeli sehelai seluar pendek three quarter. Senang sikit nak berjalan-jalan nanti.

Setelah puas berjalan, kumencari kembali temanku itu. Kali ini kuturut serta dalam tawar-menawar beliau untuk mendapatkan harga termurah. Nasib beliau agak baik kerana hari ini tak ramai pelanggan yang datang membeli lukisan. Para penjual di situ sudah tidak sabar lagi menunggu pelanggan pertama mereka. Apabila mahu membeli dengan harga yang murah, mereka menjual saja walaupun untung tak seberapa. Setelah menjual mereka puas hati kerana sudah mendapat pembuka rezeki. Lalu kami melihat penjual-penjual di situ menepuk-nepuk duit yang mereka perolehi ke atas lukisan-lukisan lain yang belum terjual mudah-mudahan lebih murah rezeki hari ini.

Kuturut membeli tiga set lukisan yang menggambarkan tiga suasana berbeza pantai Bali. Harga yang kudapat tidaklah terlalu murah kerana penjualnya agak liat menerima tawaranku. Tambahan pula kubersungguh-sungguh untuk membelinya. Ku tak kisah asalkan kuperolehi yang kuidamkan.

Setelah membeli lukisan, kami mendapatkan Nyoman dan kami ke sebuah pasar berdekatan untuk membeli kraftangan asli Bali. Sungguh murah harga di sini. Kelihatan seorang pelancong dari Taiwan menyewa sebuah lori kecil memunggah barang-barang yang dibelinya. Pastinya itulah sumber rezekinya. Temanku juga turut tak kalah memborong kraf yang ada di situ.

Mentari sudah terik di atas kepala. Perut pun sudah berkeroncong. Kami mahu makan dahulu sebelum pulang. Kami bertemu sebuah restoran Padang yang berdekatan tapi susah mahu mencari parkir di situ. Jadi kami terus pulang saja. Nanti di tengah perjalanan boleh singgah di mana-mana restoran.

Kami akhirnya bertemu sebuah restoran Padang yang kelihatan eksklusif. Kufikir ini agak tidak sesuai dengan gaya kami yang ala back packers ini, tapi tidak apa, hanya sekali-sekala. Restoran ini lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk surau. Kami makan dan menjemput Nyoman makan sekali. Agak segan belliau. Mungkin tidak biasa dengan tempat sebegini.

Apabila mahu menbayar, kami agak terkejut kerana harganya lebih murah daripada harga di Jogja tempoh hari berdasarkan menu yang agak sama. Di sini juga rupa-rupanya pernah menjadi tempat persinggahan mantan Perdana Menteri Malaysia dan juga pemimpin tertinggi Indonesia sendiri.

Dalam perjalanan pulang, kami bersembang panjang dengan Nyoman. Beliau bercerita tentang pegangan agamanya dan nilai-nilainya. Kami juga bercerita tentang ilmu hitam atau ilmu santet. Beliau berkata di Bali tidak ada semua ini. Orang di sini bergantung terus kepada Sang Kuasa, tidak perlu perantaraan. Kata beliau, pernah mendengar cerita kitab ilmu hitam turun di Jawa dan sebab itulah di Jawa banyak pengamalnya. (Di Malaysia juga ada. Jika ada hasad dengki, maka akan ada tuju-tujunya buat memusnahkan mangsa. Nauzubillah.) Ditanya kenapa tidak mencuba nasib bekerja di Malaysia, beliau menjawab lebih senang berada di Bali. Orang Bali, katanya, tak seperti orang Jawa yang banyak merantau ke luar negeri mencari rezeki.

Sedar tak sedar, jam sudahpun 4 petang (waktu di Bali sama dengan waktu Malaysia). Kiranya aku sudah lambat. Aku sudah berjanji dengan Made semalam yang kami mahu ke Uluwatu pada jam 4 petang untuk menikmati panorama senja di sana. Nyoman pula memandu dengan perlahan. Kusudah agak resah takutkan terlambat dan terlepas untuk ke sana. Harapnya Made setia menungguku. Aku pasrah saja.

Photobucket - Video and Image Hosting

Sampai di Kuta, jalan agak sesak. Pastinya menambahkan resahku. Setelah berasak-asak dalam kesesakan itu, kami sampai di hotel tepat jam 5. Kelihatan Made sedia menungguku. Sebelum ke sana, kupulang ke bilik dahulu untuk bersiap. Walau bagaimanapun, menurut Made, ku masih berkesempatan kerana perjalanan ke sana tidak sejauh Tanah Lot semalam. Dengan menaiki motor beliau, kami ke Uluwatu.

Photobucket - Video and Image Hosting

Sampai di sana, mentari sudahpun mahu menyembunyikan dirinya. Pun begitu, kumasih berpeluang untuk menangkap gambar sepuasnya-puasnya. Pemandangan di sini sungguh mengasyikkan dan mengujakan. Uluwatu merupakan sebuah kawasan atas bukit yang bercuram tajam yang di bawahnya ombak pantai menghempas batu-batuan. Sungguh tinggi. Bagi yang takutkan ketinggian, pastinya gayat berada di sini. Di ufuk barat, matahari sudahpun mahu berlabuh. Suasana kelam yang terhasil sungguh cantik dan Uluwatu pun berlatarbelakangkan cahaya suram mentari jatuh.

Photobucket - Video and Image Hosting

Di sini juga terdapat sebuah pura yang bernama Pura Luhur Uluwatu. Untuk masuk ke kawasan Uluwatu pada awal tadi, pengunjung mesti memakai tali kuning tanda keselamatan dan perlindungan. Di hujung sebelah selatan, terdapat arena kecil. Di situlah tarian Kecak yang menjadi kebanggaan Bali dipersembahkan. Untuk masuk, bayarannya adalah Rp.50,000. Kumasuk setelah disarankan Made.

Photobucket - Video and Image Hosting

Kerana agak lambat, kududuk di baris duduk hadapan. Ku agak bimbang jikalau tarian ini ada melibatkan unsur spiritual. Apalagi kududuk dekat dengan penarinya. Sebenarnya ku tidak mahu dekat dengan unsur-unsur sebegitu seperti dalam tarian Barong yang awal-awal lagi kusudah buat keputusan tak mahu tengok.

Ku makin resah saat Sang Hanuman, watak penting dalam tarian itu, bermain api di hujung persembahan. Kuingatkan pemeran Sang Hanuman sudah tak sedarkan diri dan kalau nasibku tak baik, api itu akan terkenaku. Namun setelah persembahan habis kubertanya orang yang membuat koir, persembahan itu tidak melibatkan unsur sebegitu. Kulega.

Setelah persembahan, kami pulang. Rupanya banyak juga Mat Salleh yang pergi ke sana dengan menyewa motosikal sendiri. Pastinya jika kudatang lagi, ku akan sewa motosikal dan menunggang sendiri. Kami langsung pulang ke hotel.

Sampai di hotel, kelihatan seseorang menyapaku. Rupanya “penyu” a.k.a. temanku sedang berendam di dalam kolam renang. Kuteruja dengan beliau berenang bebas di kolam yang tak ada orang itu, lalu kuturut serta. Sedang kuseronok berenang, kakiku terasa pedih. Luka agaknya. Pada mulanya ku tidak ambil peduli tetapi melihat darah sudah mengalir keluar tak henti-henti melarut dalam kolam renang itu, aku naik. Apabila berada saja di atas, terasa sungguh pedih. Jari kelingking kakiku terpotong sedikit. Kukuku turut terbelah sedikit. Miungkin terhantuk di dinding kolam tadi. Kurisau lalu kubersiap untuk ke klinik.

Sampai di klinik, doktor yang merawat berkata lukaku tak teruk sangat. Tak perlu dijahit. Luka itu boleh sembuh sendiri. Aku lega. Pun begitu, bilnya sungguh mahal. Terpaksa aku tuntut dari insurans apabila di Malaysia nanti. Sekarang kutahu ramai orang Indonesia datang ke Malaysia berubat di sini kerana caj yang lebih murah. Tidak hairan banyak hospital dan klinik swasta di Malaysia begitu rancak menarik orang-orang Indonesia yang berada datang ke sini dalam pakej perubatan mereka.

Sesudah pulang dari klinik, kami makan malam. Kuterkedu memikirkan yang jadualku besoknya mahu berenang di Pantai Kuta sudah musnah. Apa boleh buat. Kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukan. Setelah makan, kuberehat di bilik dan tidur.

Koleksi foto menarik di Uluwatu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...