04 Januari 2007

Antara Jelajah Malaysia dan Le Tour de Langkawi

Acara lumba basikal di Malaysia bertambah tahun ini dengan adanya perlumbaan Jelajah Malaysia yang dikatakan bakal pemanas badan sebelum perlumbaan tahunan Le Tour de Langkawi yang lebih berprestij nanti.

Kutertarik dengan perkataan Jelajah Malaysia dan Le Tour de Langkawi tersebut. Mungkin ketika dulu mahu menarik perhatian dunia supaya terarah ke perlumbaan ini di Malaysia, namanya diceduk dari perlumbaan tersohor Perancis, Le Tour de France. Namun selepas beberapa kali dianjurkan dan kini telahpun diiktiraf dunia, kenapa namanya tidak diubah? Ini supaya ia lebih bersifat ke-Malaysia-an dan tidak lagi dibayangi perlumbaan di Perancis. Kucadangkan namanya ditukar ke Jelajah Malaysia tadi.

Kalau ditukar ke Jelajah Langkawi, ini kurang tepat kerana perlumbaan bukannya terhad di Pulau Langkawi sahaja. Disebabkan ia merentasi seluruh Semenanjung Malaysia, maka namanya perlu menjadi Jelajah Malaysia. Untuk lebih tepat lagi, lebarkan perlumbaan ke Sabah dan Sarawak jika mahu betul-betul jelajah ke seluruh ceruk rantau Malaysia. Berbalik kepada perlumbaan Jelajah Malaysia tadi, tukarkan namanya kepada nama lain, Kayuhan Malaysia atau apa saja.

Satu perkara lain, kulihat di Indonesia juga mahu diadakan Le Tour de Indonesia. Namanya kurang tepat di sini. Kalau mahu dalam Bahasa Perancis, sepatutnya Le Tour de Indonesie. Kalau mahu dalam Bahasa Indonesia, tour itu apa ya? Muter Endonesia? Jangan marah donk, bercanda saja...

Nota kaki: basikal = sepeda

1 ulasan:

  1. kalau dalam bahasa Indonesia "tour" tu "jelajah" atau "menjelajahi"

    bukan muter muter (bahasa jawa/betawi)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...