21 Mac 2007

Al-Quran Untuk Dijunjung

Semalam, sedang kumenunggu mi goreng yang kupesan di kedai mamak siap, kumembaca akhbar Kosmo. Di halaman 10, tertulis tajuk besar,"Tanam al-Quran di Kutub Utara". Lantas naluriku mula membantah! Bukankah Al-Quran itu sesuatu yang patut dimuliakan?

Kubaca isi kandungan berita itu. Katanya, Datin Paduka Sharifah Mazlina mahu menanam Al-Quran kecil pemberian guru agamanya semasa misi di Kutub Utara nanti. Ini dikatakan sebagai bukti orang Islam mampu melakukan sesuatu yang bersejarah.

Kumenggeleng kepala membaca niat beliau itu. Al-Quran adalah sesuatu yang mulia, yang patut dijunjung dan diletakkan di tempat teratas. Bukannya diletakkan di bawah atau langsung ditanam dan mungkin bakal diinjak-injak suatu hari nanti oleh orang-orang yang tidak tahu menghormatinya.

Al-Quran juga untuk dibaca dan merupakan sumber ilmu teragung yang menjadi rujukan. Kalau ditanam, Al-Quran itu akan tersimpan tiada gunanya. Maka, sia-sialah pemberian guru agama itu.

Kuharap beliau batalkan saja niat yang kufikir sia-sia itu. Berfikirlah masak-masak sebelum melakukan sesuatu...

2 ulasan:

  1. baik la ekspedisi tu dibatalkan dan duit tu digunakan untuk membina rumah2 anak yatim yang semaking usang kan......amenda la masyarakat kita nih

    BalasPadam
  2. mungkin ade cari lain yang boleh di buat untuk menunjukksn kebolehsn umat islam..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...