18 April 2007

TV9 Salah Terjemah Lagi

Hari ini, aku balik awal setelah penat dilambung di dalam kereta setelah menghadiri Defensive Driving Training. Malas nak mengadap komputer yang makin banyak emel 'merah' itu, aku menonton TV saja.

Aku memetik butang rangkaian untuk lari dari dua rangkaian yang selalu kubuka itu, 3 dan 4. 5 dan 6 sudah sah aku tidak tonton kerana tidak faham. Kuberhenti sekejap di rangkaian 7, menonton berita mahasiswa Korea menembak mati 32 rakan seuniversiti. Kedengarannya seorang warga seberang juga meninggal dunia. Takziah diucapkan.

Puas menonton berita, kutingkatkan lagi nombor rangkaiannya dan berhenti di rangkaian 22 iaitu TV9. Sekarang ini disiarkan sinetron Mutiara Hati dari Indonesia. Agak pelik kerana kadang-kadang sarikata adalah sama seperti apa yang diungkapkan pelakon.

Sampai di satu babak, seorang wanita muda yang lebih senang berbahasa Inggeris bertanyakan di mana lapangan terbang. Apabila perempuan itu menyebut airport, penterjemahannya ke Bahasa Melayu adalah betul, iaitu lapangan terbang. Namun apabila disebut 'bandara', penterjemah memahaminya sebagai 'bandar'. Aku mula tergelak. Dalam hatiku, "Apalah, kalau macam ini aku lebih layak jadi penterjemah."

Perempuan muda itu terus bertanya di dalam babaknya, "Di mana bandaranya?". Lalu di masa yang sama tertera di bawah skrin, "Di mana bandaraya?". "Kah, kah, kah!", aku sudah geli hati.

Isyh, apa hendak jadi dengan mutu penterjemahan di TV9 ini. 'Bandara' itu bermaksud lapangan terbang di dalam bahasa Melayu. 'Bandara' terhasil daripada gabungan dua perkataan iaitu 'bandar udara' dan sesetengah orang Indonesia sendiri juga menyebut lapangan terbang.

Kuharap TV9 dapat mempertingkatkan lagi mutu penterjemahan melalui agensi yang dilantiknya, SyQic Capital. Janganlah lagi berlaku kesilapan kecil yang kadangkala melucukan. Tentu bibik-bibik yang turut sama menonton dengan anak-anak majikan tergelak sama.

p/s - bibik-bibik yang lari dari rumah majikan juga boleh menjadi penterjemah. Sekurang-kurangnya betul...

Entri terdahulu yang berkaitan:
Penterjemahan Yang Lemah

5 ulasan:

  1. bro, nak tanya skit, apa masuk "gokil" ?

    BalasPadam
  2. "Gokil" itu bermaksud gila (bahasa Betawi).

    BalasPadam
  3. hehehe...lucu juga ya
    tapi tak heran, sebab sayapun sering pula salah memahami bahasa melayu. jadi ingat waktu tau arti *seronok* dalam bhs melayu hihihi..beda banget ama artinya di sini

    BalasPadam
  4. ya mmg beza. perkataan 'beza' dgn 'beda' itu pun sudah berlainan. Bhs Indonesia juga punya makna yang berlainan dgn yg di sini. Kalau ke Malaysia, jgn sebut 'butuh' (alat sulit) atau 'gampang' (gangster).

    Kalau org Jakarta panggil kakak tak kira lelaki atau perempuan, di sini hati2 kerana kakak hanya utk perempuan and abang utk lelaki.. Salah panggil, nahas... ;-)

    BalasPadam
  5. bila nak pegi surabaya?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...