04 Mei 2007

Dengar Radio

Aku kadang-kadang menumpang kereta orang lain untuk menyelesaikan kerjaku. Orang itu terdiri dari pelbagai bangsa.

Satu perkara yang kusedari ialah jika pemandu atau pemilik kereta itu yang bukan orang Melayu, mereka akan cuba menalakan frekuensi radionya ke stesen lagu-lagu Inggeris. Aku tak kisah jika mereka memang hendak dengar lagu Inggeris tetapi hakikatnya mereka bukannya peminat lagu Inggeris pun. Ini kerana apabila mula-mula membuka radio, terdengar stesen radio bahasa lain yang dia dengari sebelum ini, sebelum ditalakan ke stesen radio Inggeris.

Persoalannya ialah kenapa lagu Inggeris menjadi pilihan 'neutral' di sini. Kalau mahu menyenangkan hatiku, kenapa tidak dipasang saja stesen-stesen radio Melayu kerana aku ini lebih suka mendengar stesen radio Melayu.

Atau tak perlulah pasang radio Inggeris. Pasang saja stesen berbahasa lain yang gemar didengari seperti Bahasa Cina. Aku pun dengar juga Qing Fei De Yi atau Ku Juga Mencintaimu itu. Aku ini kadang-kadang menukar selera mendengar lagu-lagu Cina. Ada yang sedap didengar walaupun tak faham. Dulu, untuk menghilangkan mengantuk semasa memandu di waktu malam, aku pasang saja radio Tamil. Sampai orang di sebelahku tak dapat tidur... Ha.. ha..

1 ulasan:

  1. Aloow Strozz...
    Kalau soal musik aku pake mp3 player jadi bisa sepuas hati mendengar yang kusukai. :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...