23 Jun 2007

Blogspot Kini Punya Pilihan Bahasa Malaysia

Sudah lama aku mencari bahasa yang sesuai untuk blog aku ini di Settings>Formatting>Language di pemilihan blogku.

Dulu, aku pilih Bahasa Inggeris tapi tidak betul kerana bahasa utama yang kugunakan adalah Bahasa Melayu. Memilih Bahasa Inggeris sendiri juga tidak betul kerana yang dipilih adalah Bahasa Inggeris Amerika sedangkan aku belajar dulu Bahasa Inggeris British. Kini aku sendiri caca merba kerana mencampurkan pelbagai loghat Inggeris itu menjadi satu. Kadang-kadang suka juga membuat loghat Inggeris sendiri.

Kini, sedang aku menggelintar di laman pemilihan Blogspot ini, kusedar Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia, yang sekarang ini dipanggil, terdapat di situ. Banyak juga bahasa-bahasa lain yang tidak tersenarai sebelum ini telah disenaraikan.

Walau bagaimanapun, apa yang diterjemahkan ke Bahasa Malaysia ini hanya terhad kepada tarikh dan hari sahaja. Aku mengharapkan beberapa perkataan lain seperti About Me, Blog Archive, Labels dan sebagainya dapat juga diterjemahkan ke Bahasa Malaysia. Harapnya perkataan-perkataan atau frasa-frasa seperti Berkenaan Diri Saya, Arkib Blog dan Label-label dapat diterjemah secara automatik.

Di sesetengah negara pula, masih terdapat ketidakpastian dalam pemilihan bahasa. Di Filipina, hanya Bahasa Inggeris disenaraikan. Kalau hendak menulis dalam Tagalog, tiada tersenarai di situ. Negara-negara yang multibahasa juga tiada pemilihan yang tepat. Kalau orang menulis dalam Tamil dari India atau Malaysia sendiri, mereka juga tidak boleh membuat pilihan tepat untuk bahasa mereka. Kalau orang Malaysia menulis dalam Bahasa Inggeris, dialek Inggeris mana hendak dipilih? Takkan claim American English kot.. tapi ada perkataan taxi, colour, lawyer dan sebagainya...

1 ulasan:

  1. Tapi kalau tak salah saya, walaupun ada pilihan bahasa bagi BM, tapi di blogspot juga masih ada pilihan bahasa yang tak ada BM

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...