22 Jun 2007

Masalah Pembantu Rumah

Masalah berkenaan pembantu rumah terutamanya dari Indonesia memang tiada kesudahannya. Kisah pembantu lari dari rumah kerana mengikuti 'pacar' atau 'paman'nya atau yang lari dari rumah kerana didera memang kerap kedengaran. Yang terbaru, kejadian seorang pembantu rumah dari Indonesia bernama Shamelin atau Ceriyati yang nekad turun melalui tingkap sebuah rumah di tingkat 15 sebuah kondominium di Sentul, KL, memang menggemparkan.

Shamelin mendakwa dia didera oleh majikannya and sudah tidak tahan lagi dengan layanan yang diberikan kepadanya. Lalu dia menjadikan beberapa pakaian yang diikat bersama sebagai tali untuk melepaskan diri dari kongkongan majikannya. Nasib baik ada pasukan penyelamat Bomba yang berada berhampiran tempat kejadian menghulurkan bantuan. Para jiran tetangga yang prihatin juga meletakkan lapisan tilam di atas tanah kalau-kalau dia terjatuh.

Di sini ada dua isu berkenaan pembantu rumah. Yang pertama pembantu rumah ditekan oleh majikan dan yang kedua, sebaliknya, pembantu rumah yang menipu majikan.

Kes Shamelin ini boleh dikatakan sama dengan kes Nirmala Bonat dahulu. Kita memang faham banyak majikan menghabiskan ribuan Ringgit untuk mendapatkan seorang pembantu rumah yang sah. Jadi, untuk memperolehi kembali nilai yang telah dilaburkan, majikan memang berharap pembantu rumah dapat melakukan kerja dengan cekap dan mengikuti arahan.

Apabila sesuatu yang diharapkan daripada pembantu rumah adalah tinggi dan sebaliknya pembantu rumah tidak dapat memenuhi kehendak majikan, maka konflik akan berlaku. Sikap bertolak ansur memang harus ada di sini. Majikan harus bertimbang rasa dan pembantu rumah pula harus bersedia untuk memajukan diri.

Majikan perlu faham kebanyakan pembantu rumah adalah orang susah. Mereka datang ke negara ini untuk merubah kehidupan mereka. Jadi, perubahan hidup dari kedaifan kampung ke kota besar yang semuanya canggih-canggih belaka merupakan sesuatu yang baru bagi seorang pembantu rumah. Aku memetik satu surat di The Star yang mengatakan majikan harus sedar bahawa seseorang itu tidak akan menjadi pembantu rumah jika dia sepandai atau secekap majikan mereka. Kalau mereka pandai dan cekap, tentu dia pula yang menjadi majikan! Ini bukanlah untuk merendahkan martabat seorang pembantu rumah tetapi sebagai peringatan untuk majikan.

Dari sudut lain, pembantu rumah juga perlu ikhlas membuat kerja yang diberikan. Janganlah mereka bersekongkol dengan ejen-ejen yang tidak bertanggungjawab dengan melarikan diri dan berkerja dengan majikan baru pula. Mereka ini menyusahkan majikan kerana majikan harus membayar denda jika pembantu rumah lari sedang mereka pula mendapat sedikit habuan dari ejen-ejen tersebut.

Tidak dinafikan bahawa pembantu rumah dari Indonesia yang datang ke Malaysia adalah pembantu rumah yang bergred rendah. Yang tinggi mutu kerjanya sudah pasti ke negara-negara yang memberikan pulangan lumayan buat pemabntu rumah tersebut seperti Timur Tengah, Asia Timur dan Singapura.

Walau bagaimanapun, kes-kes sebegini, pada pendapatku, masih kes terpencil. Banyak lagi pembantu rumah yang masih rajin bekerja dan dianggap sebagai keluarga sendiri buat sesetengah majikan. Ada yang terlalu manja dengan anak majikan sehinggakan anak majikan memerlukan pembantu rumah untuk menidurkan mereka. Ada juga majikan yang sanggup membeli tiket kapal terbang dan menghantar pembantu rumah sehingga ke halaman rumah pembantu mereka di tanah air mereka.

Pembantu rumah dari Indonesia, khasnya, masih diperlukan di sini. Banyak majikan Cina memilih pembantu rumah dari Indonesia atas faktor rumah tangga mereka. Cadangan untuk membawa pembantu rumah dari Tanah Besar Cina dibantah keras oleh majikan wanita kerana dikhuatiri pembantu rumah dari China ini bakal menjadi "anak patung dari China" yang menggoda suami mereka dan seterusnya merosakkan keharmonian rumah tangga mereka. Bagi orang Melayu pula, persamaan budaya, bahasa dan agama menjadi pilihan kerana memudahkan urusan seharian mereka.

Pautan berkaitan:

Carian berkenaan pembantu rumah di Utusan Malaysia
Berita di The Star berkenaan pembantu rumah Indonesia

2 ulasan:

trie berkata...

Inilah contoh problem "buah simalakama" itu, dimana "kalau nggak kerja, keluarga nggak makan, tapi kalau kerja resiko terburukpun harus siap dihadapi", atau mungkin juga "lingkaran setan" yang sulit untuk dicari jalan keluarnya.
Namun semuanya seharusnya bisa teratasi apabila setiap insan itu masih punya "nurani", dan saling bisa berempati.
Btw, saya punya teman dan kenalan yang banyak dari malaysia, jadi saya harap apapun problem yg terjadi yang melibatkan kedua negara kita, tidak sampai membuat emosi kita naik atau sampai memutuskan silahturahmi.
Salam dari Surabaya.

~*~*~pretty petals~*~*~ berkata...

my maid just ran away 3 days ago. she was working for almost 4 months, i gave her lots of space for freedom so that i can avoid being the kind of employer that most maid fear. i try teaching her time after time. it didnt work out so well because after treating her nicely each time she did not take me seriously. after some times, i have to be serious and one fine day i acted strictly towards her wrong doing. she acted as if it is not important, i almost lost my temper. she did cried after hearing me yelling. i saw the tears and felt guilty and not long after that i hugged her. console her back just like she's my own sister. but, i guess, i just didnt work out that way. being nice to her doesnt mean anything. infact it back fires me with the fact that she ran away with my phone and money and the worst was when she called to my brother's maid and told her that she ran away and that i hit her. hahahahaha... she's like 10 times bigger in size than i am. i laugh my heart out to that statement. that's what you get from being nice to your maid.