01 Julai 2007

Antara Hong Kong dan Singapura

Hari ini Hong Kong menyambut dasawarsa setelah penyerahan kembali Hong Kong kepada China oleh Inggeris pada 1 Julai 1997, setelah 156 tahun berada di bawah koloni Inggeris. Kembalinya Hong Kong kepada China pada tahun itu merupakan satu 'kemenangan' yang disambut China kerana kembalinya sebuah wilayah yang dijajah ke pangkuan mereka.

Hong Kong dan Singapura sememangnya banyak persamaan. Menurut sejarah, kedua-duanya pernah merupakan perkampungan nelayan dan terdapat kegiatan lanun. Hadirnya Inggeris ke rantau ini menjadikan kedua-duanya pelabuhan yang sangat penting dan strategik. Bahkan kedua-dua pelabuhan itu masih merupakan pelabuhan utama dunia hari ini.

Namun Hong Kong dan Singapura ada juga perbezaannya. Inggeris memperolehi wilayah Hong Kong secara kontrak selama 99 tahun pada tahun 1898 manakala Singapura diperolehi Inggeris melalui perjanjian antara Tengku Hussein dengan Stamford Raffles pada tahun 1819.

Jika diperhalusi perjanjian Inggeris dengan kerajaan China dan pihak Inggeris dengan kerajaan Melayu, nampaknya kerajaan China lebih bijak. Mereka hanya memberikan Hong Kong kepada Inggeris selama 99 tahun dan setelah itu, mereka mendapat kembali tanah itu pada tahun 1997. Manakala pemimpin Melayu yang rakus dan gila kuasa pada masa itu sebaliknya menggadaikan maruah dan kedaulatan bangsa dengan menandatangani perjanjian berat sebelah di pihak Inggeris. Singapura diberikan kepada Inggeris selagi ada bulan dan bintang.

Hasilnya Singapura menjadi wilayah Inggeris buat selama-lamanya dan sebagai gantinya Tengku Hussein mendapat beberapa ribu Ringgit yang hari ini sudah tidak bernilai lagi. Sungguhpun Singapura 'diserahkan' kembali oleh Inggeris, namun Singapura masih lagi terpisah dari bumi ibundanya.

Nota kaki:

Dasawarsa = 10 tahun

Click here for English version.

1 ulasan:

  1. salam, saya tertarik dengan blog kamu. saya sedang membuat kajian tentang perkampungan nelayan di singapura. ingin tahu tentang budaya, senibina dan masyarakat ketika itu. ini email saya tsaksianoferatz@yahoo.com. terima kasih ya. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...