12 Julai 2007

Sejadah Tidak Hapak

Stink not.

Malam tadi, selesai sembahyang, aku terlihat seorang remaja menunggu di pintu surau sebuah stesen minyak. Aku lihat kiri dan kanan. Dua orang yang ada di situ bukannya sebaya dengannya. Pelik juga. Nak kata dia menunggu seseorang di situ, tak mungkin.

Setelah aku bangun, dia bingkas mendekatiku. Rupa-rupanya dia mahu mengambil sejadah yang kugunakan. Oo sejadah itu dia yang punya. Maka tak hairan sejadah tadi terasa lembut dan tidak hapak seperti yang biasa ditemui di surau-surau kecil sama ada di lebuhraya atau stesen minyak.

Hmm, perkara ini memang tak dijangka. Tak sangka pula ada orang bawa sejadah sendiri. Aku tadi lambat satu rakaat...

2 ulasan:

  1. L am touched. Mudah-mudahan remaja tu dpt pahala.kat stesen mn tu.

    BalasPadam
  2. ni dekat tmn melati, setapak.. nice guy.. dia pulak yg hulur tgn nak salam..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...