13 November 2007

Marah Aljazeera - Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu

Kisah Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin aka Zam membidas Aljazeera sungguh menarik. (Lihat berita di sini.) Kegagalan menjawab soalan wartawan Aljazeera yang disiarkan seantero dunia itu secara convincing bukan saja memalukan seorang menteri Malaysia malah memperlihatkan penggunaan hujah-hujah lemah yang hanya "laku" di Malaysia.

Bagi pihak Zam, jikalau terus membenarkan Aljazeera melakukan lintas langsung dengan apa yang berlaku di Malaysia, maka malulah kerajaan Malaysia. Maka terbuka segala pekung di dada yang selama ini media massa dan elektronik berarus perdana ataupun lebih tepat sehaluan dengan kerajaan tidak akan siarkan. Agaknya inilah akibat membenarkan Aljazeera beroperasi di Kuala Lumpur. Seperti kita sedia maklum, itulah Aljazeera, satu laporan alternatif tanpa berselindung di sebalik fakta.

Namun jika Aljazeera dihalau keluar dari Menara Berkembar PETRONAS itu, maka hilanglah gah Malaysia sebagai salah satu hab media utama dunia itu. Takkan membiarkan Aljazeera keluar kerana tekanan politik, atas kepentingan pihak tertentu, dan membiarkan nama Malaysia buruk. Tentu pusat-pusat media lain di rantau ini seperti Singapura sedia menerima dengan kedua-dua belah tangan terbuka. Lagilah Kuala Lumpur tidak mahu ini terjadi.

Zam tentu dalam dilema sekarang. Langit terbuka sekarang pasti menerbangkan bau bangkai gajah yang tidak tertutup dek nyiru ke seluruh pelosok dunia. Tanpa TV, telefon bimbit, SMS, blog semuanya ada sebagai alternatif.

Gambaran sebenar di KL laporan Aljazeera pada 10 Nov lalu:



Wawancara Zam dengan wartawan Aljazeera:





Laporan berkaitan oleh BBC:




Terima kasih buat para pemuat naik di Youtube.

2 ulasan:

  1. uish... rasa malu juga apabila menteri kita begitu emosional dalam siaran langsung. apa agaknya orang luar kata bila melihat reaksi menteri kita yang marah kepada al-jazeera buat liputan peristiwa yang berlaku. Takkan nak salahkan stesen tv buat liputan?

    BalasPadam
  2. Petang tu, mmg kami sekeluarga setia menuggu kat depan tv utk mengikuti perkembangan Bersih nie, memang tak heranlah yg media tempatan teragak2 buat liputan, tapi yg heran plak, saluran astro Awani yg ala2 news channel tu takde mention apa2 bahkan tetap ngan rancangan Live, “Gala TV” yg cite pasal artis2 antarabangsa. Nasib baik ada Al-Jazeera, at first my dad pun was2 jugak takut2 berita tu kena censored, nasib baik tidak, kami selang seli jugak lah antara Channel News Asia ngan AL-Jazeera nie, ternyata CNA nie cuma guna visual dari TV3 dan hanya dilaporkan sekejap saja, maklumlah, koresponden mereka kat KL tu cuma sorang jer, Melissa Goh. So, maybe takut nak ambil risiko membahayakan diri, dan pada masa yg sama semua heboh pasal isu kat Pakistan tu, laporan penuh perarakan Bersih hanya mula disiarkan pada waktu lewat petang.
    Sekian, laporan yg sudah basi, hehehe...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...