30 Mac 2007

Finally England Have Won

This is not rocket science, just drop Frank Lampard and England will keep winning. And that happened when England won 3-0 against minnows, Andorra.

Put Gerrard in the middle of the park together with Hargreaves, as holding role, and complete the flanks with Downing and Lennon. Just as simple as that. Although Lampard is indispensable at his club level, he should though be dropped to subs bench. His form has never been so up to the level since the World Cup.

Luckily Lampard was injured. I can't imagine if he's not injured and McLaren dropped Hargreaves and retained Lampard together with Gerrard in the middle. Perhaps another goalless draw or even 1-0 loss...

Previous related post:
England Would Have Won the World Cup Only If...

23 Mac 2007

Bukan Kita Saja Yang Cakap @ Ngomong



Dua minggu lepas, sedang kumemandu di Putrajaya, kulihat beberapa sepanduk digantung di tiang-tiang lampu di tengah-tengah jalan yang tertera Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri. Fikirku, bakal pesertanya hanyalah terdiri daripada pemidato dari Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Namun, selepas pertandingan pada 23 Mac, kuterkejut melihat di dada-dada akhbar yang pemenangnya adalah dari Rusia! Olga Vadimovna Evskaya telah menjuarai pertandingan itu dengan mengalahkan peserta pilihan tempatan, Mohd Daud Mat Din di tempat kedua dan ketiga, juga bukan penutur bahasa ibunda, An Min Suk dari Korea.

Hm, rupanya bukan orang di rantau ini saja yang fasih bertutur bahasa ini. Tak sangka pula orang dari luar rantau ini telah belajar sebegitu tekun dan mahir berpidato pula.

Nah, inilah bakal membuka mata banyak pihak. Setelah Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa pengantaraan pelbagai etnik di rantau ini sejak beratus-ratus tahun lagi, maka bahasa ini patut diangkat ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Bahasa Melayu atau Indonesia telah pun menjadi salah satu bahasa utama semasa mengerjakan haji di Arab Saudi selain Bahasa Arab, Bahasa Urdu/Hindi dan Bahasa Turki. Banyak peniaga di situ yang belajar dan mahir bertutur Bahasa Melayu atau Indonesia ini. Kini, bahasa ini patut menjadi bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pula. Tak mustahil kerana penuturnya lebih daripada 270 juta orang.

Kadang-kadang kalau difikirkan, malu pula kerana orang Melayu sendiri kini sangat sukar menguasai Bahasa Melayu. Inikan pula orang asing yang malah mampu untuk berpidato. Kalau menonton di TV, sukar untuk kita dengar orang bercakap menggunakan sepenuhnya perkataan Melayu untuk sesuatu ayat. Pastinya ada perkataan Inggeris yang terselit.

Apabila bercakap dua bahasa sekaligus atau Bahasa Rojak ini, bolehlah dikatakan ibarat yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Mahu bercakap Bahasa Inggeris tapi perbendaharaan kata Inggeris tidak cukup mahir, lalu perkataan Melayu yang diceduk. Apabila mahu bercakap Bahasa Melayu, perkataan Melayu pula tidak diketahui. Yang tahu hanyalah perkataan Inggeris.

Apabila tiba masa memerlukan bercakap satu bahasa saja, masalah pasti timbul. Lihat saja sesi karpet merah Anugerah Akademi di KL baru-baru ini. Kufikir banyak artis yang mahir bercakap Inggeris kerana sering kedengaran mereka menyelitkan Bahasa Inggeris dari perbualan mereka. Namun ramai pula yang 'mengelak' bercakap dengan pengacara Mat Salleh itu. Hanya beberapa orang yang mahir bercakap sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.

Namun ada juga yang sangat bagus Bahasa Melayunya. Isteri Datuk K memang bagus Bahasa Melayunya sehingga mendapat pujian ramai, tapi tak mahir pula berbahasa Inggeris. Ada juga beberapa menteri berbangsa Cina yang Bahasa Melayunya sangat bagus jika dibandingkan dengan menteri berbangsa Melayu. Penggunaan perkataan sangat tepat dan sampai maksudnya.

Sumber gambar: Berita Harian

21 Mac 2007

Al-Quran Untuk Dijunjung

Semalam, sedang kumenunggu mi goreng yang kupesan di kedai mamak siap, kumembaca akhbar Kosmo. Di halaman 10, tertulis tajuk besar,"Tanam al-Quran di Kutub Utara". Lantas naluriku mula membantah! Bukankah Al-Quran itu sesuatu yang patut dimuliakan?

Kubaca isi kandungan berita itu. Katanya, Datin Paduka Sharifah Mazlina mahu menanam Al-Quran kecil pemberian guru agamanya semasa misi di Kutub Utara nanti. Ini dikatakan sebagai bukti orang Islam mampu melakukan sesuatu yang bersejarah.

Kumenggeleng kepala membaca niat beliau itu. Al-Quran adalah sesuatu yang mulia, yang patut dijunjung dan diletakkan di tempat teratas. Bukannya diletakkan di bawah atau langsung ditanam dan mungkin bakal diinjak-injak suatu hari nanti oleh orang-orang yang tidak tahu menghormatinya.

Al-Quran juga untuk dibaca dan merupakan sumber ilmu teragung yang menjadi rujukan. Kalau ditanam, Al-Quran itu akan tersimpan tiada gunanya. Maka, sia-sialah pemberian guru agama itu.

Kuharap beliau batalkan saja niat yang kufikir sia-sia itu. Berfikirlah masak-masak sebelum melakukan sesuatu...

16 Mac 2007

Akhirnya KLIA Kalahkan Changi

Dulu, apabila orang bertanya di manakah di Malaysia tempat paling banyak kedengaran ngauman enjin kapal terbang, maka ramailah menjawab di Subang. Kini pula, ramai yang menjawab Sepang. Jawapannya, salah! Pasir Gudanglah sebenarnya tempat paling kerap kedengaran enjin kapal terbang kerana kedudukannya yang sangat dekat dengan Changi di Singapura.

Di sebalik jawapan soalan itu, lebih kerap kedengaran bermakna lebih banyaklah penerbangan dan lebih ramailah penumpangnya. Sesudah berpisah daripada Malaysia-Singapore Airlines dan memilih untuk beroperasi bagi laluan antarabangsa syarikat terdahulu itu, Singapore Airlines (SIA) hari ini menikmati jumlah penerbangan yang lebih banyak dan lebih kerap berbanding kembarnya dulu, Malaysia Airlines (MAS) yang memilih meneruskan operasi domestik Malaysia yang dekat jaraknya dan kurang penumpang.

Tanpa menoleh ke belakang, dengan laluan antarabangsa pada masa itu yang kebanyakannya beroperasi di Changi, SIA memiliki tapak kukuh dan berkembang pesat dengan pesawat Boeingnya. Manakala MAS pula bertatih dengan pesawat Fokker F27 dan meneruskan agenda sosialnya di Malaysia. Bertahun berlalu, Changi bertambah kukuh.

Setelah Lapangan Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah di Subang tidak mampu lagi menampung kebanjiran penumpang, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) mula beroperasi menggantikan lapangan terbang lama itu. Dengan adanya KLIA, impian Malaysia, umpama anjing dengan kucing, ingin bersaing dengan Changi. Mulalah persaingan yang pastinya berlatarbelakangkan pelbagai cerita dan sejarahnya.

Tahun demi tahun KLIA membuntuti Changi. Akhirnya pada anugerah terkini Air Council International (ACI), KLIA mengalahkan Changi bagi kategori Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2006. Walaupun KLIA di tangga ketiga keseluruhan selepas Incheon (Korea) dan Hong Kong, Changi berada di belakang di tempat keempat. Tidak kisahlah, bagi rakyat Malaysia, asalkan mengalahkan Changi…

Dengan pencapaian ini, KLIA sebenarnya tidak boleh berdabik dada. Selepas ini, perlu kalahkan Korea dan Hong Kong pula. Jika Korea terkenal dengan kebersihannya, KLIA perlu lebih tegas menangani pelbagai permasalahan yang ada. Walaupun ramai yang sukakan kecekapan rangkaian pengangkutan ke KLIA serta rasa ruang terminalnya yang lapang, masih banyak perlu dilakukan.

Internet yang disediakan percuma sangat dialu-alukan tapi kelajuannya haruslah dipertingkatkan. Bila satu pesawat sudah ada beratus-ratus penumpang dan ada pula berpuluh-puluh pesawat, maka tidak hairan jika kesesakan jalur lebar berlaku.

Masalah ulat teksi iaitu teksi haram yang semakin profesional juga patut ditangani. Buat saja papan tanda besar menyuruh penumpang jangan melayan orang sebegitu. Harga sepatutnya untuk tambang teksi juga perlu dipampang besar-besaran, bukannya kecil seperti sekarang. Walaupun orang mungkin kata itu membuka pekung di dada, pekung itu bakal lebih parah jika pelancong terkena dengan ulat-ulat tadi. Maka respons soal selidik yang akan datang bakal jelek belaka.

Pertarungan KLIA dan Changi ini tidak akan berakhir di sini saja. Changi pula bagaimanapun memenangi tempat pertama Anugerah Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2006 anjuran Skytrax. KLIA pula di tempat keenam…

Jaringan:
World’s top customer service airports recognized
World Airport Awards
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...