21 April 2007

Singapore Revisited

April 20, 2007

It's been some time since I last went to Singapore by taking bus via Causeway. Normally I take taxi and once my job finishes, I straightaway return to JB by taxi again. No chance to go round the island.

This time, with so called 'well-planned' trip as well as with some lucks, I finally made my journey to Singapore. I stayed at Puteri Pacific Hotel, which I still confuse whether this hotel belongs to Pan Pacific hotel chain or not. Looks like it's not anymore.

I was not supposed to stay there as it is not one of hotels recommended by my company but due to full occupancies at hotels I usually stay, Mutiara and Hyatt, I had to book at Puteri Pacific. And that was actually my intention... Initially, I thought of staying at Mutiara for one night, just to adhere with company policy and then stay another night at Puteri Pacific by trying to find reason to stay there - fully booked perhaps. However, it went well with my plan. Staying at Puteri Pacific was so convenient as I could just walk to Causeway.

After finishing work at about 6.00 PM, I started to walk to Causeway. It's busy with people commuting back from Singapore but it's all right for me as I was heading to the other direction. The journey across the Causeway can be considered as smooth. I took Bus 170 as I still had few credit inside my EZlink card, not usual Smiling Bus.

I reached Woodlands Checkpoint after 15 minutes. I had to get immigration form first as I didn't have any spare form. The only form that I had was the old form which I doubt they would accept anymore. I took one stack of forms and put into my bag. These are for my future visits especially if I drive in by car. If I drive without having the form, I had to go to the Immigration office which I'm sure will take a very long time. I tried to be discreet so that officers wouldn't see me. If I got caught, probably they'd think that I did part time filling in form for visitors.

This was the first time I saw no more Immigration lanes for Malaysian. Now only left Singaporean and foreigners. So, I saw few Mat Sallehs (Caucassians) mingled around Malaysian faces in foreigners lane. In front of me, there were three Filipino maids chatting to each other after having some free time in JB.

I was in the queue for half an hour now. Now I realised that my line was so slow. A guy who accidentally hit my hand when we tried to lean against a railing there already got his passport endorsed while I was still waiting anxiously. Behind me, one Malay girl (I think so as her face looked like Chinese but her toes skin colour was darker than mine - mixed perhaps) kept pushing up her head up to see what was happening at the front.

I saw one Makcik (auntie) was changing lanes quite frequently. She was at the end of the lines so nobody bothered her. I was thinking why she did that. Why couldn't she just remain in one lane and waited for her turn?! Seemed that she was looking for any new lanes that would possibly be open at any minute. At the same time, few officers were seen monitoring the congestion there. Then suddenly I heard a sound of people running and when I looked to them, they were chasing a new lane that was being opened. I saw that Makcik was ahead of everybody. Well done Makcik! Your effort was paid off. Hmm, now I thought that the Makcik was so experienced and it's worth doing that considering long queues everywhere.

And I was still anxious here. The guy who was endorsing my lane was so slow. Why must he be so detail and perhaps suspicious at everybody there? I saw the other lanes were very fast. Upon few seconds, sounds of endorsing passports were heard. But, he was still slow checking every pages of passports.

When only few people left in front of me, I saw a new lady came in and replaced the guy. His shift was over. Sigh, he's gone. Hopefully, this lady was fast and indeed she was! Less than a minute, few people had their passports endorsed including mine. I was so relief. Finally, I made it through after exactly one hour! I thought next time I just drive. Less hassle.

(To be continued)

18 April 2007

TV9 Salah Terjemah Lagi

Hari ini, aku balik awal setelah penat dilambung di dalam kereta setelah menghadiri Defensive Driving Training. Malas nak mengadap komputer yang makin banyak emel 'merah' itu, aku menonton TV saja.

Aku memetik butang rangkaian untuk lari dari dua rangkaian yang selalu kubuka itu, 3 dan 4. 5 dan 6 sudah sah aku tidak tonton kerana tidak faham. Kuberhenti sekejap di rangkaian 7, menonton berita mahasiswa Korea menembak mati 32 rakan seuniversiti. Kedengarannya seorang warga seberang juga meninggal dunia. Takziah diucapkan.

Puas menonton berita, kutingkatkan lagi nombor rangkaiannya dan berhenti di rangkaian 22 iaitu TV9. Sekarang ini disiarkan sinetron Mutiara Hati dari Indonesia. Agak pelik kerana kadang-kadang sarikata adalah sama seperti apa yang diungkapkan pelakon.

Sampai di satu babak, seorang wanita muda yang lebih senang berbahasa Inggeris bertanyakan di mana lapangan terbang. Apabila perempuan itu menyebut airport, penterjemahannya ke Bahasa Melayu adalah betul, iaitu lapangan terbang. Namun apabila disebut 'bandara', penterjemah memahaminya sebagai 'bandar'. Aku mula tergelak. Dalam hatiku, "Apalah, kalau macam ini aku lebih layak jadi penterjemah."

Perempuan muda itu terus bertanya di dalam babaknya, "Di mana bandaranya?". Lalu di masa yang sama tertera di bawah skrin, "Di mana bandaraya?". "Kah, kah, kah!", aku sudah geli hati.

Isyh, apa hendak jadi dengan mutu penterjemahan di TV9 ini. 'Bandara' itu bermaksud lapangan terbang di dalam bahasa Melayu. 'Bandara' terhasil daripada gabungan dua perkataan iaitu 'bandar udara' dan sesetengah orang Indonesia sendiri juga menyebut lapangan terbang.

Kuharap TV9 dapat mempertingkatkan lagi mutu penterjemahan melalui agensi yang dilantiknya, SyQic Capital. Janganlah lagi berlaku kesilapan kecil yang kadangkala melucukan. Tentu bibik-bibik yang turut sama menonton dengan anak-anak majikan tergelak sama.

p/s - bibik-bibik yang lari dari rumah majikan juga boleh menjadi penterjemah. Sekurang-kurangnya betul...

Entri terdahulu yang berkaitan:
Penterjemahan Yang Lemah

16 April 2007

F1 2007

Tahun ini agak keberatan untuk ke sana. Ditambah lagi dengan sakit yang 'aku jemput' ini, aku tawar hati untuk ke sana. Namun segalanya berubah setelah berada di sana. Paling manis sebab McLaren mendapat dua tempat teratas. Selepas balik, kami makan di Dengkil, menikmati makanan sedap orang Thai yang berbisnes di sini.

Untuk cerita lanjut, sila ke Fotopagesku ini.

14 April 2007

Tahiyyat

Tapi selepas ke gim, aku ke Bukit Bintang untuk mencari beberapa majalah. Kalau lambat, tentu sudah habis. Majalah yang aku selalu beli biasanya selalu habis. Hmm...

Di BB Plaza, aku ke surau dulu untuk sembahyang Zuhur. Memang dah lambat kerana leka di gim tadi. Aku sebenarnya tak ingat sangat di mana surau di situ. Nak tanya orang sembarangan, tentu tak tahu walaupun muka Melayu. Sudahlah bersubang dan berambut warna semuanya. Kucari cleaner tapi tidak ketemu. Akhirnya terjumpa seorang kakak Indon menjaga pintu tandas. Katanya di tingkat tiga.

Di sana, cepat-cepat aku bersolat. Tok bilal dah pun mengaji menunggu waktu Asar masuk. Sesudah sembahyang Zuhur, kutunggu sebentar untuk sambung dengan sembahyang Asar. Rupanya jemaah di sini betul-betul berwajah 'antarabangsa'.

Pak Imam kelihatannya dari India. Di kiri kananku kelihatan beberapa orang luar. Dalam Islam ada beberapa mazhab yang walaupun berlainan tapi perkara pokok masih tidak berbeza. Di tahiyyat akhir, orang di kananku yang kufikir juga dari India hanya sekadar menggoncang jari di kala membaca syahadat. Di kananku pula seorang lelaki berkulit putih yang kufikir dari Asia Tengah membuat pusingan dengan jari telunjuknya tatkala membaca syahadat.

Sesudah sembahyang, kurasa agak kagum dengan perbezaan ini. Ada kelainan tapi masih tidak berubah perkara pokok yang lebih besar. Umpamanya rukun sembahyang masih sama dan ada empat rakaat bagi solat Asar. Cuma kita, kalau melihat perbezaan sebegitu, janganlah cepat menuduh orang lain salah kerana tidak sama dengan cara kita. Lihat dulu sama ada itu perkara cabang ataupun perkara pokok.

13 April 2007

Letto - Ruang Rindu

Saja mahu berkongsi klip video dari Letto yang bertajuk Ruang Rindu. Lagu ini merupakan lagu tema sinetron Intan di RCTI, seperti yang pernah kuperkatakan sebelum ini di entri-entri berikut. Dengarkan 'lagu berhantu' ini...

Hari Terakhir di Johor Bahru
TV Indonesia (di Fotopages)

07 April 2007

Blogger Kena Daftar?

Terbaca satu artikel di The Star yang mengatakan semua blogger di Malaysia yang menggunakan domain tempatan harus mendaftar dengan pihak berkuasa.

Baca artikel di The Star

Marah, pelik dan hendak tertawa di dalam hati pun ada. Dengan dunia yang menghala ke informasi tanpa batasan, seorang Timbalan Menteri pula mencadangkan satu akta persis zaman ais (zaman ais sebelum zaman batu lagi...) Bayangkan satu dunia akan mentertawakan Malaysia apabila peraturan baru ini berkuatkuasa.

Dek artikel pedas beberapa orang wartawan menjadi bloggers yang hanya ditujukan buat beberapa orang tertentu, adakah ini menjadi satu isu keselamatan negara? Adakah ini satu langkah untuk menutup isu peribadi orang-orang tertentu dan seluruh rakyat terlibat sama?

Hmm, terfikir pula adakah ini permulaan pertembungan dunia luar yang luas tanda sempadan dengan undang-undang Malaysia yang tidak relevan lagi dengan zaman.

Blogger, what do you think?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...