31 Mei 2007

Rayuan Lina Joy Ditolak

Syukur Alhamdulillah, mahkamah telah menolak permohonan rayuan Azlina Jailani atau nama Kristiannya, Lina Joy untuk membuang perkataan Islam di MyKadnya.

Azlina Jailani dilahirkan sebagai seorang Melayu-Islam tetapi telah murtad ketika berumur 26 tahun dan mahu berkahwin dengan seorang India Kristian, seorang tukang masak. Disebabkan dia masih diiktiraf sebagai Islam, mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dia tidak boleh mendaftarkan perkahwinannya dengan teman lelakinya itu.

Hanya ada cara untuk dia diiktiraf sebagai Kristian dan terus berkahwin iaitu dengan membuat permohonan di mahkamah syariah. Namun adalah mustahil untuk permohonan itu diluluskan di mahkamah syariah kerana mengikut undang-undang syariah, dia pasti akan dihantar ke rehabilitasi atau menghadapi kemungkinan didenda.

Walau bagaimanapun, undang-undang syariah Malaysia masih berpaksikan Perlembagaan Persekutuan yang bersifat sekular, meskipun Islam diiktiraf sebagai agama rasmi. Undang-undang sebenar Islam menghukum mereka yang murtad dengan hukuman mati jika masih mahu terus murtad. Islam di sini amat jelas untuk memelihara kesucian agamanya dan tidak mahu seseorang memeluk agama Islam dengan main-main atau sebagai mencuba sahaja.

Tanpa mahu ke mahkamah syariah yang hasratnya pasti tidak terlaksana, Lina Joy telah memperjuangkan matlamatnya menggunakan mahkamah sivil. Kes Lina Joy ini telah mendapat perhatian seluruh dunia terutamanya pergerakan Kristian antarabangsa yang mungkin membiayai usaha Lina Joy ini.

Islam telah betapak di rantau ini sejak kurun ke-13 dan berkembang subur di kurun ke-15. PengIslaman raja-raja dan perkahwinan campur telah mengembangkan Islam di rantau ini di mana rakyat yang taat pada raja pasti mengikut jejak langkah raja. Hampir seluruh pelosok rantau ini yang mudah terjangkau telah diIslamkan.

Sungguhpun para penjajah yang silih berganti datang seperti Peringgi (Portugis), Belanda dan Inggeris yang salah satu misinya mengembangkan ajaran Kristian di sini, Islam masih tetap kukuh di hati penduduk di sini. Hanya kawasan yang tidak terjangkau para pendakwah Islam dahulu dan penduduknya yang masih mengamalkan animesma telah memeluk agama Kristian. Ini termasuk pedalaman Sumatera, Borneo, utara Kepulauan Filipina dan pulau-pulau di timur Indonesia. Terdapat juga sesetengah etnik yang jarang berinteraksi dengan orang luar yang masih mengamalkan ajaran puja semangat seperti orang Asli di Semenanjung Malaysia dan Orang Laut di Kepulauan Riau.

Setelah kedatangan ramai imigran di Tanah Melayu dari China dan India, penganut Kristian bertambah kerana sesetengah daripada mereka telah memeluk agama ini. Setelah sekian lama, banyak pergerakan Kristian mencuba sesuatu yang tidak pernah berjaya dilakukan sebelum ini iaitu menKristiankan orang Melayu-Islam.

Pelbagai cara dilakukan termasuk menggunakan lelaki kacak (atau gantang) untuk menarik perhatian wanita Melayu. Antara kes yang pernah mendapat perhatian ialah kes Aishah Bohari.

Mengikut sejarah, orang Melayu-Islam amat sensitif dengan hal yang bersangkut paut dengan adat Melayu dan agama Islam mereka. Orang Melayu terkenal dengan sifat lemah lembut tetapi boleh bertindak agresif jika perkara itu disentuh oleh orang bukan dari kalangan mereka. Pernah terjadi rusuhan yang menyebabkan pertumpahan darah di Singapura dulu apabila seorang perempuan Belanda bernama Natrah yang diasuh dan dibesarkan oleh seorang pasangan Islam telah diambil semula dan diKristiankan.

Natrah, semasa kecil, diberikan kepada seorang wanita Melayu Islam berasal dari Terengganu di Bandung, Indonesia. Natrah kemudian dibesarkan di Terengganu. Namun setelah besar, pihak keluarganya mahu mengambil dia semula dan mahu diKristiankan. Seorang lelaki Inggeris yang menggunakan tipu helahnya telah memujuk keluarga angkat Natrah ke Singapura.

Singapura pada masa itu merupakan salah sebuah negeri Selat dan berada di bawah pentadbiran Inggeris manakala Terengganu adalah Negeri Melayu Tidak Bersekutu yang tidak tertakluk kepada undang-undang Inggeris. Tindakan membawa Natrah ke Singapura umpama masuk ke dalam jerat kerana mahkamah Singapura memutuskan Natrah wajar diperlihara oleh ibubapa biologinya. Lantaran keputusan itu, orang Melayu yang tidak puas hati telah merusuh.

Keputusan tidak berpihak kepada Lina Joy itu mungkin mengambilkira hal ini. Sebarang usaha menjolok kedudukan Melayu dan agama Islam di negara ini hanya bakal mengundang padah. Pastinya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 tidak mahu diulang lagi.

Jika keputusan ini berpihak kepada Lina Joy, maka sudah pasti mudah untuk orang Melayu-Islam menjadi murtad. Menurut laporan tidak rasmi, seramai 250,000 orang Melayu telah murtad. Membenarkan perkara ini berlaku, menurut Presiden Pergerakan Belia Islam Malaysia, saudara Yusri Mohamad, umpama membuka pintu air sebuah empangan. Ujar beliau, harapnya tiada lagi percubaan untuk menganggu gugat kedudukan Islam di negara ini dengan keputusan mahkamah itu.

Penulis juga kagum dan juga mungkin tersentuh melihat sesetengah pihak membaca Quran dan berdoa di perkarangan mahkamah supaya kesucian Islam tidak ternoda di negara ini.

Harapnya pihak yang suka menjolok sarang tebuan dan membuat provokasi ini supaya menjauhkan diri daripada berbuat demikian di negara ini. Masalah ini melibatkan orang Melayu yang diKristiankan. Pastinya isu ini tidak akan sensitif jika seseorang yang bukan Islam dan bukan asalnya beragama Kristian mahu masuk Kristian.

Dalam Perlembagaan Malaysia, istilah Melayu itu sangat unik. Tidak seperti di Indonesia atau Singapura, Melayu itu bersangkut paut dengan Islam. Seseorang yang dilahirkan oleh pasangan berketurunan Melayu secara automatik beragama Islam. Kita sebagai orang Melayu yang dilahirkan Islam sepatutnya bersyukur. Lihat saja beberapa sabahat Nabi SAW yang bukan dilahirkan sebagai Islam dan setelah melalui segala pancaroba, barulah dapat memeluk Islam. Bapa saudara Nabi SAW yang menjaga baginda juga ditakdirkan tidak masuk Islam. Jadi, keIslaman kita ini patut dihargai dan tidak dibuang sebegitu saja.

Lina Joy sebenarnya sudah mula menerima akibatnya. Rakan-rakannya sudah melarikan diri. Dia juga kehilangan kerja kerana pelanggannya membatalkan pembelian kerana dia telah lari daripada agama islam. Pastinya hidup Lina Joy tidak tenteram dan dia sudah pasti tidak akan bebas lagi berjalan di bumi Malaysia kerana bimbangkan keselamatannya dan mungkin dicekup pihak berkuasa syariah. Orang tuanya juga tidak merestui tindakannya keluar Islam dan Mak Som, ibunya, hanya mampu berdoa supaya dia kembali ke pangkal jalan.

Kembali Azlina Jailani ke jalan asalmu, selagi hayat dikandung badan. Peluang masih ada buatmu. Ingatlah kamu diperalatkan oleh musuh-musuh Islam. Nikmat dunia yang terlihat hanya sementara.

Kepada mereka yang tidak berpuas hati dengan penghakiman ini, terimalah dengan hati terbuka. Sebelum mengkritik (banyak hentaman dibuat di Internet sekarang ini), dalami ilmu ajaran Islam dahulu sebelum menghentam. Isu ini berkaitan seseorang yang beragama Islam yang tertakluk kepada hukum Islam kerana dia Islam. Islam tidak membenarkan penganutnya murtad. Kebebasan beragama di sini adalah orang yang bukan Islam bebas mengamalkan ajaran agamanya dan tiada paksaan untuk masuk Islam. Jadi, bukan bererti kebebasan beragama itu adalah kebebasan untuk tidak mengikut ajaran agama. Dalam Islam tiada paksaan iaitu untuk masuk Islam tetapi jika sudah Islam, segala hukum Islam mesti dipatuhi.

Tag:

30 Mei 2007

Tevez To Bring Title

Daily Mirror today reports that Hernan Crespo said whoever signs Carlos Tevez from West Ham will win the Premier League. Crespo is confident that Tevez, who helped West Ham fought relegation, has the quality to bring the title to the club he will sign.

Tevez has become number one target, of course, by Liverpool. Will Liverpool win the title next year? Probably yes, with Tevez. It's so obvious that Liverpool need a lethal striker who can convert every chances in front of goal. Since Micheal Owen left, who was leaving to win Champions League but then Liverpool won after he left, no one could be better than him.

Signing Tevez and Owen could be a dream comes true.

27 Mei 2007

Adakah Senaman Perlu?

Pagi tadi aku keluar awal ke Mid Valley untuk ke gim. Pagi Ahad merupakan waktu kegemaranku kerana jalan tidak sesak dan orang masih belum keluar. Aku ini terbalik daripada orang lain. Tatkala orang lain bersesak-sesak mahu ke tempat kerja di waktu pagi, aku hanya duduk di rumah melihat kenderaan bumper-to-bumper di lebuhraya berhampiran pangsapuriku.

Ini adalah kali pertama aku ke sini. Kelihatan agak berlainan suasana di sini. Banyak orang baru atau 'amatur' yang datang bersenam di sini. Badan masih berisi dan perut almaklum.. masih 'double-bass'. Tidak seperti di gim yang selalu aku pergi, pengunjungnya adalah orang yang dah biasa bersenam di gim dan agak ramai juga 'otai-otai' di sana. Kalau tengok susuk badan mereka, memang rasa jeleous..

Aku terfikir kenapa orang bandar terpaksa berbelanja beribu-ribu Ringgit untuk bersenam dan mengekalkan tahap kesihatan. Lihat saja orang kampung, mereka tidak perlu semua itu. Bak kata Piee, "Orang bodoh saja duk kayuh basikal bodoh ni.."

Sedang aku bersenam tadi, aku menonton National Geographic Channel. Rangkaian ini menjadi tumpuan kerana ada sarikata. Di gim, TV tiada suara kecuali menggunakan pemain MP3 atau radio untuk mendengar suaranya. Jadi, dengan adanya sarikata itu, yang tidak menggunakan penerima suara tersebut memilih untuk menontonnya.

Dokumentari kali ini berkenaan keretapi di Mumbai, India. Keretapi itu adalah yang tersesak di dunia. Seorang pengguna yang menggunakan perkhidmatan keretapi itu menyatakan berasak-asak di waktu puncak untuk menaiki keretapi umpama membuat senaman di gim. Aku tergelak kecil. Beberapa orang yang berada di sebelahku juga tertawa kecil.

Dua hari lepas, aku ke Zoo Negara (buat kali pertama kerana terpaksa.. he he..) Aku melihat susuk badan seorang brader Indon yang berkerja di situ. Sasa. Tidak perlu bersusah payah ke gim.

Bab makanan, orang bandar juga sangat sensitif. Makan nasi lebih sikit, badan senang sangat naik. Orang kampung makan nasi banyak tapi tidak gemuk-gemuk juga. Ada yang menyalahkan cara masakan. Contohnya masakan Melayu. Katanya masakan Melayu tidak menyihatkan kerana menggunakan banyak minyak, banyak santan dan dimasak terlalu lama seperti rendang.

Tetapi tidak adil juga menyalahkan cara masakan. Orang Melayu dulu rata-ratanya petani, nelayan dan juga suka berkelana. Mereka perlu makan makanan yang banyak kalori untuk membekalkan tenaga.

Kita pula sekarang terlalu selesa dengan kehidupan kita. Sepanjang masa duduk di dalam suasana berhawa dingin termasuklah di dalam kereta. Di pejabat pula, hanya duduk di kerusi empuk tanpa banyak bergerak. Jadi makan makanan seperti Nasi Lemak memang tidak sesuai. Kalau mahu makan juga, kurangkan porsinya.

Melihat gaya hidup bandar, memang senaman sangat perlu. Satu contoh untuk bersenam tanpa ke gim, cuba gunakan tangga. Naik dua-tiga tingkat sudah cukup. Kalau yang berkereta sendiri, sekali-sekala cuba menaiki pengangkutan awam. Seperti di Mumbai tadi, berasak-asak di waktu puncak laksana bersenam di gim... :)

19 Mei 2007

Papan Tanda Bahasa Inggeris?



Aku terbaca satu surat kepada sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris berkenaan papan tanda di Terowong SMART yang baru dibuka itu. Katanya 'Sila Nyalakan Lampu' itu patut juga dipaparkan di dalam Bahasa Inggeris. Alasannya untuk memudahkan pelancong luar memandu lebih-lebih lagi bersempena Tahun Melawat Malaysia 2007 ini.

Jika diteliti, adakah cadangan ini praktikal? Dibandingkan dengan berjuta-juta kenderaan milik rakyat Malaysia di atas jalanraya, berapa banyakkah rakyat asing yang memandu? Aku rasa tidak sampai 0.5% pun.

Aku juga pernah diajukan persoalan sama oleh warga Singapura yang sering memandu ke sini yang mengatakan kenapa papan tanda jalan raya di Malaysia tidak diterjemah ke Bahasa Inggeris supaya mudah untuk mereka memahaminya. Bagiku, cadangan ini langsung tidak boleh dipersetujui dan tidak praktikal juga.

Selain secara terus meminggirkan Bahasa Kebangsaan, ada berbagai-bagai alasan lain yang membuatkan cadangan ini tidak boleh diterima. Jika diterjemah ke Bahasa Inggeris buat hanya memenuhi segelintir pemandu dari negara pulau itu, rakyat Malaysia terutamanya orang-orang kampung akan terjejas. Aku kira lebih 60% rakyat negara ini tidak boleh berbahasa Inggeris.

Di kampung-kampung, penguasaan Bahasa Inggeris sangat lemah kerana tiada keperluan untuk bertutur bahasa itu. Sungguhpun ada beberapa perkataan yang sudah diserap ke bahasa tempatan, bukanlah seseorang dapat bertutur dengan lancar. Untuk pengetahuan, di Pantai Timur, ada beberapa perkataan Inggeris yang menjadi perkataan harian seperti 'gostan' atau undur ke belakang yang berasal daripada perkataan go stern. Selain itu, ada juga 'gohed' atau jalan ke depan yang berasal daripada go ahead. Contoh lain ialah baut (round about) dan kona (corner). Pun begitu, bukanlah ini bererti mereka mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Jalanraya bersangkutan dengan aspek keselamatan. Bayangkan mereka yang tidak faham bahasa Inggeris bakal mengikut arahan yang salah dan bakal mengundang padah. Jadi, dengan peratusan tinggi yang tidak faham Bahasa Inggeris itu, isu keselamatan juga merupakan satu alasan untuk tidak menuruti cadangan itu.

Berbalik kepada cadangan di terowong tadi, jika ini dipratikkan, sudah tentu tempat-tempat lain juga mahu diterjemah ke Bahasa Inggeris juga.

Penulis surat itu tidak pula memberikan contoh spesifik, daripada pelancong mana cadangan itu diutarakan. Atau mungkin cadangan itu daripada penulis itu sendiri kerana dia lebih gemar berbahasa Inggeris?

Di Malaysia, terdapat segolongan terutamanya di bandar-bandar besar yang tidak bertutur dalam bahasa ibunda tetapi bertutur dalam Bahasa Inggeris. Mereka mahu keadaan sekeliling mereka dalam suasana 'English'. Mereka ini adalah orang-orang kaya dan sangat berkuasa. Dengan pengaruh yang ada, kewujudan mereka seolah-olah menggambarkan majoriti rakyat Malaysia.

Mereka ini mahu semua benda dalam Bahasa Inggeris. Apa saja yang ada dalam Bahasa Kebangsaan mahu diterjemah ke Bahasa Inggeris. Aku sendiri pun kadang-kadang terkeliru dengan istilah-istilah mereka ini. Contohnya kependekan atau abreviasi. Umum mengenali Jabatan Pengangkutan Jalan sebagai JPJ tetapi mereka mengenalinya sebagai RTD iaitu Road Transport Department. Ramai orang juga tahu JKR itu Jabatan Kerja Raya (Sammy Vellu...) tetapi mereka panggil PWD - Public Work Department. Hari itu, aku dengar perkataan MU. Yang aku tahu MU itu hanya Manchester United (ceh!) tetapi akhirnya aku tahu MU itu adalah Malaya University. Bukankah sepatutnya UM iaitu Universiti Malaya? Keliru aku dibuatnya.

Bagiku, kependekan ini tak perlu diterjemah. Cukup sekadar mengekalkannya dalam istilah asal tetapi nama penuhnya boleh diterjemah. Contohnya UEFA yang nama penuhnya bukanlah bahasa Inggeris tetapi masih dikekalkan sebagai UEFA. Dalam konteks Malaysia, sepatutnya ditulis Road Transport Department (JPJ) ataupun Public Work Department (JKR).

Jika cadangan itu diutarakan atas dasar ketidakselesaan ataupun ketidakfasihan berbahasa Kebangsaan tetapi beralasan untuk orang luar, alangkah jelek dan jengkelnya pemikiran mereka. Banyak lagi saranan yang kulihat beralasan sempena Tahun Melawat Malaysia ini diajukan ke pihak akhbar.

Tidak syak lagi Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa semesta di dunia hari ini dan sangat penting untuk berkomunikasi dengan orang luar. Namun mempunyai identiti sendiri iaitu mampu bertutur dalam Bahasa Kebangsaan juga penting. Seharusnya dua perkara itu perlu seiring.

Pihak kerajaan yang membuat laman dwibahasa untuk transaksi untuk rakyat Malaysia saja juga menggambarkan realiti di Malaysia. Ada rakyat yang tidak tahu bertutur dalam Bahasa Kebangsaan. Buat laman dalam Bahasa Inggeris untuk kemudahan pelancong asing? Come on lah, rakyat asing bukannya boleh memohon MyKad!

Bak kata jurulatih di gimnasium, "Pantang betul aku orang Malaysia tak boleh cakap Bahasa Malaysia!"

14 Mei 2007

Terowong SMART Akhirnya Dibuka

Hari ini, terowong Stormwater Management and Road Tunnel (SMART) akhirnya dibuka kepada lalulintas setelah tertangguh beberapa kali. Ini merupakan satu lambang arkitektural Kuala Lumpur yang terbaru dan pernah disiarkan di Discovery Channel. Terowong ini mempunyai dua kegunaan iaitu untuk laluan air bagi menghalang banjir dan juga digunakan sebagai laluan lebuhraya dua tingkat.

Pada paginya, aku mahu ke sana tetapi kerana lambat ke destinasiku, aku batalkan saja. Namun setelah pulang lambat dari kerja, aku melencong ke arah Selatan dan memasuki Terowong SMART. Dari Utara, terowong ini boleh dimasuki dari Jalan Tun Razak berhampiran Menara RHB/Bulatan Kg. Pandan atau dari Jalan Sultan Ismail (Bukit Bintang). Terowong ini tembus di Lebuhraya KL-Seremban berhampiran TUDM Sungai Besi.

Agak seronok memandu di sini kerana semua orang santai menikmati suasana terowong. Perjalanan lancar tetapi terowong ini bukanlah lurus kerana terpaksa melalui laluan bawah tanah KL yang penuh dengan cerucuk bangunan tinggi itu. Sebab itulah kelajuannya hanya 60 km/j. Buat bulan pertama, tol dikecualikan tetapi untuk bulan seterusnya, bayaran tol masih belum diputuskan. Semua orang mengagak tol inilah yang paling mahal di KL...

Apabila keluar, terdapat plaza-plaza tol. Kerana masih dalam percubaan, pemilik kereta terutamanya yang menggunakan Touch&Go dan SmartTAG masih perlu menggunakan kad Touch&Go. Walau bagaimanapun, nilai tidak ditolak kerana laluan masih percuma.

Aku membuat pusingan U di simpang ke Cheras/Taman Desa dan masuk semula ke Terowong SMART mengarah ke Utara. Di dalam terowong, dipaparkan frekuensi radio-radio tempatan sebagai langkah untuk pemandu mengetahui laporan terkini keadaan terowong. Almaklum, terowong ini mempunyai dua tujuan dan salah satunya untuk mengalirkan air bah. Jikalau hujan terlalu lebat, laluan lebuhraya ditutup dan air akan melimpah masuk. Dalam keadaan kecemasan, ada tangga untuk naik ke atas. Kuharap janganlah berlaku keadaan di mana kereta terpaksa ditinggalkan kerana air sudah mula masuk. Nampaknya pengguna terowong terpaksa menambah insurans bencana alam...

Sebelum di hujung satu lagi, laluan terowong terpecah dua. Satu ke arah Jalan Tun Razak dan satu lagi ke arah Jalan Sultan Ismail. Aku melencong ke arah Jalan Sultan Ismail. Terowong ini dihubungkan dengan simpang lampu isyarat Jalan Imbi/Jalan Pudu dan Jalan Sultan Ismail berhampiran Berjaya Times Square. Jadi untuk kaki-kaki shopping, agak mudah sekarang untuk ke sana.


Laluan masuk ke Terowong SMART dari arah Utara.


Pandangan di dalam terowong.


Lagi pandangan di dalam terowong.


Masih belum dikenakan tol.


Laluan masuk dari arah Selatan.

Tag: , ,

13 Mei 2007

Amy Mastura - Cinta

Video klip terbaru daripada Amy Mastura yang bertajuk Cinta. Satu lagu yang catchy. Happy birthday untuk Amy pada 10 Mei lepas ...dan hari itu juga hari lahirku... ;-)


Terima kasih buat GuitarOfRock yang memuat naik video ini.

10 Mei 2007

TMM 2007 - Satu Kegagalan?

Ku dah beberapa hari 'merayap' di pusat membeli-belah ternama KL selepas berkerja kerana menemani seorang kawan dari Sarawak membeli-belah.

Kudapati tidak ramai orang yang datang membeli-belah. Kedai-kedai banyak yang lengang. Yang ada hanyalah wajah-wajah tempatan. Tidak ada wajah orang asing. Bukankah tahun ini Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2007? Sepatutnya ramai orang luar datang ke sini. Adakah ini satu kegagalan?

Aku rasa ya. Di samping rakyat tempatan yang masih lagi hari ini merasai kenaikan semua benda terutamanya minyak dan cuba mengikat perut, pelancong asing nampaknya juga tidak mahu berkunjung ke sini. Aku lihat bas dua tingkat Hop In Hop Off KL itu bagaikan tiada penumpang. Hari itu, kulihat hanya seorang penumpang saja.

Di mana silapnya? Maklumbalas buruk tentang Malaysia juga merupakan antara faktor. Paling jelek ialah tandas. Usahkan tandas awam di tepi-tepi pantai atau stesen-stesen bas, tandas di Suria KLCC pun kadang-kadang kotor. Kita tidak boleh menyalahkan pihak pengurusan seratus peratus tetapi pengguna sendiri patut memainkan peranan. Mereka menggunakan kemudahan kelas pertama tetapi mentaliti masih di takuk dunia ketiga. Ada yang mencangkung di atas tempat duduk tandas dan paling teruk ada yang memakai tapak kasut keras dan mencalar tempat duduk tandas. Ada yang tidak tahu menggunakan tandas dan kencing ke atas tempat duduk.

Teksi juga antara faktor lain. Baru sampai saja ke KLIA, sudah ramai 'ulat-ulat' menunggu. Teksi yang sah pula kalau boleh mahu caj maksimum terhadap penumpang. Sudahlah keadaan teksi yang tidak terurus dan berbau tidak enak, mahu pula mengenakan caj lebih terhadap penumpang. Ada yang tidak menghormati penumpang dengan menghisap rokok dan membuka tingkap. Penumpang yang kepanasan di belakang pasti marah.

Kalau memandu di lebuhraya, teksilah yang paling laju. Syarikatku pula sudah mengharamkan penggunaan teksi dari/ke KLIA. Seorang pekerja dari China telah terlibat dalam kemalangan semasa menaiki teksi ke KLIA. Puncanya teksi dipandu laju. Dia dimasukkan ke ICU kerana pendarahan otak. Jadi sekarang ini, cara lebih selamat dan cepat ialah menaiki KLIA Ekspres.

Masalah teksi ini memerlukan pendekatan lebih mapan iaitu tindakan dari pihak atasan. Teksi lapuk model Proton yang dah bertahun di jalanan itu patut ditukar. Model yang lebih besar dan luas patut dibuat khas untuk teksi-teksi di Malaysia. Sekurang-kurangnya Proton masih boleh bernafas dengan menjual model-model teksi daripada menunggu pengguna persendirian yang kebanyakannya sudah sama sekali hilang kepercayaan terhadap Proton yang dulunya mengambil mudah citarasa pengguna tempatan.

Tambang teksi mungkin juga perlu dikaji. Jika perlu untuk dinaikkan, kenaikan haruslah sejajar dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Perjalanan haruslah selesa. Tiada lagi pemandu yang mahu menipu atau memilih lokasi perjalanan.

Penguatkuasaan? Masalah ini takkan berakhir selagi ada campur tangan politik. Lebih-lebih lagi sudah dekat pilihanraya ini...

Antara masalah lain yang pernah dikupas, sila rujuk entri terdahulu:
Ada Apa Dengan Malaysia?

04 Mei 2007

Dengar Radio

Aku kadang-kadang menumpang kereta orang lain untuk menyelesaikan kerjaku. Orang itu terdiri dari pelbagai bangsa.

Satu perkara yang kusedari ialah jika pemandu atau pemilik kereta itu yang bukan orang Melayu, mereka akan cuba menalakan frekuensi radionya ke stesen lagu-lagu Inggeris. Aku tak kisah jika mereka memang hendak dengar lagu Inggeris tetapi hakikatnya mereka bukannya peminat lagu Inggeris pun. Ini kerana apabila mula-mula membuka radio, terdengar stesen radio bahasa lain yang dia dengari sebelum ini, sebelum ditalakan ke stesen radio Inggeris.

Persoalannya ialah kenapa lagu Inggeris menjadi pilihan 'neutral' di sini. Kalau mahu menyenangkan hatiku, kenapa tidak dipasang saja stesen-stesen radio Melayu kerana aku ini lebih suka mendengar stesen radio Melayu.

Atau tak perlulah pasang radio Inggeris. Pasang saja stesen berbahasa lain yang gemar didengari seperti Bahasa Cina. Aku pun dengar juga Qing Fei De Yi atau Ku Juga Mencintaimu itu. Aku ini kadang-kadang menukar selera mendengar lagu-lagu Cina. Ada yang sedap didengar walaupun tak faham. Dulu, untuk menghilangkan mengantuk semasa memandu di waktu malam, aku pasang saja radio Tamil. Sampai orang di sebelahku tak dapat tidur... Ha.. ha..

02 Mei 2007

Viva Liverpool!!!



Yes, Liverpool are in the final again!!!

Reina, you were the hero! What a fantastic goalkeeping! Liverpool have won penalties 4-1 after extra time on 1-1 aggregate.

OK, see you Milan in final. My bet is Milan will win 1-0 against Man U...

Related post:
Viva Liverpool, But Please Forgive Me...

01 Mei 2007

Singapore Revisit Part II

April 20, 2007

While walking down from Immigration Complex, I saw a bus waiting but I had to go to gents first. Had to offload after one-and-half-hour waiting. After going out of the toilet, I missed the bus and had to wait until another bus heading to Kranji came.

Inside the bus, I found only a handful of passengers. Not many compared to the ones queuing at the immigration. Yes, I realised that they were all tourists who came here on package. I heard some of them making loud noise there. Probably they didn't know how to fill in the immigration form. Thought they are from China looking at their faces as well as hearing to their Mandarin dialect.

The bus reached Kranji MRT Station after few minutes. One thing I noticed while in Singapore was its faster escalators. Unlike in KL, all things here moved very fast. This was important especially during rush hours. I remembered while at Masjid Jamek interchange in KL, which I seldom be there, escalators were so slow. I had to walk on one of the escalators in order to keep the same speed as I walked. Couldn't imagine when people rush every morning there.

While in the MRT, an announcement was heard informing passengers that the MRT would stop at Ang Mo Kio. Anything happened to this MRT or any problem with the rail upfront? Last time, I had to stop at Toa Payoh as the train finished its service there and resumed to Orchard by taking a taxi. Hoped that this was not deja vu again.

When the train stopped at Ang Mo Kio, the driver made another announcement to ensure everybody went out and then turned off the lights. Not sure of what was happening, I asked a staff there. He explained that the train was due for service and I could take another train. Sigh, relieved.

Now I decided that one of my plans had to be called off. I didn't think that before midnight I managed to go to Orchard, then off to Singapore River to take pictures and lastly went for late shopping at Mustafa Centre.

I reached Orchard at 8.40PM and had only about 20 minutes for shopping. Here in Singapore, most shops close at 9.00PM, unlike Malaysia, which most of them close at 10.00PM. I only managed to go to Takeshimaya but I liked items sold there since they were not easily found elsewhere. After that, I went for a quick dinner at KFC. For those who are not familiar in Singapore, almost all fast food chains here are halal. So, there's no problem with foods in Singapore.

It's now 10.00PM. I was not sure if I still had time to go to Mustafa Centre. Of course, I had to cancel my plan to Singapore River now although I brought along my camera and a tripod. Sigh, another plan to be there had to be called off... I just walked along Orchard Road while thinking if I should go to Mustafa Centre or not.

One thing I always noticed when I'm at Orchard Road was dressing. Youths here were so advanced in term of fashion and always wore the latest one. When I looked at my dressing, I was sure that I was a little bit out of date. You could easily identify if someone was really a Singaporean or not. I bet you could easily identify rich Jakarta people coming to shop here... This was always not the case in KL unless you could easily identify Bangladeshis with their striking-colour, long sleeve shirts.

Finally I made up my mind I should go to Mustafa Centre. I only had one hour for quick shopping including traveling time so that by 11.00PM, I could take MRT back to Kranji. Hopefully I would not end up taking taxi to Woodlands which I was sure included midnight surcharge. Imagine if it's converted to Ringgit...

From Sommerset MRT, which was not far from Orchard station, I boarded at Dobby Ghaut interchange. The interchange here was more comfortable and spacey if we were to compare with Masjid Jamek interchange in KL. It's located underground and was well lid. I hoped that Masjid Jamek interchange would be renovated like this one day. So did KL Monorel Station at KL Sentral. Hope the authority will somehow extend the rail into KL Sentral building. If not, don't call it KL Sentral Station, just call it Brickfields Station!

From there, I took Seranggoon line and finally stopped at Farrer Park, which was very near to Mustafa Centre. As usual, I could really feel that this was real Little India as there were a lot of Indian descendants including Banglas here. Even you don't really feel Malay atmosphere when you are in Geylang, for example, compared to here.

At Mustafa Centre, I just wanted to buy few Indian food such as pappadums and halwa as well as few other things. I had no time to look for other items which I was sure real shoppers could easily spend a night here! Mustafa Centre actually opens 24 hours.

By the time I finished shopping, it was 11.15PM already. I had to rush back. While I was walking back to the MRT station, I saw few bunches of Banglas quarrelling at a field in front of Mustafa Centre. Hmm, when they were too many here, they just could do anything...

When I was in MRT, unluckily I couldn't find any seat. When the train just arrived, I saw a lot of empty seats but somehow I couldn't get any of them. Nevermind, another drill perhaps. I was just standing up until Sembawang and then reached Kranji after a short while. It's now 12.15AM and I was relieved as I arrived on time. The last bus was about 12.30AM. I liked the bus driver here as he didn't rush although he was about to finish his job. He tried to get everybody to be in the bus when he saw few passengers were running from far to catch the bus and yet there were still few buses coming at later time.

Going out of Singapore was pretty fast and Immigration officers just endorsed passports without having to go into detail. Finally I reached JB at 12.45AM. What a short but useful journey. Before going back to the hotel, I dropped by at a Mamak restaurant and have drink first.

Now I could feel the difference between Singapore and KL after long time not coming to Singapore and now staying in KL. Not much differences except public transportation system and customer service. How messy transportation in KL compared to Singapore when one could even afford not to have a car in Singapore. Mustafa Centre could afford to hire staff just to greet customers at the main entrance. Cashiers at shopping complex could also accept credit card for SG$10 without any question. No minimum RM50 here!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...