09 Januari 2008

Vincci atau 'Vinsi'?

Seringkali orang salah menyebut Vincci, sebuah kedai kasut popular, sebagai 'Vinsi'. MengInggeriskan perkataan Itali ini adalah salah. C dalam perkataan Vincci sepatutnya disebut seperti c dalam perkataan Melayu seperti cacing atau c dalam perkataan Inggeris, chair.

Di dalam bahasa Itali, apabila c bertemu i atau e, ia patut disebut seperti c di dalam cacing atau chair tadi. Ci menjadi ci, bukannya ki dan ce sepatutnya disebut sebagai ce, bukannya ke.

Sebaliknya, chi menjadi ki, bukannya ci dan che menjadi ke, bukannya ce. Apabila c bertemu huruf vokal lain seperti a, o dan u, maka sebutannya seperti bahasa Inggeris iaitu ka, ko dan ku.

Berikut adalah beberapa contoh sebutan yang betul dan salah:

Christian Panucci sepatutnya Kristian Panucci, bukannya Kristian Panusi
Francesco Totti sepatutnya Francesko Totti, bukannya Fransesko Totti
Vicenza sepatutnya Vicenza, bukannya Visenza
Biancchi sepatutnya Bianki, bukannya Bianci
Gianluca Curci sepatutnya Jianluka Kurci, bukannya Jianluka Kursi

3 ulasan:

  1. jom plan gi jalan awal bulan 3...3,4,5,6 haribulan ok gok.......

    deli
    adly_ismail@yahoo.com

    BalasPadam
  2. lama akutak singgah kat sini. hehe :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...