24 Mei 2008

Pelangi

Menurut kata orang-orang tua, tatkala pelangi muncul, kononnya di kaki pelangi itu pastinya mencecah air kerana adanya binatang seperti pelanduk sedang minum air. Sebab itulah apabila pelangi muncul, selalunya dikatakan pelangi sedang minum air.

Nama negeri Terengganu itu sendiri dikatakan berasal daripada pelangi. Ganu pada nama Terengganu itu bererti pelangi dalam loghat setempat. Pada zaman dahulu, di kejauhan, di mana terletaknya Terenggahu hari ini, dikatakan nampak pelangi yang sangat terang. Disebutkan tempat itu sebagai terang ganu yang bererti terang pelangi dan akhirnya diubah sebut menjadi Terengganu.

Dalam beberapa kali yang lepas sewaktu aku melihat pelangi, kudapati hujung pelangi itu memang berada di punca air. Sedang kumemandu di Lebuhraya Karak tatkala hujan panas, kudapati pelangi itu mencecah sebatang anak sungai yang mengalir di tepi lebuhraya. Betulkah kata-kata orang tua itu?

Manakala semasa berada di anjung apartmenku, tatkala hujan renyai-renyai di waktu petang, aku berjaya merakam gambar pelangi yang mana hujungnya mencecah kolam takungan (mmm.. septik sebenarnya..). Adakah benar kata-kata orang tua itu?

Entahlah. Namun dari segi penjelasan saintifiknya, pelangi terjadi apabila cahaya matahari yang putih terpecah kepada komponen-komponennya yang multirona setelah memasuki kawasan yang berketumpatan berlainan. Contohnya dari udara biasa ke celahan titis hujan renyai-renyai ataupun dari air ke minyak. Apabila ini terjadi, maka terjadi tujuh warna pelangi.

1 ulasan:

  1. thanx sebab singgah fp saya ... owh! x ader la saya kena sponsor dgn animal planet ... suka2 je tu =)

    http://canonshooter.fotopages.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...