28 September 2008

Terawih Lapan Atau Dua Puluh?

Seringkali bercakap tentang sembahyang terawih di bulan Ramadan ini, kita bertanyakan berapa rakaat sembahyang yang dibuat. Tidak kurang juga yang bertanyakan pukul berapa sembahyang habis. Yang habis cepat itulah yang mahu disertai bersama. Pengalamanku di Ramadan ini pula, aku telah melalui pelbagai agenda bersolat terawih ini.

Di awal Ramadan, aku telah bersembahyang di salah sebuah sebuah IPT di Pantai Timur. Rakaatnya bukan main lama kerana seorang hafiz yang mengimami solat. Terasa keras dan tegang betis-betisku ini. Walaupun hanya membuat lapan rakaat, jangka masanya lama seolah-olah 20 rakaat. Pukul 10.30 baru habis. Setelah habis lapan rakaat, diadakan pula tazkirah sebelum diakhiri dengan solat sunat witir.

Di masjid USJ Taipan pula, saban tahun berduyun-duyun jemaah tidak lupa menyertai solat terawih di situ sehinggakan beribu Ringgit mampu dikumpul setiap malam. (Aku pula terfikir kalau mahu kuderma, baik kusalurkan saja ke masjid-masjid lain yang lebih daif..) Bacaannya panjang namun mengasyikkan. Aku pula setelah sepetang memandu jauh, tidak mampu kuhabiskan 20 rakaat di sana. Lapan sudah cukup melenguhkan kaki. Bagi budak-budak muda yang tidak tahan, 6 rakaat sudah keluar.

Di sebuah surau di Wangsa Maju, sembahyang terawihnya agak lambat habis. Pukul 11.00 malam baru selesai. Sembahyang Isyak dimulakan agak lambat dan diteruskan dengan tazkirah sebelum sembahyang terawih bermula.
Di masjid berhampiran rumahku pula. Bacaannya biasa saja. Jam 9.30 sudah habis lapan, 10.30 habislah 2o rakaat. Kalau di rumah lama, seusai lapan rakaat, diadakan tazkirah oleh ustaz jemputan. Pun begitu, jangka masanya tidak lama kerana bacaannya sederhana saja.

Apa-apapun, bersembahyang lapan ataupun 20, itu bukanlah isu yang besar kerana junjungan Rasulullah SAW pernah melakukan kedua-duanya. Pergi ke masjid-masjid atau surau-surau untuk bersembahyang adalah lebih baik daripada duduk di rumah menonton TV ataupun menghabiskan masa ke pusat membeli belah membeli barangan persiapan raya yang melebihi keperluan. Apalagi, di malam-malam sepuluh terakhir ini, marilah kita gandakan amal ibadah kerana Ramadan tahun depan belum tentu lagi kita dapat merasainya. Teringat Mat-Mat Bangla mengaji Al-Quran di bangku sebuah taman di Pekan Nenas, Johor tatkala masa rehat tengah hari…

5 ulasan:

  1. weh mane ade terawih 21 rakaat. biasanya org buat lapan +1 @3 witir. atau buat 20 +1@3witir... mu ni buat malu ahli jemaah je, terutama lan.huhuhuhu

    BalasPadam
  2. mu ni gok.. sian lan.. dok pasal2 kena kutuk dlm blog aku..

    BalasPadam
  3. mane aku kutuk.... puji ape? ahli jemaah tu... mu buat malu dia sebagai jemaah kanan kat utp... terawih 21? berat2

    tadi baru aku call dia... huhuhuhu...

    BalasPadam
  4. ha ha ha ha... ya la.. salah.. mung ni gok.. aku betul doh 20 tu..

    BalasPadam
  5. maksud deli tu buat malu aku...sebab aku ni kan ahli jemaah. jadi deli yg buat malu ahli jemaah macam aku.
    skg ni selalu datang miri..sebab kat brunei takde apa...baca lah cerita impian deli kat kisahdeli.blogspot...kahakahkha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...