27 Februari 2008

Pilihanraya Umum (PRU) 2008

Lebih seminggu lagi kita nak berpilihanraya pada 8 Mac. Aku pun tak sabar-sabar lagi nak pulang ke kampung untuk mengundi calon pilihanku.

Kuingin berkongsi pendapat di sini tentang calon mana yang patut kita pangkah. Adakah kita patut memangkah:

1. Calon yang mungkin bakal membolot hasil negeri untuk kepentingan peribadi?

2. Calon yang mungkin hampir muflis atau sudahpun muflis... kerana jawatan yang bakal disandang bakal digunakan untuk menghasilkan duit dan mungkin membuat lebih banyak hutang?!

3. Calon yang hanya menumpukan satu saja aspek iaitu pembangunan? Di mana aspek lain seperti agama, keselamatan dan keadilan?

4. Calon yang menjanjikan kebendaan tetapi kebendaan itu tidak digunakan sepenuhnya? Contohnya masjid yang besar tetapi tidak diimarahkan. Mungkin calon itu membina masjid tetapi tidak nampak batang hidung calon itu bersembahyang di situ, apa lagi mengharapkan dia tampil lima kali sehari!

5. Calon yang mengejar jawatan atas dasar inginkan kuasa dan menambah kekayaan, bukannya atas dasar mahu berkhidmat atau atas dasar jawatan itu suatu amanah?

Jadi, pilihlah calon yang bakal membawa keadilan dan kesejahteraan kepada anda. Jangan pilih calon yang membawa kezaliman, penindasan dan kerakusan. Orang yang paling bijak adalah orang yang memilih calon yang memberi timbal balas di atas undiannya. Bijak di sini tidak kira baik atau buruk. Yang baik memilih calon yang adil. Yang buruk memilih calon yang bakal memberinya kedudukan dan kesenangan, tapi orang ini bijak...

Dalam banyak-banyak orang, jangan jadi orang seperti ini. Orang ini adalah orang yang paling dungu! Dia tiada kepentingan di dalam mana-mana parti politik tetapi dia memangkah orang yang membawa kezaliman dan ketidakadilan. Orang ini tidak mendapat apa-apa. Yang dia dapat hanyalah keburukan. Berbanding orang yang berperangai buruk yang bijak di atas, iaitu contohnya memangkah calon yang bakal memberinya projek jutaan Ringgit, orang yang tiada kepentingan ini adalah orang yang paling malang di dunia ini. Jangan kerana sehelai kain pelikat atau sehelai kain batik atau sejumlah wang sebesar zarah berjumlah RM50 berbanding berbilion Ringgit yang bakal calon prolehi, anda menjadi orang paling bodoh.

Jadi, janganlah menjadi orang dungu tersebut. Lantak pi lah orang yang jahat tapi bijak itu. Tapi kita harus bijak dan tidak menzalimi diri sendiri!

Berkenaan dakwat, ada beberapa cara untuk mengelat yang ku tak pasti sama ada berjaya atau tidak. Nanti akan kucuba - sapukan losyen pada kuku dan selepas dicalit dengan dakwat dan setelah habis memangkah, cuba basuh tangan dan lihat jika dakwat boleh hilang. Ataupun bagi perempuan yang suka mevarnis kuku yang tidak sah air sembahyang, pastinya dakwat itu hilang jika disapukan peluntur varnis kuku.

Tentunya para pengundi hantu sudahpun arif tentang hal ini. Tidak banyak ketelusan yang dapat diagak dengan pengenalan dakwat ini kerana secalit kecil pada permukaan kuku sahaja dilaksanakan. Ini tidak seperti di Indonesia, yang mana kumendapat peluang untuk melihat proses Pemilu 2004 dulu, di mana satu pertiga jari kelingking dicelup ke dalam dakwat. Agak sukar untuk dihilangkan memandangkan dakwat sudah masuk ke celah-celah kuku.

17 Februari 2008

Ketulusan Hati

Wo de Airen,

Zhe shi ni de qing ge...


Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

oooo

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Anuar Zain

Dengarkan lagu ini di Lagu Baru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...