28 Januari 2009

Gerhana Matahari

Jumaat lepas, khatib bercerita tentang gerhana matahari. Beliau bercerita tentang keajaiban alam ciptaan Allah ini dan kita sebagai umat Islam, adalah amat dituntut untuk mengerjakan solat sunat gerhana.

Aku tidak dapat menangkap bila tarikhnya (tak khusyuk dengar khutbah ni...) dan akhirnya apabila menonton siaran berita pada 26 Januari lalu, barulah aku tahu aku terlepas menyaksikan fenomena hebat itu. Namun, tidak mengapa kerana aku sedang dalam perjalanan ke Utara. Lagipun hari itu hujan agak lebat di sesetengah tempat semasa perjalanan.

Kawasan gerhana kali ini meliputi negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia, China dan Australia. Namun yang paling beruntung kali ini ialah Indonesia kerana gerhana penuh atau gerhana matahari cincin berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Gerhana cincin terhasil apabila keseluruhan bentuk bulat bulan menutupi keseluruhan bentuk bulat matahari. Cahaya matahari yang terselit di hujung bulatan bulan dan terpancar menghasilkan bentuk yang seakan-akan cincin. Pada masa ini, bulan berada di antara bumi dengan matahari.

Berikut adalah salah satu gambar gerhana matahari yang ditangkap di Bandar Lampung, Sumatera:


Gerhana matahari cincin yang terjadi di Bandar Lampung, Sumatera, Indonesia pada 26 Januari 2009. (Spaceweather.com: Miyagi Takafumi)


Rujukan: NASA

3 ulasan:

  1. Wak Kumis teksi singaporeKhamis, Januari 29, 2009 9:28:00 PG

    Kebesaran Allah tiada tandinganya.
    Wak Kumis singgah sebentar boleh kan.....

    BalasPadam
  2. >> inilah bukti kekuasaan Allah bagi mereka yg ingin berfikir...
    >> sayang sekali saya terlepas menyaksikannya walaupun dari awal dah planning bagus punya...

    BalasPadam
  3. Wak, no problem. Singgah selalu pun boleh.. :)
    Jeff, nak buat camne.. kita hanya mampu merancang..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...