08 Mac 2009

Lawatan ke Phuket @ Bukit Bhgn. I

12 Feb 2009

Pabila mendapat tahu tentang satu mesyuarat bakal diadakan di Phuket, tiada langsung keterujaan. Mungkin kerana dekat. Lagipun kalau AirAsia, boleh pergi dengan sendiri. Lagi satu yang membuatkanku 'lemah semangat' ialah mesyuarat bakal berterusan sehingga ke hari Sabtu. Mana boleh, aku ada urusanku sendiri pada hujung minggu. Namun, ada juga sesuatu yang begitu kuat menarikku ke sana. Nantikan. Bacakan.

Kali ini kuceritakan serba sedikit tentang Phuket dan sejarahnya. Phuket adalah pulau terbesar di Thailand yang bersaiz lebih kurang saiz pulau Singapura. Pulau Phuket dihubungkan dengan sebuah jambatan ke tanah besar. Dulu, Phuket yang terletak di selatan Thai merupakan salah satu wilayah bebas yang diperintah sendiri oleh orang Melayu Islam di Selatan Thai. Nama Phuket terhasil daripada sebutan pelat Thai untuk 'bukit'. Dari kejauhan, pulau Phuket nampak seperti bukit dan sebab itulah ia dipanggil Bukit.

Sebenarnya, nama-nama wilayah dan tempat di Selatan Thai berasal daripada nama-nama Melayu. Setelah wilayah-wilayah ini jatuh ke tangan Siam, nama-namanya dipanggil di dalam bahasa Thai. Antaranya Satun daripada perkatan Setul, sejenis buat seperti manggis (mungkin perkataan KL ialah sentul), Songkhla daripada Singgora (perkataan Sanskrit bermaksud Kota Singa), Yala daripada perkataan Jala, Narathiwat diambil daripada Menara, Ranong (Rundung), Trang (Terang) dan Nakhon Si Thammarat (Bandar Sri Raja Dharma). Phattalung pula daripada perkataan Mardelong. Ada yang mengatakan daripada perkataan Petaling. Hanya Pattani yang bernama asal, iaitu hasil sebutan loghat tempatan yang sama dengan loghat Kelantan dan Terengganu, patta ni yang bermaksud pantai ini. Ada yang mengatakan Pattani berasal daripada perkataan Petani kerana banyak petani garam di situ dulu.

Dulu, Phuket juga dipanggil Tanjung Salang atau Thalaang di dalam pelat Thai. Orang Inggeris dan Perancis pada zaman dulu berebutkan Phuket yang kaya dengan timah. Pada masa itu Phuket dipanggil Cape Salang atau Junk Ceylon. Sebuah sekolah teknik berhampiran Lapangan Terbang Phuket menggunakan nama Thalaang ini manakala sebuah pusat membeli-belah baru di Patong menggunakan nama Junk Ceylon.

From Phuket Trip - Around Phuket

Phuket Karon..

From Phuket Trip - Around Phuket

atau Bukit Karon?

From Phuket Trip - Around Phuket

Junk Ceylon - pusat membeli-belah terkini di Patong, Phuket.


Sebenarnya aku terlupa untuk meminta tempat duduk tepi tingkat semasa daftar masuk ke pesawat. Tidak seperti kebiasaannya, aku tidak dapat mengambil gambar dari atas. Menurut rakan yang duduk di tepi tingkap, Pulau Langkawi juga kelihatan.

Kami bertolak pagi dan sampai ke sana lebih kurang sejam lebih. Setelah mendarat di sini, tidak kelihatan suasana Thai dengan rekabentuk bangunan ala Thai yang biasa kelihatan di Bangkok. Macam di Malaysia saja. Mungkin kerana pengaruh Malaysia kuat di selatan. Lagipun penduduk Melayu agak ramai di sini. Rumah-rumah dan bangunan-bangunan di luar juga tidak jauh rekabentuknya daripada di Malaysia.

From Phuket Trip - Around Phuket

Tanaman getah banyak terdapat di Phuket.

From Phuket Trip - Around Phuket

Rumah-rumah kedai di Phuket.

From Phuket Trip - Around Phuket

Pemandangan lazim di Thailand. Kabel-kabel elektrik berserabut dari tiang ke tiang. Tiada kabel bawah tanah.

From Phuket Trip - Around Phuket

Salah sebuah masjid di Phuket.


Mungkin salah satu kelemahan Phuket ialah kedudukan lapangan terbangnya yang jauh dari bandar dan kawasan pantai pelancongan. Lapangan terbangnya terletak di sebelah utara manakala kawasan pelancongan banyak terletak di sebelah selatan. Perjalanan kami dari lapangan terbang ke Movernpick Resort di Pantai Phuket Karon atau Pantai Bukit Karon di selatan memakan masa lebih satu jam, sama seperti perjalanan kami dari KL ke sini dengan kapal terbang.

..bersambung..

Sumber sejarah: Wikipedia

Entri berkaitan:
Pattani - Sejarah Yang Dilupakan
Selatan Thai Takkan Aman Selagi..

Lebih banyak entri berkenaan Thailand termasuk lawatan-lawatan ke Thailand di sini.

From Phuket Trip - Around Phuket

Van yang kami naiki untuk ke tempat penginapan penuh dengan aksesori dalaman termasuk lampu-lampu.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Kami menginap di Movernpick Resort.

7 ulasan:

  1. ooo baru cek tau sejarah phuket... kalau tak, cuma tau pulau phuket tu tempat piknik je... hehhehe

    RE: kami x p cherating, otw balik pahang tu yang nampak depa konvoi ramai2 p cherating... heheheh x kenai punnn....

    BalasPadam
  2. ke phuket lak eh kali ni..best2..tgk dunia! =]

    BalasPadam
  3. seronok nye ke tmpt org...

    sokmo jln aje..

    BalasPadam
  4. seronoknya la id akalu dpt jenjalan cam nih...dr satu tempat ke satu tempat....ok...tunggu destinasi selanjutnya plak...diri sendiri xlepas tp dpt gak nengok kat blog org..hehehe

    BalasPadam
  5. >> kalau dpt saya pun nak gak ke phukett...
    >> antara tempat yg agak cantik juga...

    BalasPadam
  6. Wah seronoknya jalan2 Phuket.

    Bila baca bab sejarah selatan Thai memang rasa sedih. Kerajaan Melayu di selatan Thai dah lenyap.

    BalasPadam
  7. oh..gitu rupanyer...
    baru ler tau cerita nyer...

    thanks coz kongsi ilmu kat sini...

    pic. pun cantik2 tu yang semua kat sini cantik aje..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...