19 Mac 2009

Lawatan ke Phuket @ Bukit Bhgn. II

Kami tinggal di Movernpick Resort di Phuket Karon Beach atau Pantai Bukit Karon. Seperti diperkatakan di dalam entri yang lepas, perjalanan ke sini dari lapangan terbang mengambil masa satu jam lebih. Aku pula bangun awal untuk ke KLIA dan di dalam pesawat pula tidak mengantuk, maka terasa amat letih ketika sampai ke sini.

Sudahlah terpaksa beratur panjang kerana rombongan kami agak ramai, bilik yang mahu diinap pula belum tersedia. Penyambut tetamu di situ mengesyorkanku makan tengah hari dahulu sementara menunggu bilikku siap. Aku berkeseorangan di situ namun ada juga seorang rakan lain yang biliknya juga masih belum disiap kemas. Kami makan dulu.

Makanan di sini walau bagaimanapun tidak banyak yang ala-ala Thai. Pertama kali makan tidak kelihatan langsung Tom Yam. Tidak seperti di Banglamphu dulu, setiap hari pasti ada Tom Yam. Resort ini milik orang Barat, jadi tidak terasa sangat ‘keThaian’nya. Pekerjanya pun ada yang berkulit putih meski jawatan yang bukan tertinggi.

Mesyuarat pula bermula jam 2 petang nanti. Betapa penatnya terasa. Tiada langsung waktu untuk berehat sejenak. Sejurus selepas makan, kami ke kaunter hadapan semula untuk mengambil kunci bilik kami. Nasib baik bilik kami tersedia pada waktu yang dijanjikan, iaitu selepas makan.

Resort ini agak luas dan mempunyai banyak bilik. Ada yang terletak di bangunan hotel yang bertingkat-tingkat yang biliknya seperti hotel biasa. Ada juga yang terletak di rumah-rumah resort yang terletak di taman menghijau yang besar juga keluasannya. Aku mendapat yang resort itu. Sungguh teruja aku.

Pun begitu, jarak dari lobi ke sana sememangnya jauh. Kami diberikan sebuah peta namun terlalu pening untuk aku membacanya. Jadi, kami mendapatkan bantuan sebuah buggy berkuasa elektrik untuk ke sana. Laluan ke resort sebenarnya sempit dan muat-muat untuk buggy tersebut. Sesekali berselisih dengan pejalan kaki, mereka terpaksa ke tepi. Sewaktu buggy itu bergerak ke destinasi, aku langsung tidak mengingati laluannya. Sangat berliku dan di sekeliling, semua rumah resort adalah sama.

Setelah meletakkan barang-barang di bilik masing-masing, kami ke lobi semula dengan buggy tadi. Kami terus ke dewan mesyuarat. Aku pula masih keletihan. Aku tidak mampu hendak menumpukan perhatian. Entah apa yang diperkatakan.

Malamnya selepas makan malam, aku terus balik ke bilik untuk tidur sementara kawan-kawan keluar berjalan di sekitar pantai.

..bersambung..

Entri terdahulu:
Lawatan ke Phuket @ Bukit Bhgn. I



From Phuket Trip - Movernpick Resort

Movernpick Resort, Phuket.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Laluan ke rumah resort.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Salah sebuah rumah resort. Yang ini dua tingkat. Bilik di atas ada jacuzzi..

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Antara pemandangan di sekitar laluan ke bilik.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Laluan ke bilikku.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Tempat istirehat di luar bilikku.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Peta resort yang memeningkan kepalaku..

4 ulasan:

  1. Setiap inci bumi Allah ini adalah keindahan yg penuh kehebatan daya cipta-Nya. Beruntunglah kalau berpeluang mengembara meneroka keindahan itu dan bersyukur atas nikmat-Nya.

    BalasPadam
  2. re: yupp bekas bunga rampai tuh..sementara tunggu pngantin siap2 make up..hehe..err movenpick tu mcm brand ice-cream jer??

    BalasPadam
  3. tu 'tanpa nama' tu kitorg la tuh..hehe

    BalasPadam
  4. bila tengok resort ni teringat lak cerita korea "FULL HOUSE". resort diorang nginap tu memang cantik..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...