22 Mac 2009

Lawatan ke Phuket @ Bukit Bhgn. III

Kali ini, ingin kubercerita tentang Movernpick Resort yang kami inap. Resort ini agak luas. Di bangunan lobi, terletak ball room yang kami gunakan untuk mesyuarat, ruang pejabat dan dewan makan. Di atas, ada bilik-bilik hotel biasa yang bertingkat-tingkat.

Berjalan terus melewati lobi, sambil menuruni tangga terletak sebuah kafe. Tempat duduknya unik kerana berada di dalam sangkar burung yang besar. Di bawah setelah menuruni tangga pula terletak kolam renang utama. Pemandangan bagaimanapun tidaklah enak kerana banyak Mat-Mat Salleh tua bersidai.. :)

Berjalan terus boleh nampak taman-taman yang di dalamnya terletak rumah-rumah resort. Lanskap di sini sangat cantik. Banyak pokok-pokok tropika ditanam sehingga laluan-laluan ke bilik redup walaupun tidak beratap.

Di tengah-tengah taman terletak sebuah kolam. Terdapat air pancut di situ. Setelah berjalan melewati beberapa rumah resort, terdapat juga sebuah kolam renang lain yang lebih kecil saiznya di depan sebuah bangunan yang menempatkan gimnasium.

Rumah-rumah resort ini pula luas ruang di dalamnya. Bilik airnya juga luas. Yang paling menarik ialah ada juga bilik air di luar yang tidak beratap namun terhadang oleh tembok batu agak tidak kelihatan dari luar. Sesiapa yang berasa seksi, bolehlah mandi di sini..

Apa yang kusuka tentang resort ini ialah tingkap-tingkapnya tidaklah perlu ditutup rapat untuk privasi kerana di sekeliling rumah resort ditanam pokok-pokok renek. Seolah-olah pokok itu pula yang menjadi penghadang. Kalau lihat ke luar nampak pemandangan di celah-celah pokok.

Di depan rumah resort pula ada meja, kerusi dan sofa untuk berehat. Atapnya pula ialah pohon menjalar yang tumbuh naik melalui tiang-tiang. Akar-akarnya berjuntaian ke bawah.

Kalau berjalan terus melalui laluan di kawasan rumah-rumah resort itu, kita boleh tembus ke pantai. Sebelum keluar dari kawasan resort, terletak sebuah spa, kafe internet dan bar. Di depan kafe internet tersebut ada sebuah ATM. Tidak perlulah keluar dari kawasan resort untuk mengeluarkan duit.

Keseluruhannya, memang kusuka resort ini. Cuma berhati-hati sedikit kerana banyak nyamuk! Mungkin kerana terlalu banyak pokok di sini. Seorang teman pula disahkan denggi setelah pulang ke tanah air. Tidak tahu pula kalau ianya berasal dari sini. Aku pula sedikit kurang sihat setelah balik.

Enjoy gambar-gambar di bawah (lebih banyak daripada biasa..)!

..bersambung..

Entri terdahulu:
Lawatan ke Phuket @ Bukit Bhgn. I
Lawatan ke Phuket @ Bukit Bhgn. II

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Pemandangan di tangga di depan lobi.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Tempat duduk unik di dalam sangkar besar.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Laluan ke rumah-rumah resort.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Pemandangan lain laluan ke rumah-rumah resort.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Lanskap yang cantik di Movernpick Resort, Phuket.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Pokok-pokok ditanam tersusun cantik.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Papan tanda di Movernpick Resort.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Lanskap yang menyejukkan mata.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Tuk-tuk juga digunkan sebagai pengangkutan oleh pekerja resort.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Kayu-kayu hanyut juga dijadikan hiasan di Movernpick Resort, Phuket.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Pokok-pokok renek di Movernpick Resort.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Sebuah persembahan muzik tradisi di sebuah wakaf di Movernpick Resort.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Kolam renang di Movernpick Resort.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Sebuah kolam di tengah-tengah taman.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Lampu unik di Movernpick Resort.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Laluan ke rumah resortku.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Sejenis buah di depan rumah resortku. Buahnya bergetah. Menurut rancangan Man vs. Wild , kalau hendak mengetahui sesuatu jenis buah boleh dimakan atau tidak, hendaklah dicuba dengan lidah dulu. Kucuba namun lidah terasa gatal. Nasib baik belum telan lagi.. :)

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Tembok bilik air di luar.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Kawasan rehat beratapkan pohon menjalar di depan rumah resort.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Kafe internet di Movernpick Resort.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Di dalam spa di Movernpick Resort.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Laluan masuk ke spa.

From Phuket Trip - Movernpick Resort

Laluan ke pantai.

7 ulasan:

  1. bila la aku nakk sampai ke phuket ni. hehe :)

    BalasPadam
  2. >> phuket mmg cantik...
    >> tapi rasanya dah terlalu dikomersialkan sangat dari dulu lagi sehinggakan banyak keindahan asli dah tak berapa ada berbanding tempat lain di thailand...

    BalasPadam
  3. TU BUAH APA HA... YG KELILING BATANG POKOK TU...

    BalasPadam
  4. BUAH ITU MACAM PERNAH KU LIHAT...

    ISI DIA ADA BIJI2 HITAM KAN???
    KALAU BETUL..BUAH TU ORANG MAKAN BIJI HITAM TU AJE..RASA MASAM-MASAM MANIS..
    MASA KECIK DULU ADA JIRAN YUS KATA TU POKOK ZAITUN...
    CHEH RUPANYER JAUH LAGI ZAITUN TU NAK SAMPAI MALAYSIA...

    TERINGIN GAK NAK GI PHUKET NAIK KETAPI..TAPI TAKUT LER..TAKUT BOM MELETUP..AHAKS..

    BalasPadam
  5. watie, sayanghasni,

    entahla apa nama dia.. tapi buah tu ada bau wangi sikit.. ya, kat dlm dia ada biji hitam macam buah tin..

    BalasPadam
  6. Salam strozze..

    Bestnya tengok lanskap diaorang ni.. indah, tersusun dan menyenangkan hati. Ntah bila akak dapat jalan lagi kenal2 tempat orang... Seronok kerjaya strozze ni, jauh perjalanan luas pemandangan seterusnya lahirkan gaya penulisan yang kreatif! Hebat! :)

    BalasPadam
  7. salam jugak fzi,

    jgnla puji sgt.. kembang lubang hidung sy ni.. (sambil tersipu2..) :)
    tapi nanti kerja sy dah kurang travel.. harap2 masih ada kesempatan nak melancong..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...