27 Mac 2009

Tuntutan Sultan Sulu ke Atas Sabah

Sedang kumencari info berkenaan Filipina di Wikipedia, kutemui satu pautan laman web Kesultanan Sulu dan Borneo Utara/Sabah. Semasa Malaysia dibentuk, yang mana Sabah merupakan salah satu anggota Malaysia, Filipina telah membantah dan memboikot Malaysia kerana mendakwa Sabah adalah salah satu wilayah mereka.

Sabah dikatakan dikurniakan oleh Sultan Brunei kepada Sultan Sulu kerana berjaya mengekang perang saudara. Sultan Sulu kemudian memajak Sabah kepada Syarikat Inggeris. Walau bagaimanapun, apabila Sabah mendapat kemerdekaan daripada Inggeris dan menyertai Malaysia, tindakan ini dianggap tidak mengikut perjanjian yang telah dimeterai.

Kes Sabah sebenarnya sama dengan Singapura kerana Inggeris memajak kawasan daripada Sultan yang memerintah. Pemerintah Singapura hari ini masih lagi membayar wang pajakan kepada waris Tengku Hussein manakala kerajaan Malaysia membayar $1500 setahun kepada waris Sultan Sulu.

Perjanjian Inggeris dengan Sultan Johor (sultan boneka sebenarnya) menyebut selagi ada bulan dan bintang iaitu selama-lamanya manakala perjanjian Inggeris dengan Sultan Sulu pula tidak diketahui tempohnya. Maka, kalau begitu hujahnya, Singapura walhal masih lagi milik Sultan Johor. Namun tidak.. Jadi kes sama juga berlaku kepada Sabah.

Aku adalah warga Malaysia dan aku mungkin menyebelahi negaraku, namun adakah rakyat Sabah sanggup bertukar kewarganegaraan? Dulu hasil tinjauan Suruhanjaya Cobbold yang mengatakan rakyat Sabah ingin menjadi sebahagian daripada Malaysia dipertikaikan. Adakah hari ini jika diadakan tinjauan lagi, adakah rakyat Sabah mahu menjadi warga Filipina?

Antara cadangan pihak Kesultanan Sulu jika mahu Sabah terus di dalam Malaysia adalah dengan menaikkan wang pajakan daripada $1500 kepada $3-3.6 billion setahun! Hmm.. duit pulak jadi hal.. Hasil daripada kenaikan nilai pajakan terus akan digunakan untuk pembangunan dan infrastruktur rakyat Sulu.

Kenapa pula Sabah yang mahu membiayai mereka? Adakah mereka tidak punya sumber asli untuk menjana ekonomi? Isu sekarang ialah Kesultanan Sulu sendiri bukanlah satu negara yang merdeka. Mereka berada di bawah pemerintahan Manila. Kelemahan dan deskriminasi Manila tidak sepatutnya dihukum kepada rakyat Sabah.

Rakyat Sabah pastinya tidak mahu mendapat gaji di dalam matawang yang lebih rendah, berada di bawah kekuasaan Manila dan seterusnya bakal menerima nasib seperti Sulu dan sudah tentunya tidak dapat lagi masuk Akademi Fantasia.. :)

15 ulasan:

  1. mengenai tuntutan kesultanan Sulu tu dah lama kedengaran..
    susah nak selesai..
    semuanyer gara2 pemimpin dulu.
    bertindak melulu tanpa berfikir terlebih dahulu..sudahnyer generasi kini yang menanggung akibatnyer...

    BalasPadam
  2. memang syok blog ko ni...ada cerita2 sejarah ada gambar2 travel yang best...keep it up bro..

    BalasPadam
  3. Saya pernah dengar rakyat Sabah mengeluh.. pembangunan Sabah tak setimpal dengan kekayaan alam mereka.

    Pernah ke sana dua kali. Saya berpendapat Sabah bumi yang sangat indah, dari gunung hinggalah ke lautan. Orangnya baik2 (setakat yang saya temui)

    Sorry, komen terkeluar topik :D

    BalasPadam
  4. setelah ke filipina, barulah saya tahu yang aktiviti penggalian minyak dan gas sebenarnya banyak di sulu iaitu di tawi-tawi.. sulu sebenarnya kaya dengan hasil bumi, namun hasilnya mungkin dibawa pulang ke manila..

    sayanghasni, betul tu..

    phalinn, thanks.. jgn lupa dtg lagi..

    iza, ya mmg org sabah semuanya peramah.. harap2 ada perubahan ttg nasib mereka.. :)

    BalasPadam
  5. salam, saya anak kelahiran negeri
    sabah.dan saya orang malaysia.
    sepanjang pengetahuan saya. sabah pada asalnya milik kerajaan brunie.
    takhkala tejadi pemberontakan di brunie . kejaan brunie ketika itu telah meminta bantuan dari kerajaan sultan sulu untuk membantu pemberontakan dalam negeri brunie ketika itu. maka di bantulah brunie doleh pahlawan sulu yang terdiri dari bajau,tausug, dan iranun.setelah pemberontakan redah sebagai penghargahan sultan brunie telah memberikan tanah kepada sultan sulu iaituh pantai timur sabah. yang terdiri dari lahad datu, sandakan tawau.. atau daerah pantai timur. pada ketika itu sabah hanya di biarkan sahaja tidak di jaga oleh kerajaan sulu pun. sehinggalah apabila kejaan sulu di serang oleh sepanyol. kerajaan sulu tumbang..dan sisa-sisa orang sulu ini lari ke sabah dan menetap di sabah. asal sabah dari pada pisang. yang selalu di goreng(pisang rebus) yang banyak tumbuh di kawasan pantai timur pada ketika itu. pisang ini di pangil sabah oleh orang bajau, sappah oleh orang tausug atau suluk.kemuaian sewaktu peperangan melawan sepanyol itu tentera britis turut membantu kerajaan sultan sulu, selain dari itu sultan brunie juga membantu. walaupun tentera sepanyol berjaya di usir tetapi kerajaan sulu telah musnah tetapi waris sultan ini telah melarikan diri ke sabah.
    selepas itu kerajan broneo utara di tubuhkan oleh britis nama sabah di ganti ke north borneo atau broneo utara.saya mendengar pantai timur sabah ini di pajak kan ke british pada waktu itu.begitu sjuga pantai barat negeri sabah dari kerajaan brunie. selepas malaya merdeka broneo utara dan sarawak menyatakan melalui memorandum untuk menyertai malaysia. lalu terjadi la perbalahan antara filipina, indonesia yang juga mengaku sabah dalah sebahagian dari wilayahnya.saya berpendapat kerajaan britis yang patut menjelaskan secara terang berkenaan hal ini. jika di berikan pilihan saya percaya rakyat sabah memilih untuk menjadi rakyat malaysia bukannya menjadi sebahagian dari rakyat filipina yang menderita yang berperang huru- hara yang entah sampai bila akan berakhirnya.

    BalasPadam
  6. tanpa nama, terima kasih di atas komentar dan berkongsi pengetahuan. senang dpt mendengar pendapat rakyat sabah sendiri.. :)

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama berkata...: saya juga org sabah..kalau d'beri pilihan,sudah past sya juga tidak akn memilih filipina..rasanya "orang bodoh" sahaja akan memilih filipina..(maaf bahasa agk kasar)..sebabnya adalah,kalau kita lihat keadaan politik, mata wang dan keadaan rakyat di sana pasti kita tidak akan memilih filipina...saya rasa sngt b'syukur menjadi rakyat malaysia.. :)

    BalasPadam
  9. Asal sabah .x kisah daří mana bangsa kita asal bersatu dan menghormati x kira la daří mana datang pn sbb itu sejarah dulu yg kesannya kita sendiri yg menderita.ada baiknya apa yg kita ada skg ini Malaysia Negara kita ,buat apa kita mahukan Negara lain nak memerintah cth plp.
    Apa hal pula dgn sabah yg sebahagian penduduknya nak kluar msia dan membentuk kerajaan sendiri.klu ya siapa pemimpin yg boleh membawa sbh merdeka dan majú spt Negara Brunei yg terdekat ni kan pula isu melibatkn tuntutan kesultanan sultan sulu.hmmmm tersepit kita ni.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum semua. Sbenarnya mcm ni sultan yg mengaku sultan sekrng ni bukanla sultan yg sebenar. Sya boleh tunjuk kt korang semua siapa darah daging sultan yg sebenar pewaris yg sbenar. Tuk pngetauhan korang smua pewaris yg sebenar pn da lama menjadi warga malaysia dan berkerja d sektor kerajan malaysia. Malah baginda x nk hebohkan yg baginda adalah pewaris sultan. Tuk pengetuhan korang semua. 70% pewaris sultan da menjadi warga malaysia dan saki baki 30% lagi hanyala atas nama keluarga yg masi menetap di phil. Sekarang ni yg memberontak nk kan sabah hanyalah org2 yg mengaku dirinya keturunan. Ok mcm ni sultan brunai sultan sulu semau tu adik beradik & mengikut haluan masing2. Klu nk cerita pn pnjang sgt. So mcm ni jelah pewaris2 kesultanan sulu da lama menetap di sabah n da lama menjadi warga malaysia semua indentiti disembunyikan atas sebab2 yg tertentu. Okla janji saya tau siapa sultan yg sbenar. Klu warga palsu tu nk mengaku sultan sekali pn biarkan jela sabah x kn jatu ketanga phil. Contolah warga phil nk perang nk amik sabah korang tau x dengan sape dorang akan berperang dangan baginda sultan sulu sendiri sultan sulu yg da menjadi warga malaysia n berkerja sebagai sorang tentera malaysia yg menyembunyikan indentiti yg sebenar. Hahahahahaha pelik betulah manusia akhir zaman ni. Hahahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oo ya nama sya mok betul sya org sbh tpi da menetap kt klng slngor. Mcm ni jelah biarkan jela mereka ngn keluarga mereka. Klu korang nk tau sgt tntang sultan sulu keturunan sultan, datu, dayang2, okla sya cerita sikit k. Datu ali, datu tahil, datu pulah ni semua keturunan sultan keturunan sultan yg miskin. Tapi x kecoh pn relax jer, x de pn nk heboh2 mengatakan yg dorang ni sultan. Tapi percayalah dorang ni memang keturunan sultan yg sbenar tapi da smbunyikan indntiti. Ohhhh ya datu tahil amir hamzah pn ada. Lain kali jela sya citer ok tu pn kalau saya jumpa lgi blog ni. Assalamualaikum. Sbarang prtanyaan ni no fon sya 0122285827

      Padam
    2. Salam semua sya mok. Ok mcm ni pada pndangan memang yg sya katakan sultan sulu skng ni miskin.ok klu yg mengaku sultan tu sultan sulu kenapa dorang x tau mana letaknya harta2 sultan yg dulu2? Dorang nk balik sabah coz mereka x tau yg sultan sulu dulu ada bnyak anak salah sorang sultan brunai. Ank2 sultan semaunya masing2 diwariskn harta n bawa haluan masing2, mcm sultan brunai dgn harta satu kapal dgn pengikut pengikutnya pergi ke brunai so smpi skrang kita nmpak masi ada. Sultan sulu berhijrah ke kegayan . So yg mengaku sultan sekarang ni napa x ada harta? Sebab x ada harta meraka hanya mengaku yg meraka tu keturunan sultan. Keturunan sultan yg sbenar da berhijah ke sabah n da jadi warga malaysia. Ok harta2 sultan ada banyak cuma da d smbunyikan di tanah phil lokasi saya x boleh bagi taula nanti boleh jadi perang ngn org kat sana nanti sebab harta ni bukan sedikit sejuta tahun pn x akan habis makan. Agaran harta yg di sembuyikan emas jongkong bar seberat bertan tan, berlian dimond n gong silver- ok besar gong silver sya x dapat nk gambrkan tapi bunyi gong silver boleh kedegaran bila di paluh 30km jauhnya. Kalau la yg mengaku sultan yg nk kn sabah ni tau mesti dia x kan tuntut sabah ni coz harta tu bernila berjuta juta lemon hahahaha. Ok harta tu bukan berada du sulu sana itu je kalau dorang nk cari pn x kn jumpa punya. Hanya dari keturunan sultan je yg bole amik n jumpa harta ni. Napa keturunan x nk cari n amik harta ni coz kalau amik akn jadi perang nanti. Lagi pn harta yg tertanam tu sgt bnyak bila gali mesti kerajan phil akan amik sebagai hak mereka. Peta masi ada jgn risau tapi x taula bila akan digali?

      Padam
  11. sya tau.... MOK ne TAUSUG jga kn??? HAHAHA.. dri cra ko tlis kArangan ne ja aku uda tau ko 2 TAUSUG.. umur ko Krang brapa uda?? ko 2 lum tau smua nya.. jangan smpai kan brita yng x ngam... ada jga yng btul la, tpi bnyak yng ko ksi lbi... tmberang ja ko ne... hrta sultan sulu mmng btul ada.. tp jngn hrap la korang ble ambil 2hrta....

    BalasPadam
  12. tumpang baca ja.... Susah mau crta pasaal ne.... Tp akikatnya keturunannya semua telah menjadi warganegara malaysia dari dl lg Di sabah..... So peace all.. Asalammualaikum....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...