24 April 2009

Pemandu Subang Kurang Kesopanan?

Lama juga kumengamati berkenaan ini, mungkin juga sedikit kontroversi. Kudapati pemandu-pemandu yang tinggal di Subang dan USJ agak kurang kesusilaan di jalan raya. Hari Sabtu biasanya selepas kelas, aku biasa memandu ke sana untuk berjumpa kawan ataupun membeli lauk tengah hari di sana, di samping mengelak tol LDP Sunway untuk ke Puchong.

Kalau memandu di sini, kenderaan semuanya agak laju. Kalau berlaku kesesakan, untuk menukar lorong pastinya agak sukar kerana para pemandu tidak mahu memberikan ruang. Masing-masing mementingkan diri sendiri.

Mungkin ada mengatakan ini adalah tidak benar. Namun aku ada pengalaman lain. Dulu, aku tinggal di Keramat. Sungguhpun tidak jauh dari pusat bandaraya, perjalanan ke sana di waktu puncak agak memakan masa juga. Pun begitu tidaklah terlalu teruk kerana trafik masih bergerak hasil tindakan efisyen pihak polis trafik di samping sikap para pemandu sendiri.

Di sekitar Ulu Kelang dan Ampang, pemandu tidak tergesa-gesa. Kalau yang mahu 'mencilok' di depan, masing-masing memberikan ruang. Tiada bunyi hon. Kalau dua lorong bercantum, satu demi satu kereta bersilih ganti bergerak ke depan. Masing-masing rileks kerana semua orang mahu ke tempat kerja.

Di Subang, gaya pemanduan sama seperti di JB. Kufikir ada satu teori untuk ini. Kalau yang tinggal jauh dari tempat kerja, mereka pastinya tergesa-gesa dan tidak langsung memberikan ruang untuk orang lain kerana bakal lambat. Di JB, ramai yang mahu ke Singapura dan terpaksa melalui kesesakan teruk di Tambak Johor. Yang dekat dengan tempat kerja pula lebih santai dan tidak perlu tergopoh-gapah. Namun yang tidak enaknya, tabiat tergesa-gesa ini terbawa-bawa ke hujung minggu. Hendak masuk ke simpang di depan saja namun memandu laju seolah-olah mahu ke JB!

Tempat lain bagaimana? Kunantikan komen anda semua..

10 ulasan:

  1. Salam.

    Sebab tu akak boleh bawak keta sampai Ulu kelang je strozze. Nak pegi lagi jauh takut nak bersaing di jalanraya dengan pemandu2 yang bawak gaya camni ... hehe

    BalasPadam
  2. Mengejar sibuk dunia dan lupa kemanusiaan dan ketatasusilaan, itulah agaknya. Banyak kebiadaban jalanraya ini juga bergantung pada tahap umur pemandunya. The young & the restless ni kadang tu tau memecut je. Mungkin majoriti di area Subang tu begitulah. Bila dah majoriti maka yg minoriti pun terikut2 juga, mana tahan kan.

    BalasPadam
  3. hehehe mcm kene ke ida gak sebijik nih...
    ye la..kalu dh lmbt mana nk pikir lain dh...merempit asal dpt kejar masa...sori la bg pihak org usj yg sama sikap dgn ku :))

    BalasPadam
  4. sbb tu saya x berani nak drive.... hehehehehe... lesen simpan dlam frame pastu gantung kat dinding... ekekeke

    BalasPadam
  5. Di Singapura pemandu lebih berhati2 dan memberi ruang pada pemandu yang ingin bertukar lorong,Pemandu yang di beri laluan pula mengangkat tangan tanda berterima kasih kerna di beri laluan,ada juga segelintir pemandu yang kurang bersopan di jalan raya tetapi golongan yang macam beruk ini tak ramai di jalan2 raya Singapura yang bertamadun.

    BalasPadam
  6. betul firasat anda itu...
    untungnyer yus tinggal kat pasir gudang..
    tak payah nak berpanjang2 ngan jam time g kerja..
    sambil drive boleh nyanyi2 senang hati..

    wah rajin nyer wak kumis ngan brother jeff nie....

    bila nak tgk baby baru nie....???

    BalasPadam
  7. wak, saya setuju. pemandu di singapura lebih bersopan.. mungkin undang2 ketat dan masing2 dah ada kesedaran..

    bro jeff, layan jugak lagu2 cina ni.. cuma susah nak tangkap ke apa dia kata.. :)

    yus, tgh duk tunggu le ni.. ntah tak tahu bila nak keluar, semua org dah keluar dah termasuk zai kulim tu.. :)

    BalasPadam
  8. Adakah daku termasuk dalam senarai pemandu kurang sopan itu? Huhu... kerana nila beberapa titik, habis rosak susu seperiuk besar! Hahahahaha....

    BalasPadam
  9. mu gi kelas menda? heh soalan lari topic

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...